Back to Top
Showing posts with label INTERVIEW. Show all posts
Showing posts with label INTERVIEW. Show all posts

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

Yup2..Again..Interview invitation yang ketujuh dari SPA. Bulan ni ada dua interview dari SPA..Khamis lepas jawatan Laskar Maritim Kelas II Gred X1 tapi tak dapat pergi sebab minggu lepas aku ada kat semenanjung. Lagipun laskar tu kena cek fizikal which is aku pun dah tak larat nak hadap. Nanti dia kata kaki aku flat lagi. Tapi best gak kot kerja kat laut. Bole tangkap ikan kotak macam dalam cerita Tanked tu. Haha

Interview yang ni lain. Sebelum ni cuma datang interview arau diperiksa fizikal dulu. Tapi kali ni ada exam. Merasa gak nak jawab exam SPA ni. Tadi baca dalam email dia kata ada tiga bahagian. Pengetahuan am, maths ngan english. Hoho..Seperti biasa mengharap tu idok le cuma tadi aku cakap ngan suami nak rasa sit exam SPA. Suami pun ok je sebab sekarang budak-budak tengah cuti sem. So bole la teman isteri dia ni pergi jawab exam.

Wish me luck!!!

Tahniah Puan Azira! Anda Gagal Lagi. Haha

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penguatkuasa Gres N41 KPDNKK/JPJ

Gagal, gagal dan gagal lagi. Masuk ni dah empat kali dan semuanya gagal. Satu interview tak pergi pasal tak suka. Haha..suka-suka hati aje. Dan tadi gagal lagi. Aku dah memang expect bakal gagal. Sekali dengan suami aku pun gagal hadirkan diri ke kelas. Haha..sory sayang.

Tunggu sikit punya lama pasal ramai gila tadi. Ramai perempuan dari lelaki. Dalam ramai-ramai tu aku tengok ada empat orang aje perempuan yang berjaya physical test. Lelaki adala dalam lima orang tadi. Tu setakat yang aku nampak la tak termasuk yang kena test sekali dengan aku tadi. Mesti ada lagi yang lulus.

Kali ni ada kemajuan sikit. Test mata aku lepas. Nasib baikla pasal dia wat test pun kat atas stage dalam dewan. Kalau kat uia tu lebih kurang macam LT1. Masa test mata kiri tak ada masalah langsung. Pakai contact lense kan. Dia suluh ngan lampu picit, suruh tonyoh pun tak kantoi gak pasal aku dah gam siap-siap contact lense aku. Haha..tipu.

Bila test mata kanan.."Alamak cik. Silau la!" aku cakap kuat-kuat pastu dia bagi lepas aje. Masuk dalam bilik stor plak dia suruh bukak baju. Mestilah yang suruh tu perempuan. Dia cek semua betis, peha ngan badan kot-kot tulang bengkok atau ada kurap. Kulit baby johnson kot aku. Mana nak jumpa kurap. Haha..

Tiba-tiba kan masa dia cek tapak kaki aku, dia dah terpegun. Aishh..seksi sangat ke tapak kaki aku. Pastu dia cucuk-cucuk plak tepi kaki aku ngan pen. Ahh..sudah. Jangan macam-macam. Haha..Pastu dia suruh pakai tudung balik then tunggu kat atas stage. Bila aku keluar dia suruh sorang lagi pegawai cek kaki aku. Pun nak cucuk-cucuk belah dalam kaki aku tu ngan pen.

Aku dah bengang tanya terus "Kenapa cik? Cacat ke?" haha..dia terus pandang aku pastu dia kata tapak kaki aku flat. Dia kata kalau kawad nanti aku bole tumbang. Pulakk..aku pun bagitau la dulu masa aku sekolah aku join kadet polis kot. Dia tanya bos dia pulak. Pun cakap benda sama. Aku pun dah malas aku pun kata "Takpela cik. Bukan rezeki saya kat sini agaknya" Cewah

Tak apala..nak kata kecewa, aku rasa biasa aje. Kalau aku berkeras sangat nak encik tu bagi lulus pun, belum tentu test lompat pocong dia aku bole lepas. Bahasa sopan dan berbudi bahasa dia lompat berdiri. 162cm kot. Bertingkek-tingkek. Haha

Kalau aku lulus semua pun..mampu ke aku duduk jauh dari suami? Nanti aku nak bergurau ngan sape? Hehe

Pegawai Penguatkuasa Gred N41

Sesi berangan petang-petang..

Bestnye lah kan kalau aku dapat kerja kat Putrajaya. Konon-konon masa tu suami dah tetap jawatan dan konon-konon lagi masuk kementerian tak payah jadi lecturer dah. Nanti hari-hari lunch sama-sama ngan suami, along, alang ngan biras aku Abang Min. Haha

Apalah guna elaun seberang laut yang banyak kalau susah nak balik tak dapat balik kawen kumat pun dah nangis teresak-esak. Haha..apalah gunanya?

Oh..Ya Allah..semoga semua yang aku idamkan jadi kenyataan..Aminn..Muah2!

Perghh..Interview SPA yang Ke-4!

Tak tau dah ni perasaan bersyukur sangat ke atau takbur. Dalam masa 2 bulan aku ada 4 interview ngan SPA. Dua dah secara rasminya gagal. Memang patut pun. Haha..jurubahasa belum dapat result.

Yang kemudian ni temuduga jawatan pembantu penguatkuasa gred N17. Dah tiga kali temuduga kat bangunan stallion tu, tapi kali ni rare ckit. Pergi temuduga kat ibu pejabat penjara sarawak. Haaa..

Kalau jurubahasa kerja dia kat mahkamah, yang ini kerja kat penjara pulak. Macam ada jodoh aje. Dah jatuh hukuman kat mahkamah, pastu pergi sumbat kat penjara.

Bila bagitau suami, terus dengan tak semena-mena suami respon "tak payahlah kerja kat penjara" ..Macam la aku nak kerja kat penjara. Haha..Bila apply pun tak tau la ni. Tapi tak apalah..orang lain susah kot dapat interview ngan SPA, aku plak mencurah-curah dapat interview kerajaan.

Mohon ada satu yang sangkut nanti. Bila dah duduk jauh macam ni, kerja kerajaan sangat sesuai and i'll strive for it! Cewah..haha.

By the way, aku akan pergi jugak temuduga ni. Saja cakap kat suami nak pergi tengok penjara sarawak. He
 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.