Esoknya seawal pukul 4 pagi kami dah ready kat lobi tunggu driver hantar ke airport. Masa check in hari sebelum tu kami dah book airport shuttle service ni dan kena bayar QAR 25 je. Airport pun tak jauh 10 minit je dari hotel. Tepat pukul 3.30 pagi front desk call bilik bagitau pukul 4 pagi driver dah ready tunggu kat bawah. Nasib baik mak tak cakap melayu dengan orang tu. Tengah mamai kot lambat nak tune bahasa. Haha.
|
Cantik dah dia ni sekarang. |
|
Menghabiskan leftover semalam. |
|
Masa ni mesti suami mak tengah pikir macam mana la nasib dia kejap lagi ni nak kena mereput selama 6 jam dalam train tu nanti. Huhu. |
Kami sampai kat Amsterdam dalam tengah hari macam tu la. Masa ni rasa berdebar sikit sebab tetiba kat clearance tu orang ramai gila. Takut terlepas train je nanti. Nasib baik mak ikut cakap suami book tiket ke Berlin tu lambat sikit pukul 5 petang. Tak sangka pulak musim bunga ni memang ramai gila yang travel terutamanya travel ke Amsterdam. Kalau book tiket pukul 2 petang tu memang nangis la terlepas train. Dekat 3 jam baru setel check pasport dan terus bergegas ke stesen Amsterdam Centraal.
|
Dah lambat tapi nak jugak bergambar lagi tu. Anak siapa la yang gatal tangan pegi tampal menda kat situ. |
|
Perjalanan kami bermula di Amsterdam Centraal. |
|
Seram jugak nak berjalan jauh malam malam macam ni. Berlin tu pun tak tau macam mana rupa dia. Masa ni memang mental fizikal teruji. Huhu. |
Selepas 6 jam mereput dalam train yang sebelumnya dah mereput 6 jam dalam flight, kami akhirnya sampai di Berlin pukul 11 malam. Masa nak keluar dari stesen central dia ni mak memang blur habis. Stesen keretapi dia dah la besar gila. Mak dah terfikir kalau tak jumpa jalan nak pergi hotel ni, kena tido kat stesen tu ke macam mana. Huhu.
Malam tu memang dingin dengan angin yang sangat kuat. Masa kena tukar train kat stesen mana ntah sebelum sampai ke stesen Berlin Hauptbanhof ni, mak dah nampak dah suami mak dah menggigil tengah tahan sejuk. Dalam hati habis la kalau dah start menggigil ni. Serius sejuk gila malam tu. Sejuknya sampai ketulang rusuk belah kiri. Eh? Huhu. Wardrobe pun salah pulak. Ingatkan musim bunga takdelah sejuk mana, sekali bila sampai sana diorang siap pakai winter coat lagi. Gulp. Mak buat buat cool je masa tu. Kalau mak layan jugak cuaca sejuk tu masa tu, confirm mak dengan suami berlawan lawan siapa yang menggigil paling teruk. Haha.
Seriously I'm the man malam tu sebab suami mak memang tak boleh nak bawak bincang dah malam tu. Dia dah give up. Mak heret jugak suami mak dengan beg besar tu pergi kat stesen bas kat depan tu. Pun blur jugak just ikut je orang ramai ramai tu. Bila mak tengok suami mak muka macam dah nak nangis tak tahan sejuk macam mak kena dulu masa kat Amsterdam, mak pun rasa kesian dan terus unpack luggage keluarkan leather jacket dia dengan jaket hitam mak bagi dia warm sikit lepastu mak pergi tunggu bas balik.
Mak cek google dan tunggu bas, bila bas sampai mak tunjuk tempat mak nak pergi kat driver bas tu tapi driver tu tunjuk arah seberang jalan. Lagi sekali mak seret semua benda yang mak boleh seret pergi lintas jalan kejar bas yang dah sampai kat seberang. Lagi sekali mak tunjuk nama tempat mak nak turun sebab nak sebut kang tak reti la pulak. Haha. Terus driver tu suruh naik. Mak tanya berapa tambang, dia cakap takpe naik je. Eceh macam sembang cakap melayu pulak dengan driver tu kan. Kahkah.
Bila dah sampai kat bus stop yang mak nak turun tu, mak tanya driver tu lagi sekali berapa tambang tapi dia cuma reply "It's my pleasure." Mak pun dah start la nak pikir bas kat Berlin ni memang free ke atau dia bagi naik free sebab mak ni cantik? Eh dah start pulak pikir mak ni cantik ke. Eh tetiba terkenang zaman muda muda pulak masa kena ngorat dengan suami mak dulu. Eh? Tiberr. Ke dia bagi naik free sebab dia tengok muka suami mak macam dah nak tersungkur sangat? Haha.
Turun dari stesen bas tu jalan tak sampai 5 minit dah sampai kat hotel yang kami dah booked nama dia Apple City Hotel. Hotel ni best sebab dekat dengan stesen U-Bahn dan bus stop. Betul betul depan tu je. Setel untuk malam tu.
Esoknya pagi pagi kami dah ready nak explore semua tempat yang dah ada dalam itinerary. Mak rasa selesa kat Berlin sebab kat sini senang nak jumpa perempuan yang bertudung. Mostly foreigner Arab dan India.
First kami pergi tempat paling jauh dulu. Tempat nak tengok bunga Sakura. Mula mula rasa macam nak nangis jugak masa nak beli tiket U-Bahn ni sebab kat Berlin ni ada U-Bahn, S-Bahn dengan tram kalau tak silap. Ntah tak ingat sebab naik benda tu sekali je selebihnya banyak naik U-Bahn dengan S-Bahn. Lepas dibantu oleh sorang kakak India ni, mak pun dah terer beli tiket. Satu tiket ni sah untuk 2 jam ke mana mana stesen kecuali ke stesen asal. So boleh jimat jugak la.
|
Boleh bayar pakai kad kredit. Jangan lupa stamp tiket tu kat mesin sebelah. Kalau tak nanti kena denda. |
|
Mak tengok kat mana mana tempat memang penuh dengan graffiti ni. Agak mencacatkan pemandangan jugaklah menatang ni. |
|
Jangan tanya mak macam mana nak sebut nama jalan ni. Mak tengok simbol beta tu pun mak dah seram. Haha. |
|
Spot nak tengok bunga sakura ni bukan park pun. Cuma sebatang jalan kat kawasan perumahan je. Jadi silalah jangan pergi sebab jauh dan agak tak berbaloi. Haha. |
|
Maaflah gaya seorang program coordinator memang begini. Rupa dah macam nak pergi kutip hutang. Paling penting itinerary sentiasa ada kat tangan. |
|
Hambar jugaklah masa mula mula sampai tu sebab baru ingat nak makan roti cicah teh o kat tepi tu sekali tempat tak best. Tapi perasaan hambar tu hilang bila kami berjumpa dengan kawan baru, Han. Dia ni photographer. Tetiba la pulak dia suruh kitorang ni jadi model. Huhu. |
|
Lepas kenal dengan Han, mak pun dengan tetiba jadi pandai ambik gambar jugak. |
|
Ni mak copycat gambar kat Instagram Han tu. Haha. |
|
Bila dah pandai ambik gambar, tempat yang nampak hambar pun boleh jadi cantik indah menawan. Eh? |
|
Kami teruskan perjalanan ke Brandenburg Gate. Gate ni betul betul keluar dari stesen Brandenburg Tor. Berliner Dom yang tinggi tu tak payah pegi. Han cakap takde apa pun kat situ. |
|
Masa ni ada orang tengah berkempen ke tengah boikot ke mak tak tau sebab tak paham dia cakap apa. Ke tengah ceramah? Huhu. |
|
Nak merasa lalu bawah gate. |
|
Jalan lagi 7 mnit macam tu nanti korang boleh sampai kat Reichstag Building. |
|
Mak tengok ramai jugak yang beratur nak beli tiket masuk ke dalam tapi mak tak masuk pun. |
|
Masa ni on the way ke..sorry mak tak ingat nama tempat tu sebab takde dalam itinerary. Han yang suggest suruh pergi tempat tu sebab lagi best dia cakap. So kami berhenti lunch dulu dekat park. |
|
Tak tau motif gambar ni. Ambik je. |
|
Kenapa ntah bila mak tengok bunga ni mak rasa macam Chinese New Year punya theme. Huhu. |
|
Mengidam betul nak lepak kat park macam ni sambil baca buku. |
|
Kami nak pergi panjat menara tu kejap lagi. Serius tak ingat nama dia. Huhu. |
|
Mintak nyawa jugak nak naik tangga pusing ni. Nak naik kena bayar 3 Euro. |
|
Muka suami mak kebingungan masa sampai atas. Ingatkan ada orang jual teh tarik ke apa. Nak jalan pun selisih bahu weh. Haha. |
|
Ni memang tempat si Han la ni. Tempat banyak idea nak ambik gambar kalendar. |
|
Masa nak naik bas ni, driver mintak duit syiling je. Dia tak nak 5 Euro sekeping. kelam kabut mak cari syiling. Bila dah lama sangat bas tak jalan sebab mak tak bayar lagi tambang, tetiba ada makcik ni datang tolong bayarkan. Rasa nak peluk je makcik tu. Comel pulak tu. |
|
Ni lah stesen U-Bahn dekat depan hotel tu. Depan sikit bus stop dia. Kat kedai dm tu lah mak borong NYX. |
|
Sebelah petang kami ke Oberbaumbrucke pulak. |
|
Turun dari stesen Berlin Warshauer Strabe tu, jalan 6 minit je nak sampai ke jambatan tu. |
|
Kat sini memang banyak bunga Sakura even kat depan rumah orang pun banyak je diorang tanam. |
|
Ikutkan hati nak baring je kat bawah tu sambil tengok Sakura ni puas puas. Cantik sangat seindah namanya. |
|
Sakura dan Rara dekat dekat je bunyi dia kan? Sebenarnya nak tanya mak cantik macam Sakura tak? Haha pengsann. |
|
Oberbaum Bridge yang famous kat Berlin. |
|
Tempat ni cantik dan mak suka sangat dapat tengok sunset kat jambatan ni. |
|
Ni kat bahagian bawah laluan. Sebelah atas tempat train lalu. |
|
Masa ni dah sampai kat area hotel tapi suami mak ajak cari nasi putih sebab dia dah jemu makan nasi briyani kambing tu. Huhu. |
|
Kat Berlin kebanyakan kedai tutup pukul 8 malam. |
|
Warung jawa ni kalau dari hotel tu 15 minit jalan kaki. |
|
Kedai ni best gila sebab ada jual NYX. Harga murah pulak tu. Kedai ni kat sebelah hotel je. Rugi pulak rasa tak masuk kedai tu dari pagi tadi. Huhu. |
Habis dah masa kami dekat Berlin. Yes kami cuma spend masa sehari je dekat Berlin. Esok kami akan ke Warsaw, Poland pulak.
No comments:
Post a Comment