aAhad kelmarin dengan tak semena-mena kami jadi "tourist guide" kawan suami, fahmi namanya yang datang bersama isteri baru...kawen lapan bulan. Nasib baiklah suami tak ada kelas hujung minggu lepas. Cuma ada projek nak disiapkan tapi suami letak tepi dulu semua hal dunia tu demi seorang pelancong bernama kawan.
Kami kerjakan cukup-cukup sampai lembik dan monyok tetamu tersebut. Sampai tahap dok meracau nak bantal segala. Haha..Apa tak nye pagi-pagi dah keluar pergi pasar serikin. Kemudian kami singgah tasik biru. Shoot balik umah jap simpan barang tangkapan dari serikin, lepas lunch dan solat kami ke kampung budaya. Kemudian kami bermesra dengan ikan di tasik libry sebelum diner di steamboat dan pulang. Hamekau..
No comments:
Post a Comment