Back to Top

TRIP MUSIM BUNGA 2019 PART 1 : DOHA


"Sayang penat kerja. Sayang nak reward diri sendiri"

Gitu dia punya sembang dah macam orang have have. Asal penat je reward. Asal penat je pergi berjalan. Haha.

Disebabkan suami mak dengan suka hatinya cakap nak berjalan lagi untuk tenangkan fikiran, mak pun dengan suka hatinya pergi tukar itinerary dari plan nak pergi Oceania Country, mak tukar pergi Eropah buat kali kedua. Kali ni mak buat itinerary untuk empat buah negara terus. Kira empat tahun punya reward lah ni. Huhu.

Itinerary kali ni memang mak buat special nak bagi suami  mak puas berjalan sampai tahap nak termuntah. Haha. Mak bagi suami mak merasa terbang berbelas jam, naik train berbelas jam, jalan kaki berjam jam. Tinggal lagi nak naik feri kat Volendam je yang tak lepas nak bagi suami mak merasa sebab masa sampai kat jeti tu dah lewat petang. Mesti suami mak insaf nak approve itinerary mak yang bukan bukan lagi lepas ni. Haha.

Trip kali ni mak pilih untuk travel ke tiga buah negara kat Eropah pakai train. Mak yang pilih ok, bukan suami mak yang pilih. Tiket train boleh booking siap siap dekat website https://raileurope-asean.com/train-tickets/train/-tickets Untuk tiket train D-Bahn, iaitu train bagi line Belanda-Jerman, tiket tu diorang pos direct ke rumah. Tapi bagi tiket train Jerman-Poland naik iCCC PKP Intercity, tiket tu korang kena print sendiri siap siap sebelum travel. Pendek kata tiket ngan itinerary semua dah print siap siap masa kat Malaysia lagi.

Masa tiket ni sampai rumah, mak rasa macam inilah dia. Nak tak nak kena pergi jugak. Haha.

Satu lagi tips yang mak baru jumpa untuk internet connection kat luar negara, korang boleh beli simkad hello1010 siap siap. Simkad ni dia cover sampai berpuluh buah negara kat Eropah jadi kita tak perlu nak beli simkad yang berbeza kat setiap negara. Murah pulak tu. Mak beli yang 3GB punya kuota internet harga dia baru RM79 termasuk postage kalau tak silap. Jauh lebih murah dari sewa poket wifi. Coverage internet pun bagus gila. Boleh beli kat website ni https://hello1010.my Mak happy sebab dapat jimat banyak kat internet.

Untuk trip kali ni kami pilih untuk travel pada awal bulan April dengan harapan masa ni Tulip dah berkembang. Tapi rupa rupanya dari hujung Mac lagi Tulip dah blooming. Kami masih lagi fly dengan Qatar Airways tapi kami dah pandai sikit dah travel kali ni. Kami book hotel dengan Qatar Airways sebab tak nak mereput lagi kat airport tunggu transit.

Kalau fly dengan Qatar Airways, dia akan bagi rate yang super murah untuk hotel. Macam hotel 5 star dia bagi rate RM120 je per malam. Tapi mak biasalah umat paling kedekut, mak suruh suami book hotel 4 star je dapat RM80 per malam. Huhu. Merasa la kejap jadi VIP ada orang tunggu kat airport dengan signage nama suami walaupun jemput pakai van je. Kahkah.

Malangnya masa kami sampai Doha petang tu, kat sana tengah diserang ribut pasir level manja. Susah juga nak berjalan harung ribut tu sebab pasir masuk mata ngan mulut semua tapi alang alang dah sampai redah jugak lah. Bila lagi nak rasa kan. Kat Malaysia bukan ada pun. Huhu.

Walaupun kami ada sebelah petang tu je nak spend masa jalan jalan sekitar area hotel tu, tapi rasa macam cukuplah tu kot. Nanti boleh repeat lagi. Hiks.

Pagi pagi muka masing masing semua penyek. Haha.

Jarang orang nak ambik gambar kalau travel dengan economy class ni. Kalau travel dengan business class tu biasa jumpa. Handphone selit kat poket baju pulak tu. Lain macam betul. Haha.

Kami berjalan ikut direction driver hotel tu. Nasib baik semua tempat yang kami nak pergi tu dekat dekat je.

Kat depan National Museum of Qatar. Tak masuk pun sebab tak selesa angin ribut kuat sangat. Tiket masuk mahal pulak tu lagilah mak rasa tak selesa rasa nak balik je. Haha.

Depan Islamic Art Museum. Dah malas gila nak jalan masa ni. Baru sampai Doha kot dah malas. Haha.

Sampai sini je mampu sebab nak berjalan ke Souq Waqif tu tak larat dah nak cari tempat tu. Mengidam jugak nak minum teh kat Souq tu. 

Lain kali kita datang repeat lagi. Eh? 

Mak rasa kalau cuaca bagus ni banyak benda boleh nampak ni.

Masa ni perasaan nak shoping tu belum bercambah lagi. Tengok mall pun nampak dah macam bangunan zakat je.

Tetiba boleh ada surau lama kat sebelah blok hotel tu. Merasalah suami mak Maghrib kat situ.

Mak rasa banyak banyak tempat singgah tadi tu, surau ni yang paling mak suka.

Done part 1. Part 2 adalah hari yang sangat panjang dan sangat mencabar sebab the long train journey starts on the next day. Kami tidur awal malam tu untuk sediakan mental dan fizikal untuk perjalanan yang panjang esok. Ha ko dah macam nak pergi tawan puncak Everest. Kah!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.