Ya, hari yang paling gila. Kami mulakan perjalanan seawal 4 pagi sebab train kami akan bertolak pada pukul 5:45 pagi. Mak ingat sangatlah waktu train ni sebab train ni je yang paling gila mak pernah book untuk trip musim bunga ni.
Hari sebelum tu kami dah book teksi yang kami naik masa mula mula sampai tu. Tepat pukul 4 pagi driver tu dah tunggu kat depan pintu hotel. Kitorang yang melayu ni lambat macam biasa. Huhu. Kali ni kitorang kena lagi dengan orang Poland. Masa kami masuk kat dalam stesen tu, mak perasan ada 2 orang lelaki ni asyik pandang pandang kami lepastu gelak gelak. Eh dia ingat orang Malaysia ni lawak sangat ke. Lepastu dia boleh usik suami mak gurau apa tak ingat masa tu. Eh dia ni.
Pagi pagi mak dah rasa macam nak gigit orang. Masa turun kat platform, tetiba ada sorang mamat ni datang sembang sembang dengan suami mak cakap Polish. Kitorang pergi mana mana dia ikut je sambung sembang lagi. Mak tengok geram je. Jangan sampai mak ni sembang dengan dia pakai bahasa isyarat pulak. Nasib baik train sampai tak lama lepas tu sebab mak memang syak dia ni nak mencuri je sebenarnya. Suami mak tak pandang sangat mamat tu tapi mak tak bagi peluang. Mak perati je dia macam nak telan.
Bila dah naik train, maka bermula lah perjalanan kami yang saaangat panjang. Yes train tu akan bawa kami selama 12 jam ke Amstedam. Dia punya jemu duduk dalam train tu sampai keluar peluh kat dahi walaupun dalam train tu sejuk. Tapi bila lagi nak merasa mereput dalam train sampai berbelas jam macam tu ye tak? Kahkah.
|
Mak tak berapa ingat sangat stesen ni sebab tak berapa lekat kat ingatan. Sampai kesudah merajuk lagi wehh. Haha. |
|
Nasib baik tak pergi tempat ni. Palace of Culture ni memang ada dalam itinerary mak tapi sebab macam takde mood sangat nak try public transport kat Warsaw ni jadi mak pun batalkan je niat. Tak sangka pulak benda tu betul betul kat depan stesen sentral. Kan dah jimat duit mak. Haha. |
|
Ramai je yang ambik train pertama hari tu. Jadi takdelah seram sangat bila kena kacau dengan mamat psycho tu. |
|
One of a kind jugak dapat pengalaman tengok sunrise dalam train kat benua Eropah ni. Cubalah. |
|
Kat sini memang banyak sangat windmill ni. Mula mula tengok je teruja. Lama lama rasa macam biasa je. Huhu. |
|
Ni tak ingat tido kali keberapa muka pun dah penyek mak tengok. Haha. |
|
Dan banyak padang luas macam ni. Mak rasa ni bukan padang tapi ladang sayur diorang. |
|
Ni lah dia train dari Warsaw ke Berlin. Dari Berlin ke Amsterdam naik train D-Bahn yang kaler merah putih tu balik. |
Dah tergaru sana sini tidur dah berpuluh kali, akhirnya kami sampai jugak kat Amsterdam. Kat sini kami menginap dekat apartment Bu Sandra. Hotel masa musim bunga ni memang fully booked lepastu mahal gila. Sebagai alternatif kami pilih bermalam kat apartment ni. Tempat dia pun strategik betul betul kat sebelah kedai tomyam dan berdepan dengan stesen tram. Cuma kurang privasi la sebab shared bathroom.
Sampai kat apartment tu dah la lambat lepastu owner ajak ngobrol pulak. Waduh mak dah kejung masa tu tak dengar apa dah owner tu cakap. Rasanya train lagged la kot lama sangat mereput dalam train. Lepas turun dari train naik tram pulak nak sampai kat apartment tu. Huhu. Selepas ngobrol sebarang dua, mak dengan muka penyek mintak diri nak masuk bilik sebab dah tak boleh nak tahan lagi dah. Kepala ingat kat bantal je. Huhu.
Esok pagi pagi kami mulakan perjalanan pertama iaitu kembali ke Zaanse Schans. Kali ni dengan bantuan Bu Sandra, mak dah pandai dah sebut nama tempat ni. Tak sangka pulak mak ada tulis dalam entry masa pergi Amsterdam musim luruh 2016 dulu, mak cakap mungkin mak akan kembali lagi ke sini pada musim bunga. Betul betul jadi kenyataan rupanya. Ala benda boleh booking tiket, buat apa nak tulis dalam entry. Haha.
Masa kami turun kat stesen Zaandam, train ke Koog - Zaandijk tu takde sebab stesen tu tengah renovate. Terpaksa naik bas dekat platform berapa ntah tak ingat tapi memang diorang dah sediakan bas kat situ. Rasa macam ala tak dapat nak terkenang balik masa mula mula datang sini sebab naik bas pergi Zaanse Schans tu dah jadi pengalaman baru. Ala mengada lah hai. Haha.
|
Berjumpa kita lagi dengan perkampungan rumah hijau ni. Huhu. |
|
Balik semula kat tempat yang sama sebab nak pergi repeat kedai yang sama. Dari 2016 lagi mak dah aim periuk kat kedai tu. Huhu. |
|
Cuaca bagus dan pengunjung sangat ramai. Jadi silalah datang masa musim bunga sebab sangat berbaloi. |
|
Kali ni betul betul ambik gambar banyak banyak sebab dulu masa datang sini sejuk sangat sampai tangan kebas nak ambik gambar. |
|
Melepak sungguh sungguh juga menjadi salah satu aktiviti kitorang kali ni. Masa siang dia panjang jadi takde nak kelam kabut sangat nak berjalan semua tempat. |
|
Melepak secara bergilir. Lebih kepada pura pura melepak perati orang lalu lalang. Haha. |
|
Last time datang sini makan hati je tetiba dalam gambar nampak clog gergasi ni. Kali ni tak lepas peluang, habis satu Zaanse Schans kami pusing. |
|
Clog gergasi ni ada dekat clog factory. |
|
Geram je tengok clog gergasi tu boleh buat hiasan pulak gantung kat tiang. Bila tanya harga yang saiz besar macam tu orang tu cakap 500 Euro. Mak mampu beli yang saiz 10 Euro je. Jadilah nak. Kalau tak beli kang terpaksa pulak mak repeat tempat ni nanti. Huhu. |
|
Perasaan nak shopping masa ni kian bercambah malah makin meluap. |
|
Mesin buat clog dan brader buat clog. |
|
Dia cakap clog ni sebelum orang buat hiasan gantung kat dinding, orang dulu dulu pakai clog ni buat safety shoes. Mak terus terbayang comel je orang pergi site pakai clog. Huhu. |
|
Bukti dah sampai kilang clog ni. |
|
Clog gergasi itulah yang tercaptured dalam gambar masa 2016 dulu. Huhu. |
|
Masa ni semua kedai nak masuk. Cari periuk punya pasal. Haha. |
|
Semua jambatan pun nak redah. |
|
Gambar ayam pun nak ambik. Ayam dia unik kot siap pakai absorber kat kaki. Haha. |
|
Zaanse Schans ni tak penah tak cantik. |
|
Gambar dari salah sebuah windmill yang ada kat sini. |
|
Nak naik kena bayar 5 Euro sorang. Mak dengar pun macam tak bermminat jadi suami mak sorang je yang naik. |
|
Berbaloi jugak sebenarnya naik windmill ni. Huhu. |
|
Ala kenangan betul lah. |
|
Nak dapat gambar ni kena layan mulut bising group makcik dari China dulu. |
|
Tenang je tengok rumah dia. |
|
Banyak sangat spot nak bergambar. |
|
Ni dekat kedai periuk mak. Periuk nya tak beli pun sebab suami mak cakap mahal. Dah balik Malaysia menyesal pulak. Kan dah nak kena repeat balik ni. Huhu. |
|
Walaupun banyak rumah kat sini tapi mak tak jumpa pun penduduk dia. |
|
Tetiba jumpa pokok Magnolia. Uwow sangat rasa. |
|
Rasa nak pinjam je boat orang ni punting sendiri dua laki bini. Kahkah. |
|
Nak balik dah masa ni. Laluan masuk ke Zaanse Schans. |
|
Dekat stesen Zaandam dari platform bas kat bawah. |
|
Malam tu kami round cari fries pulak. Kat sini memang famous dengan fries. |
|
Fries dia memang sedap. Makan pulak panas panas. Fuhh melecur lidah. Haha. |
Esok kami ke Keukenhof pulak tengok lautan Tulip. Yay!
No comments:
Post a Comment