Bila suami aku buat gila, masa tu la aku jatuh cinta kali yang keenam sembilan ratus kat dia
Yang ini cerita raya kelapan. Kalau suami, kampung dia semua dekat kampung tu jugak. Jadi secara zahirnya memang aku telah dan pernah pulang ke kampung halaman suami. Tinggal lagi embah wedok dan lanang dah tak adalah.
Wan ngan atok aku pun dah tak ada jugak. Kami sama-sama jadi cucu yatim piatu cuma beza antara kami adalah suami tak pernah pulang ke kampung halaman yakni rumah kelahiran mak aku di Rembau sejak mula kami menikah.
Maka khamis yang hening lalu, mak aku ajak kami balik beraya kat rembau nak tunjuk kat suami kat mana diamnya kampung belah mak aku. Bila sampai kampung, tak sangka suami sangat sukakan kawasan rumah yang arwah atok aku wat. Habis semua dirayau nya sampai ke dusun belakang rumah. Tapi kampung mak aku memang best pun. Hoho
|
Aiman was here! Haha |
Sebelum pulang kami singgah kat rumah wan cu, mak aku panggil dia aunty cu la kan. Haha..kat rumah wan cu ni memang ada kolam ikan. Suami aku ni plak pantang nampak kolam pasal dia ni minat sangat kat ikan.
No comments:
Post a Comment