Back to Top
Showing posts with label Giteww. Show all posts
Showing posts with label Giteww. Show all posts

Aku Yang Paling Sedih

Malam ni aku tido berbantalkan lengan sendiri..Sob3

Aku memang manja dengan suami..Tersangatlah manja..Kalau tido nak suami peluk. Tido kat lengan dia..Kat dada dia..Manja sangat :'(

Kalau dia balik kerja rehat-rehat kat sofa pun aku datang kacau. Tengok tv baring kat lengan dia. Suami tidur. Pastu kalih peluk suami kuat-kuat tido sama-sama sampai maghrib..

Kalau sehari tak cium bau suami tak sah. Tak kesahlah bau dia belum mandi ke..Bau dia cium aku nak pergi kerja ke. Asalkan bau suami..Aku rindu..

Tadi lepas balik hantar suami kat airport, aku rasa kosong. Lepas tengok drama kat tv3 tu aku terus masuk bilik. Bila baring..Terus nangis..Tak patut-patut pulak tu macam budak-budak nangis. Huhu..

Belum sampai sehari suami tinggalkan..Aku dah meracau. Suami call air mata meleleh-leleh masa jawab. Nothing more..Aku nak lengan suami je. Kalau tak aku tak bole tido malam ni..

Bear ni pulak yang jadi mangsa. Haha

Kalau Aku Dah Marah..

Aku tengah marah ni kan..Aku baring atas katil dengan perasaan beribu sesalan. Marah sangat hati ni. Kecewa. Tiba-tiba suami masuk bilik. Aku pun pejam mata pura-pura tidur.

Suami duduk di sisi. Kemudian belai-belai rambut aku. Aku tengah marah jadi tak suka. Suami nak pergi kerja katanya. Cepatlah pergi aku jawab macam tu dalam hati. Merajuk sangat suami tak balas mesej aku. Haha

Suami belai rambut aku lagi. Kemudian dia usap-usap pipi aku. Aku genyit mata dengan harapan keluar air mata tanda kesedihan yang teramat sebab suami tak balas mesej tanya bila suami aku nak balik makan. Air mata tak berjaya ditangisi.

Suami usap pipi lagi. Tiba-tiba sempat lagi dia picit jerawat aku. Siyot aku cakap dalam hati. Orang tengah marah dia boleh picit jerawat aku lagi. Aku dah ketawa dalam hati. Terpamer di bibir plak. Alamak!! Mana boleh! Aku tengah merajuk kot marah sangat sampai lari masuk bilik. Haha

Suami buat rawatan muka lagi picit-picit jerawat. Aku dah tak tahan aku tepis tangan suami. "Orang tengah marah dia boleh nak picit jerawat lagi" Haha..Pastu kalih belah sana. Tak mau jugak suami pujuk. Dah kena kiss ok laaa..Haha


Hactic Week # Part 2 : Family Vacation

Khamis pagi tu dah sah-sah la aku bangun lambat kan tapi suami tak bole nak tido lama-lama dah.Asyik terkenang bumper yang dah dicederai oleh jalan Sibu kelmarin. Haha..Pagi-pagi suami dah keluar pergi workshop nak simen blek bumper tu. Seboleh-bolehnya suami tak nak tak hingin tak rela nak pasang balik bumper standard yang tersadai dalam stor tu. Seboleh-bolehnya nak pertahankan jugak lampu brek lori dia tu. Haha..

Aku bangun pagi tu rasa lesu lagi. Terpisat-pisat mata. Terus terbungkang kat sofa pulak padahal sofa belum siap pakai baju lagi masa tu pun jadi jugak wat port terbungkang. Haha..Nak jadi cerita kemas umah sampai ri jumaat baru la setel. Haha..Malam tu terus shoot jemput family mertua aku kat airport.

Sangatlah berdebar masa nampak mertua aku muncul kat tempat kutip beg tu. Ya Allah! Harap-harap family mertua aku selesa selama empat hari kat rumah kami. Maklumlah family mertua aku datang ramai-ramai. Rumah kami pun kecik je. Aku risau bantal tak cukup la. Selimut tak cukup la. Risau kot-kot diorang tak dapat tido sebab dengar bunyi tangki air bergendang kat atas bumbung tu ke. Macam-macam aku pikir. Haha..

Alhamdulillah..Malam pertama family kat umah aku, diorang semua nampak macam selesa. Harap-harap selesa la. Hehe..Pagi sabtu tu kami buat sarapan mega. Banyak la maksudnya. Haha..Selalu kan berdua je. Aku pun bangga la nak tayang kuali besar aku tapi tak adalah baru beli pun. Haha..

Pagi sabtu tu kami ke Sarawak Cultural Village. Cuaca mendung je tapi alhamdulillah tak hujan. Selesa la jalan-jalan dalam keadaan cuaca redup gitu kan.

Sarawak Cultural Village..we are here! Tempat ni tiga kali aku masuk pun tak bosan kot. Hehe

Masa nak bermanja dengan suami. Haha

Amaran! Jangan sampai tergelincir semasa melalui jambatan ini atau anda akan menderita. Haha

Posing depan rumah Iban. Tak ingat pun rumah suku apa ni. Main hentam je asal ada nama. Kih2

Kak cda & family posing kat air terjun. Aku request kat suami nak pasang air terjun camtu kat umah. Suami terus menyepikan diri. Haha

Kebetulan gelanggang gasing bukak time ni. Suami pun semangat nak asah bakat dua dekad lampau *macam tipu je. Haha..Tu tengah berpusing la tu gasing beliau. Siap terbang-terbang pastu parking atas tapak tangan. Jatuh chenta kali ke lapan belas ratus kali aku dibuatnya. Haha..*panjangnya caption. Macam new entry

Dengan family. Abah steady pasal dah dapat air kelapa. Haha

Lepas abes merayau dekat kampung budaya dan tengok persembahan pekerja-pekerja  kebudayaan negeri, maka mak mertua terus buru-buru pergi kat van. Ikut plan dalam tentatif *siap ada tentatif tu jangan main-main program besar ni. Floor plan je takde. Haha..Ha sambung balik kat mane aku merepek tadi..menurut tentatif kami cadang nak bawak family makan kat damai central. Makan tepi pantai la kononnya walaupun hujan dan sejokk. Tetapi selepas mak menyatakan hasrat nak makan kat umah aje maka kami turuti asalkan mak selesa.

Balik rumah kami terus bersilat kat dapur masak sardin aje pun dan beberapa hidangan hebat yang tak perlulah rasanya dimaklumkan disini. Nanti korang jeles pulak kann..Tak pasal. Selepas berehat-rehat yang kelihatan lebih kepada tidur mati terutama tuan rumah (Haha!!) maklumlah semalam tak cukup rehat, suami kejutkan aku dan ajak bersiap kerana sebentar lagi kami akan berjalan-jalan di Waterfront.

Kami bawak mak naik sampan mudik ke hulu. Ternyata naik sampan bukanlah favorite mak. Haha..Nasib baik la tak jauh mana nak seberang sungai tu. Lima minit pun tak sampai.

Cuaca bagus masa ni. Ada Bruno Mars celop pulak nyanyi tepi sungai tu. Bertambah syok rasa pasal sebelum ni kalau pegi Waterfront takde ape. Mungkin sebab cuti sekolah ni kot.

Jalan-jalan cuci mata. Siti pegi sergah orang tengah masak. Haha

Iman berlegging petang-petang. Apa punca pun tak tau. Abg Min tolong jawab. Haha
Lepas maghrib kami makan malam di restoran favorite saye tapi tiada gambar yang berjaya dirakam kerana masing-masing tengah lapar mungkin. Aku memang tak mungkinlah kan amek gambar  tengah makan. Lauk didahulukan..Gambar diperabaikan. Haha

Kami pulang ke rumah lepas kenyang dan dapat berehat awal pada malam tersebut. Wahhh..best dapat jumpa bantal. Kami perlu tidur dengan nyenyak sebab esok kami akan ke Pasar Serikin.

Aku bangun awal pagi sediakan sarapan bersama ipar duai yang lain *macam tak caye je kan. Haha..Kemudian kami bersiap untuk ke Pasar Serikin. Pergi Pasar Serikin awal pagi ni ada hikmahnya. Buktinya aku dapat jubah cotton harga rm35 sepasang selain dapat parking. Haa..Best ke idok?

Mari aku ceritakan pengalaman aku bersama Pasar Serikin. Masuk ni dah tiga kali aku pergi tempat ni. Masa pertama kali suami bawak jalan-jalan kat sini aku tak suka langsung tempat ni. Kali kedua pergi sebab nak beli tikar. Kali ketiga masa bawak kawan dah rasa macam suka kat Pasar Serikin. Kali keempat pergi dah jatuh cinta. Siap ajak suami repaet sebelum balik raya cina nanti. Haha..Mula-mula tadi aku sebut berapa kali? Haha

Ala syg tu..Ngade-ngade je. Muah!! *Abaikan.Haha

Ayg pun nak ngade-ngade gak. Mih2..*Err..

Mak yang paling banyak borong. Aku tak dapat sebab suami lupa nak withdraw kat bank. Sebaik syg tuuu..Haha

Ala budak Amin ni mesti nak tunggu part dia kena interview dekat orang Stylista mana ntah. Aku tengok yang tukang interview tu pun takde la stylista mane. Rupa macam baru lepas petik buah sawit je. Haha..Takde gambar ko la Min. Haha

Setel borong banyak-banyak, kami terus pulang ke rumah. Macam biasa mak tak nak makan kat luar walaupun anak menantu merengek ajak makan kat luar. Haha..Tapi bagus untuk aku. Bole la aku menunjuk-nunjuk periuk kuali aku yang mahal tapi dapat harga murah tu. Haha..Aku masakkan tomyam ayam sedap sangat tajuk dia tengah ari tu. Haha..

Cuaca ari ahad tu tak berapa cun. Hujan tak menentu tapi disebabkan tentatif petang tu patutnya kami ke Kota Padawan pergi tengok orang utan kat Taman Semenggoh, kami tukar plan pergi ke Matang Wildlife Park aje. Dekat kat belakang rumah. Masa sampai tu pun waktu last bole masuk. 

Kali ni pun macam best pulak pegi tempat ni. Aku jadi teruja sangat tengok orang utan dia. Sangatlah comel dan aktif. Agaknya ada yang pandang serong kat aku.. "Tuan rumah pulak yang lebih-lebih" Haha..Well..

Tengah jalan-jalan dalam hutan tu bole hujan pulakk.. Haha. Kesian mertua aku basah-basah kena hujan. Hehe

Elok je masuk hutan pakai jubah. Kes malas nak tukar baju

Dah basah kuyup pegi dapatkan perlindungan kat pusat info tu. Saje-saje la wat muka teruja jumpa aman ni. Haha

Kami sempat singgah di Telaga Air lepas jalan-jalan kat Matang Wildlife. Saja je pergi tengok-tengok akak jual pisang goreng tu tengah goreng pisang. Lama tak tanya khabar *konon. Padahal aku rasa macam sikit lagi penumbuk nak kena muka dia. Haha..Sampai rumah aku teru siapkan minum petang sebelum masak untuk makan malam pulak. Rajin tak aku? Mestilah!

Malam tu kami cuma tersidai kat sofa tengok cerita UAI yang alaa..aku dah la penat. Tengok cerita tu rasa macam nak terlelap. Haha

Namun pagi senayan tu aku bangun lambat. Apahal ntah mata rasa lekit sangat. Hik2..Lepas siap bersarapan, kami ke Kampung Boyan borong kek lapis Mira dan ikan masin. Kemudian kami borong pasu kat jalan nak ke Serian tu sebelum ke airport..

Dan itu mertua dah check - in..


Sampai kat rumah tiba-tiba rasa sunyi..Owhh..Cepatla dapat anak. Hehe..Please..Do come and visit us again..:)

Hactic Week # Part 1: Sarawak Open di Sibu

Korang jangan tak tau suri rumah macam aku ni pun pernah mengalami hactic weekss..plural tu bukan singular. Lagi sibuk dari minggu closing account. Haa..

Sabtu dua minggu lepas aku mengekori suami ke Sibu sebab suami join Sarawak Open main untuk Samarahan. Nak ke Sibu tu tak adalah jauh mana. 6 jam perjalanan je tambah lori, hujan, kereta 40km sejam di selekoh maut jadilah 8 jam perjalanan.

Hujan saje masa kami gerak lepas Asar tu sampai ke Sibu. Kuching dah banjir masa tu. Nak ke Sibu ni scary sikit. Lepas 4 jam drive baru jumpa rnr Temedok kat simpang nak ke Sri Aman ngan Betong. Nak jadi cerita rnr dia pun scary. Gelap dan muram aje. Stesen minyak dia jarang-jarang sekali dijumpai. Lepas keluar dari Kuching, ada dua je stesen minyak dia. Kat Serian dengan Betong.

Masa nak sampai simpang ke Sibu, aku nampak signboard petronas. Aku pun sarani suami supaya isi minyak kereta yang tinggal separuh tu pasal nak masuk ke Sibu tu tak tau lagi jauh mana. Jadi kami terus ke Sarikei nak isi minyak kereta. Ternyata itu satu keputusan kurang pandai untuk dibuat oleh pemilik kenderaan hybrid pasal nak masuk ke Sarikei tu pun dah amek masa dekat setengah jam baru jumpa petronas dia.

Tiba-tiba lepas setel bagi minum kereta, suami rasa macam dah lewat sangat nak ke Sibu jadi suami pun tekan minyak sampai lantai dalam hujan dan gelap malam yang pekat. Lopak air pun dilanggar dengan selamba sampai dah macam bunyi pisau air tu. Nak jadi cerita, tiba-tiba ada bunyi tang tang tang kat belakang. Suami kata bunyi beg melompat. Aku dah tak sedap hati. Aku kata ntah-ntah bumper belakang dah tercabut.

Suami terus berhenti dalam hujan dan pekat malam tu. Memang scary. Bila cek tengok-tengok bumper dah terkulai. Haha..Nasib baik tak tercicir kalau tak dah jadi lempeng agaknya kene langgar kat lori. Dugaan pertama yang kami alami. Banyak lagii..Huhu. Nasib baik bumper pakai clip. Part skru yang rosak tu bole back up dengan clip tu lagi. Kami sambung semula perjalanan dengan mengelak lopak-lopak air. Trauma sudah. Haha

Maka kami pun tiba di Sibu. Kawan-kawan satu team suami dah sampai dulu. Nak jadi cerita, ari sabtu tu hotel kat Sibu semua nya penuh. Nasib baik kawan suami dah book satu bilik ni kat sebelah hotel dia. Lega rasa. Tapi bila masuk kat nama hotel dirahsiai..humangaiii..Dah macam zaman jepun aku tengok kaunter dia. Lif dah macam zaman P Ramlee kata kawan suami aku. Masa naik lif tu siap goyang-goyang lagi lif dia. Sekali tu aje la kitorang naik. Tobat nasuha aku nak naik lif tu lagi.

Bila sampai kat bilik ..Subhanallah..Tengok pintu bilik dia cantik lagi pintu tandas. Nak sedapkan hati kitorang kawan suami cakap tandas dia ada tab mandi. Aku tak terkata apa dah masa tu. Bila masuk..Ya Allah bilik dia macam haunted mansion! Haha..Tapi aku tak ameklah gambar bilik tu. Aku rasa malu nak tunjuk kat public. Nanti buruk kan nama hotel tu. Sah-sah tempat tu sarang pelacuran sebab kat pintu dia semua tulisan lucah-lucah. Belum tengok tandas dia lagi pasal lantai bilik tu pun pakai marmar tandas. Bila tengok toilet dia..perghh..tab mandi dia berkarat. Macam sepuluh tahun lepas ada orang mati bunuh diri kat dalam tab tu. Haha..jijik!

Malam tu memang kami tak tidur sangat. Aku yang kepenatan kemas rumah siang tu tidur jugak kat dada suami pasal memang tak mungkinlah kan aku nak pakai bantal dia yang dah berbau tu. haha..Tiba-tiba masa aku tidur tu kami dengar ada bunyi orang berjalan kat siling bilik tu. Aku dah agak bilik tu memang berhantu. Huhu..Memang kami tak cukup rehat malam tu. Pagi esoknya kul 6 pagi dah check out. Tak sanggup dah. Tengok receptionist dia pun muka dia dah macam tora-tora. Haha.. Tengah ari tu kami terus check in kat hotel sebelah. Kecik je bilik dia tapi selesa la nak mandi, tidur ngan solat. Murah pun murah. RM55 je satu malam.

Nak jadi cerita pagi tu kereta kawan suami pulak pancit. Dah tukar tayar spare tapi rosak pulak tayar nye. Pergi setel dulu. Dengan tak sempat sarapan kami terus ke stadium ping pong sibu. Kali ni dugaan datang menimpa lagi. Masa set pertama suami main, kaki dia dah seliuh pulak. Sudah.. Masa otw datang ke Sibu aku menasihati suami supaya grab sesuatu kat Sarawak Open tu pasal terlalu banyak yang telah terkorban semata-mata nak ke Sibu.

Suami skip kelas master dia yang ada test, bumper terkulai layu, tidur kat sarang pelacuran, sekarang kaki dah seliuh. Nasib baik first day ada dua game aje. Satu belah siang dan satu lagi belah malam. Petang tu kami ke guardian beli eben. Fuhh..Tak mahal harga dia rupanya. haha.. Dugaan dompet suami pulak. Nasib baik Sibu tak havoc tapi barai jugak shoping kat Wisma Sanyan. Haha..

Lima hari penuh berliku kat situ akhirnya suami dapat main sampai hari terakhir kejohanan pasal suami dapat masuk semi final dan alhamdulillah suami dapat third place untuk single dan second runner up untuk team event. Abes je game petang rabu tu, kami meluru balik ke hotel berkemas dan terus shoot balik ke Kuching pasal jumaat family mertua aku nak datang. Rumah tak siap kemas lagi. Medal pun tak sempat nak amek sebab diorang ada buat diner ari khamis tu jadi tak mungkinlah kami nak tunggu.

Bintulu vs Samarahan

Zul selepas dikalahi..sik patut diorang ni. Haha

Insiden tayar kereta kemek

Kak nor dan kak sal..macam manje je muke ya. Haha

Gambar saye takde? Memang takde. Haha..Haji Osman Yee..Power ya ampun bole

Zul Bintulu yang malu-malu diusik selepas kali kedua dikalahi

Bergambar kenangan bersama penaung kejohanan


Sambung hactic week part 2 plak nanti..kih3

Kerana Kawan


aAhad kelmarin dengan tak semena-mena kami jadi "tourist guide" kawan suami, fahmi namanya yang datang bersama isteri baru...kawen lapan bulan. Nasib baiklah suami tak ada kelas hujung minggu lepas. Cuma ada projek nak disiapkan tapi suami letak tepi dulu semua hal dunia tu demi seorang pelancong bernama kawan.

Kami kerjakan cukup-cukup sampai lembik dan monyok tetamu tersebut. Sampai tahap dok meracau nak bantal segala. Haha..Apa tak nye pagi-pagi dah keluar pergi pasar serikin. Kemudian kami singgah tasik biru. Shoot balik umah jap simpan barang tangkapan dari serikin, lepas lunch dan solat kami ke kampung budaya. Kemudian kami bermesra dengan ikan di tasik libry sebelum diner di steamboat dan pulang. Hamekau..













Busy Berbusiness

Wowowowo..

Tak sempat nak update blog. Penangan terlibat dalam hal main-main duit. Bank in, transfer, chatting, order, explain. Wohhh..

Minggu lepas kena tinggal sampai empat hari tak patut-patut dengan tak ada bear semua nak buat peluk-peluk melawan kedinginan tak ada suami kat sebelah. Tapi bagus jugak empat hari jadi bujang. Bole fokus bisnes baju dengan sophie. Makan pun ala kadar aje. Kadang-kadang tak makan pasal busy sangat. Haha..Hamboi???

Dah kena tinggal mula la wat kerja nak merajuk sana merajuk sini. Haha..Pening suami aku ikut ragam aku. Dah bengang sangat agaknya, suami beli kan frying pan tefal. Wahhh..kat airport jugak aku belek-belek kuali kesayangan aku tu. Naik malu suami aku. Haha..




Esok suami ajak pergu diner exco jpkk asrama. Kali ni proper sikit la dari yang lepas. And mestilah part yang paling best makan-makan. Huhu..

Gemuk suami aku. Haha

Dan hari-hari berikutnya aku kembali busy dengan business. Even masa diner pun aku sebok deal ngan customer tapi takpela kot. Majlis nye oun dah macam sesi karaoke. Huhu..

Alhamdulillah..aku makin seronok berniaga. Harap-harap in the futurw bole bukak business skala besar projek juta-juta. Projek ape pun tak tau. Jual tempe kot. Haha

Tongkat Ali Punya Hal

Zohor semalam masa suami baru balik kelas, terus dia buru-buru nak masuk dalam bilik tapi sempat pulak dia tanya aku nak ikut dia tak pergi cari. Sampai cari je suami dapat sebut pasal lepas tu aku terus jawab nak. Cari apa pun tak tau. Pantang suami ajak. Haha..Lepas tu baru la suami explain yang dia nak masuk hutan kat belakang poli dengan kawan dia. Nak cari akar kayu wat minum katanya. Huhu..

Kami pun terus bersiap nak masuk hutan. Ada encik bob nama dia yang guide jalan pasal dia ni dah biasa dengan hutan tu. Baru aje redah hutan tak sampai lima minit, encik tu terus jumpa pokok tongkat ali. Tak jauh dari pokok tu, jumpa lagi sebatang tapi kecik je la. Yang tu suami aku cabut terus pasal kecik.

Jalan depan sikit jumpa lagi sebatang. Kali ni kecik tapi akar dia panjang gila. Last jumpa lagi sebatang tapi tak dapat nak cabut pasal akar dia besar sangat. Ada dalam sejam setengah jugak la kami redah hutan tu. Ala hutan janda..bukan hutan dara. Yang ada pun kerengga aje. Umah mak aku lagi banyak ular dari hutan tu. Haha..

Hutan tu ada banyak sangat pokok yang cantik-cantik. Rasa macam nak cabut semua bawak balik tanam kat umah. Periuk kera dia jangan tanya la. Bersepah! Tak tahan nafsu geram-geram tengok periuk kera tu macam mengada-ngada aje depan aku, aku pun cabut satu. Haha..Puas hati aku. Bole letak dalam bilik mandi aku. Hehe

Suami teruja jumpa pokok tongkat ali yang tak ditag. Haha

Tongkat ali kecik ni aiman punya. Haha


Bini dia dah mabuk dengan periuk kera. Haha

Hidup Kami Suami Isteri Berantakan Semalam

Semalam..Semalam itu..Telah berlaku sesuatu..Sesuatu..Yang tak pasti pulak aku boleh diklasifikasikan sebagai sejenis aktiviti, program atau..Atau..Tak pasti..

Semalam itu..Suami dah beritahu ada kebakaran jam dua pagi..Sengajalah mereka warden-warden ni nak bermain dengan api. Tapi bukan main api semata-mata. Nak bagi student lalu situasi kebakaran yang sebenar.

Suami kata..pukul 1 nak kena bangun. Suami enggan tido dalam bilik. Maka kami tido di sofa aje.Baru nak lelap dah pukul satu pagi. Mata terpisat-pisat lagi. Suami pun bangun nak bersiap. Kena keluar awal..nak bakar tayar katanya.

Aku pun sambung tido dalam bilik. Pastu rasa takut tido sorang-sorang. Rasa macam ada pocong tido sebelah. Haha..baru nak terlelap tiba-tiba siren bunyi. Aku tengok jam kat dindibg baru pukul 2.30 pagi. Jenguk kat luar tingkap tengok budak-budak jalan ramai-ramai nak pergi mana pun tau. Sayang nyawa jugak diorang ni. Haha

Baru seminit aku terlelap, bunyi siren lagi. Kali ni bomba pulak datang. Tengok jam kat dinding lagi, baru pukul 3.00 pagi. Dalam hati kata " Tinggal abu dah kot tayar tu. Lambat benau sampai nye"

Tak tahan sangat mata, aku pun lelap. Tersedar masa suami balik. Tengok jam kat dinding lagi, dah pukul 4.24 pagi. Alahai..kesian suami aku. Dah nak subuh baru sampai rumah.

Kalau korang nak tau..selain budak-budak asrama, jadi student politeknik sangat beruntung. Mereka ditatang bagai minyak yang penuh. Dijaga tip top from tip to toe by their academic advisor. Kalau sakit ada sedia ubat. Rasa-rasa nak pergi hospital, warden hantarkan. Manja..beruntung sangat mereka ni.


Sultan Mencemar Duli, Rakyat Jelata Turun Merai

"Benda setahun sekali, yang"

Itu yang buat aku semangat nak pergi waterfront malam tadi. Hari sebelum tu aku dah ajak suami pergi tengok kapal berhias. Tak ada perkataan mintak dah. Paksa terus. Haha

Aku pun semangat tengok suami semangat nak pergi waterfront. Semalam masa kami nak keluar hujan lebat gila. Angin bukan main kuat sampai tempias masuk dalam rumah. Hujan ngan angin kencang sampai tak bole nak keluar rumah. Tapi suami gagahkan jugak. Nak pergi kat kereta aje dah basah kuyup. Perghh..

Suami call kawan tanya dia parking mana. Satok dah jammed. Maka kami amek keputusan bijak parking kat satok pastu jalan kaki sampai waterfront berpayung bagai. Sangatlah sanggup.

Sampai sana pukul 8 belun mula apa lagi. YDPA pun belum sampai. Sanggup berdiri lama-lama. Bukan kami aje, semua orang pun semangat. Bila sultan sampai, rasa tambah semangat walaupun tak nampak pun.

Dan nasib baik sultan mahupun PM tak berucap semalam. Paham-paham aje hujan. Haha..Akhirnya kapal berhias pun tiba. Ada 50 buah kapal semalam. Tak mungkinlah kami nak tengok semua kan

Kapal yang lead pasal dia paling cantik

Aku amek gambar kapal yang cantik aje. Haha

MC tu kata setiap hiasan kapal ada maksud dia. Yang ni aku tak tau dia nak cerita apa

Lilin lima batang tu dia kata represent 50 years independent of swak in malaysia

Satu benda aku perasan kat sarawak ni, gelaran Dato' Seri dia tukar jadi Datuk Patinggi. Kalau Datin Seri dia panggil Datuk Amar kalau aku tak salah dengar. Malam yang indah semalam. Indah sampai kat rumah. Haha..banyak lagi kecantikan sarawak yang belum abes kami teroka. Ingat nanti nak pergi Taman Negara Bako. Dah alang-alang ada kat sini. Huhu

Perkara Paling Looser Pernah Aku Buat Sepanjang 25 Tahun Aku Hidup

Ni namanya lagho. Paling tak ada kerja. Haha

Alkisah terciptanya sarang burung ni pasal ada sekor burung layang-layang ni dia suka sangat tido kat piping atas tempat aku jemur baju. Dulu-dulu tak ada pun burung bertenggek atas tu sebab tuan rumah yang dulu dah sumbat siap-siap piping tu guna surat khabar.

Tup-tup sejak sebulan yang lalu aku perasan ada banyak najis burung landing atas lantai. Aku punya hanger yang jari tu pun jadi mangsa tembakan taik burung. Aku naik hairan pulak mana datang najis tu semua. Dah dekat sebulan jugak la aku terpaksa cuci najis tu.

Pastu ada satu malam masa aku bukak pintu kat tempat sidai baju, aku terkejut ada burung terbang dari piping tu. Malam berikutnya aku usha, sah ada sekor burung layang-layang ni tido kat atas tu. No wonder banyak najis.

Dah sebulan baru aku buat aduan rakyat kat suami pasal kes yang kian menular ni. Tak larat plak aku nak cuci najis aje. Disney channel aku macam mana pulak kan? Haha..suami pun mula buat inspecton dan beliau mendapati burung layang-layang tu kelihatan tak terurus ngan bulu bersepah-sepah. Agaknya burung ni tak ada geng. Pasal tu dia terpinggir kat sini.

 Aku dengar kesian plak. Suami dah marah sampai rasa nak baling batu aje kat burung tu. I said wait! Biar aku buat sarang untuk burung tu. Kalau dia berak jugak atas lantai, aku serah aje kat suami nak buat apa.

Angkara kesian kan burung tu la ri ni aku buang masa nak anyam sarang untuk dia. Tak taula burung tu sakit ke apa tapi kesian la sekarang pun cuaca sejuk aje. Aku yang berselimut plus ada bantal pyuk pun (hik2) pun rasa sejuk lagi ni kan plak burung nan sebatang kera tu.

Ni suami aku pun tak tengok lagi sarang ni. Kena gelak agaknya nanti. Haha

Isu Botak Chin Bukan Perkara Biasa-Biasa

Semalam last la kitorg layan tetamu dari jauh ni. Bawak jalan-jalan jap pergi tengok umah Ketua Menteri Sarawak walaupun sebenarnya dapat tengok pagar aje rumahnya sorok dalam taman nasib baik tak kena tembak ngan polis pengawal. Haha..

Sebagai tanda berada kat kuching, kami bawak tetamu istimewa ni bergambar ngan tugu kucing comel-comel tu walaupun kat sini sebenarnya banyak anjing dari kucing. Pasal kucing dah jadi batu kata tetamu istimewa. Haha

Kalaulah korang tau tugu ni kat roundabout yg sibuk. Haha

Haha..akhirnya ada jugak gambar aku. Maklumlah aku kan blogger

Semalam aku dimaklumkan botak chin kena gantung sampai mati pukul 3pagi tak sempat dah nak tunggu sampai pukul 8pagi pasal dia ni rodok perut polis guna tin sardin. Suami aku yang bagitau. Tu je pasal botak chin. Haha

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.