Khamis pagi tu dah sah-sah la aku bangun lambat kan tapi suami tak bole nak tido lama-lama dah.Asyik terkenang bumper yang dah dicederai oleh jalan Sibu kelmarin. Haha..Pagi-pagi suami dah keluar pergi workshop nak simen blek bumper tu. Seboleh-bolehnya suami tak nak tak hingin tak rela nak pasang balik bumper standard yang tersadai dalam stor tu. Seboleh-bolehnya nak pertahankan jugak lampu brek lori dia tu. Haha..
Aku bangun pagi tu rasa lesu lagi. Terpisat-pisat mata. Terus terbungkang kat sofa pulak padahal sofa belum siap pakai baju lagi masa tu pun jadi jugak wat port terbungkang. Haha..Nak jadi cerita kemas umah sampai ri jumaat baru la setel. Haha..Malam tu terus shoot jemput family mertua aku kat airport.
Sangatlah berdebar masa nampak mertua aku muncul kat tempat kutip beg tu. Ya Allah! Harap-harap family mertua aku selesa selama empat hari kat rumah kami. Maklumlah family mertua aku datang ramai-ramai. Rumah kami pun kecik je. Aku risau bantal tak cukup la. Selimut tak cukup la. Risau kot-kot diorang tak dapat tido sebab dengar bunyi tangki air bergendang kat atas bumbung tu ke. Macam-macam aku pikir. Haha..
Alhamdulillah..Malam pertama family kat umah aku, diorang semua nampak macam selesa. Harap-harap selesa la. Hehe..Pagi sabtu tu kami buat sarapan mega. Banyak la maksudnya. Haha..Selalu kan berdua je. Aku pun bangga la nak tayang kuali besar aku tapi tak adalah baru beli pun. Haha..
Pagi sabtu tu kami ke Sarawak Cultural Village. Cuaca mendung je tapi alhamdulillah tak hujan. Selesa la jalan-jalan dalam keadaan cuaca redup gitu kan.
Sarawak Cultural Village..we are here! Tempat ni tiga kali aku masuk pun tak bosan kot. Hehe |
Masa nak bermanja dengan suami. Haha |
Amaran! Jangan sampai tergelincir semasa melalui jambatan ini atau anda akan menderita. Haha |
Posing depan rumah Iban. Tak ingat pun rumah suku apa ni. Main hentam je asal ada nama. Kih2 |
Kak cda & family posing kat air terjun. Aku request kat suami nak pasang air terjun camtu kat umah. Suami terus menyepikan diri. Haha |
Dengan family. Abah steady pasal dah dapat air kelapa. Haha |
Lepas abes merayau dekat kampung budaya dan tengok persembahan pekerja-pekerja kebudayaan negeri, maka mak mertua terus buru-buru pergi kat van. Ikut plan dalam tentatif *siap ada tentatif tu jangan main-main program besar ni. Floor plan je takde. Haha..Ha sambung balik kat mane aku merepek tadi..menurut tentatif kami cadang nak bawak family makan kat damai central. Makan tepi pantai la kononnya walaupun hujan dan sejokk. Tetapi selepas mak menyatakan hasrat nak makan kat umah aje maka kami turuti asalkan mak selesa.
Balik rumah kami terus bersilat kat dapur masak sardin aje pun dan beberapa hidangan hebat yang tak perlulah rasanya dimaklumkan disini. Nanti korang jeles pulak kann..Tak pasal. Selepas berehat-rehat yang kelihatan lebih kepada tidur mati terutama tuan rumah (Haha!!) maklumlah semalam tak cukup rehat, suami kejutkan aku dan ajak bersiap kerana sebentar lagi kami akan berjalan-jalan di Waterfront.
Kami bawak mak naik sampan mudik ke hulu. Ternyata naik sampan bukanlah favorite mak. Haha..Nasib baik la tak jauh mana nak seberang sungai tu. Lima minit pun tak sampai.
Cuaca bagus masa ni. Ada Bruno Mars celop pulak nyanyi tepi sungai tu. Bertambah syok rasa pasal sebelum ni kalau pegi Waterfront takde ape. Mungkin sebab cuti sekolah ni kot. |
Jalan-jalan cuci mata. Siti pegi sergah orang tengah masak. Haha |
Iman berlegging petang-petang. Apa punca pun tak tau. Abg Min tolong jawab. Haha |
Lepas maghrib kami makan malam di restoran favorite saye tapi tiada gambar yang berjaya dirakam kerana masing-masing tengah lapar mungkin. Aku memang tak mungkinlah kan amek gambar tengah makan. Lauk didahulukan..Gambar diperabaikan. Haha
Kami pulang ke rumah lepas kenyang dan dapat berehat awal pada malam tersebut. Wahhh..best dapat jumpa bantal. Kami perlu tidur dengan nyenyak sebab esok kami akan ke Pasar Serikin.
Aku bangun awal pagi sediakan sarapan bersama ipar duai yang lain *macam tak caye je kan. Haha..Kemudian kami bersiap untuk ke Pasar Serikin. Pergi Pasar Serikin awal pagi ni ada hikmahnya. Buktinya aku dapat jubah cotton harga rm35 sepasang selain dapat parking. Haa..Best ke idok?
Mari aku ceritakan pengalaman aku bersama Pasar Serikin. Masuk ni dah tiga kali aku pergi tempat ni. Masa pertama kali suami bawak jalan-jalan kat sini aku tak suka langsung tempat ni. Kali kedua pergi sebab nak beli tikar. Kali ketiga masa bawak kawan dah rasa macam suka kat Pasar Serikin. Kali keempat pergi dah jatuh cinta. Siap ajak suami repaet sebelum balik raya cina nanti. Haha..Mula-mula tadi aku sebut berapa kali? Haha
Ala syg tu..Ngade-ngade je. Muah!! *Abaikan.Haha |
Ayg pun nak ngade-ngade gak. Mih2..*Err.. |
Mak yang paling banyak borong. Aku tak dapat sebab suami lupa nak withdraw kat bank. Sebaik syg tuuu..Haha |
Ala budak Amin ni mesti nak tunggu part dia kena interview dekat orang Stylista mana ntah. Aku tengok yang tukang interview tu pun takde la stylista mane. Rupa macam baru lepas petik buah sawit je. Haha..Takde gambar ko la Min. Haha
Setel borong banyak-banyak, kami terus pulang ke rumah. Macam biasa mak tak nak makan kat luar walaupun anak menantu merengek ajak makan kat luar. Haha..Tapi bagus untuk aku. Bole la aku menunjuk-nunjuk periuk kuali aku yang mahal tapi dapat harga murah tu. Haha..Aku masakkan tomyam ayam sedap sangat tajuk dia tengah ari tu. Haha..
Cuaca ari ahad tu tak berapa cun. Hujan tak menentu tapi disebabkan tentatif petang tu patutnya kami ke Kota Padawan pergi tengok orang utan kat Taman Semenggoh, kami tukar plan pergi ke Matang Wildlife Park aje. Dekat kat belakang rumah. Masa sampai tu pun waktu last bole masuk.
Kali ni pun macam best pulak pegi tempat ni. Aku jadi teruja sangat tengok orang utan dia. Sangatlah comel dan aktif. Agaknya ada yang pandang serong kat aku.. "Tuan rumah pulak yang lebih-lebih" Haha..Well..
Tengah jalan-jalan dalam hutan tu bole hujan pulakk.. Haha. Kesian mertua aku basah-basah kena hujan. Hehe
Elok je masuk hutan pakai jubah. Kes malas nak tukar baju |
Dah basah kuyup pegi dapatkan perlindungan kat pusat info tu. Saje-saje la wat muka teruja jumpa aman ni. Haha |
Kami sempat singgah di Telaga Air lepas jalan-jalan kat Matang Wildlife. Saja je pergi tengok-tengok akak jual pisang goreng tu tengah goreng pisang. Lama tak tanya khabar *konon. Padahal aku rasa macam sikit lagi penumbuk nak kena muka dia. Haha..Sampai rumah aku teru siapkan minum petang sebelum masak untuk makan malam pulak. Rajin tak aku? Mestilah!
Malam tu kami cuma tersidai kat sofa tengok cerita UAI yang alaa..aku dah la penat. Tengok cerita tu rasa macam nak terlelap. Haha
Namun pagi senayan tu aku bangun lambat. Apahal ntah mata rasa lekit sangat. Hik2..Lepas siap bersarapan, kami ke Kampung Boyan borong kek lapis Mira dan ikan masin. Kemudian kami borong pasu kat jalan nak ke Serian tu sebelum ke airport..
Dan itu mertua dah check - in.. |
Sampai kat rumah tiba-tiba rasa sunyi..Owhh..Cepatla dapat anak. Hehe..Please..Do come and visit us again..:)
No comments:
Post a Comment