Back to Top

Hidup Kami Suami Isteri Berantakan Semalam

Semalam..Semalam itu..Telah berlaku sesuatu..Sesuatu..Yang tak pasti pulak aku boleh diklasifikasikan sebagai sejenis aktiviti, program atau..Atau..Tak pasti..

Semalam itu..Suami dah beritahu ada kebakaran jam dua pagi..Sengajalah mereka warden-warden ni nak bermain dengan api. Tapi bukan main api semata-mata. Nak bagi student lalu situasi kebakaran yang sebenar.

Suami kata..pukul 1 nak kena bangun. Suami enggan tido dalam bilik. Maka kami tido di sofa aje.Baru nak lelap dah pukul satu pagi. Mata terpisat-pisat lagi. Suami pun bangun nak bersiap. Kena keluar awal..nak bakar tayar katanya.

Aku pun sambung tido dalam bilik. Pastu rasa takut tido sorang-sorang. Rasa macam ada pocong tido sebelah. Haha..baru nak terlelap tiba-tiba siren bunyi. Aku tengok jam kat dindibg baru pukul 2.30 pagi. Jenguk kat luar tingkap tengok budak-budak jalan ramai-ramai nak pergi mana pun tau. Sayang nyawa jugak diorang ni. Haha

Baru seminit aku terlelap, bunyi siren lagi. Kali ni bomba pulak datang. Tengok jam kat dinding lagi, baru pukul 3.00 pagi. Dalam hati kata " Tinggal abu dah kot tayar tu. Lambat benau sampai nye"

Tak tahan sangat mata, aku pun lelap. Tersedar masa suami balik. Tengok jam kat dinding lagi, dah pukul 4.24 pagi. Alahai..kesian suami aku. Dah nak subuh baru sampai rumah.

Kalau korang nak tau..selain budak-budak asrama, jadi student politeknik sangat beruntung. Mereka ditatang bagai minyak yang penuh. Dijaga tip top from tip to toe by their academic advisor. Kalau sakit ada sedia ubat. Rasa-rasa nak pergi hospital, warden hantarkan. Manja..beruntung sangat mereka ni.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.