Back to Top

Hactic Week # Part 1: Sarawak Open di Sibu

Korang jangan tak tau suri rumah macam aku ni pun pernah mengalami hactic weekss..plural tu bukan singular. Lagi sibuk dari minggu closing account. Haa..

Sabtu dua minggu lepas aku mengekori suami ke Sibu sebab suami join Sarawak Open main untuk Samarahan. Nak ke Sibu tu tak adalah jauh mana. 6 jam perjalanan je tambah lori, hujan, kereta 40km sejam di selekoh maut jadilah 8 jam perjalanan.

Hujan saje masa kami gerak lepas Asar tu sampai ke Sibu. Kuching dah banjir masa tu. Nak ke Sibu ni scary sikit. Lepas 4 jam drive baru jumpa rnr Temedok kat simpang nak ke Sri Aman ngan Betong. Nak jadi cerita rnr dia pun scary. Gelap dan muram aje. Stesen minyak dia jarang-jarang sekali dijumpai. Lepas keluar dari Kuching, ada dua je stesen minyak dia. Kat Serian dengan Betong.

Masa nak sampai simpang ke Sibu, aku nampak signboard petronas. Aku pun sarani suami supaya isi minyak kereta yang tinggal separuh tu pasal nak masuk ke Sibu tu tak tau lagi jauh mana. Jadi kami terus ke Sarikei nak isi minyak kereta. Ternyata itu satu keputusan kurang pandai untuk dibuat oleh pemilik kenderaan hybrid pasal nak masuk ke Sarikei tu pun dah amek masa dekat setengah jam baru jumpa petronas dia.

Tiba-tiba lepas setel bagi minum kereta, suami rasa macam dah lewat sangat nak ke Sibu jadi suami pun tekan minyak sampai lantai dalam hujan dan gelap malam yang pekat. Lopak air pun dilanggar dengan selamba sampai dah macam bunyi pisau air tu. Nak jadi cerita, tiba-tiba ada bunyi tang tang tang kat belakang. Suami kata bunyi beg melompat. Aku dah tak sedap hati. Aku kata ntah-ntah bumper belakang dah tercabut.

Suami terus berhenti dalam hujan dan pekat malam tu. Memang scary. Bila cek tengok-tengok bumper dah terkulai. Haha..Nasib baik tak tercicir kalau tak dah jadi lempeng agaknya kene langgar kat lori. Dugaan pertama yang kami alami. Banyak lagii..Huhu. Nasib baik bumper pakai clip. Part skru yang rosak tu bole back up dengan clip tu lagi. Kami sambung semula perjalanan dengan mengelak lopak-lopak air. Trauma sudah. Haha

Maka kami pun tiba di Sibu. Kawan-kawan satu team suami dah sampai dulu. Nak jadi cerita, ari sabtu tu hotel kat Sibu semua nya penuh. Nasib baik kawan suami dah book satu bilik ni kat sebelah hotel dia. Lega rasa. Tapi bila masuk kat nama hotel dirahsiai..humangaiii..Dah macam zaman jepun aku tengok kaunter dia. Lif dah macam zaman P Ramlee kata kawan suami aku. Masa naik lif tu siap goyang-goyang lagi lif dia. Sekali tu aje la kitorang naik. Tobat nasuha aku nak naik lif tu lagi.

Bila sampai kat bilik ..Subhanallah..Tengok pintu bilik dia cantik lagi pintu tandas. Nak sedapkan hati kitorang kawan suami cakap tandas dia ada tab mandi. Aku tak terkata apa dah masa tu. Bila masuk..Ya Allah bilik dia macam haunted mansion! Haha..Tapi aku tak ameklah gambar bilik tu. Aku rasa malu nak tunjuk kat public. Nanti buruk kan nama hotel tu. Sah-sah tempat tu sarang pelacuran sebab kat pintu dia semua tulisan lucah-lucah. Belum tengok tandas dia lagi pasal lantai bilik tu pun pakai marmar tandas. Bila tengok toilet dia..perghh..tab mandi dia berkarat. Macam sepuluh tahun lepas ada orang mati bunuh diri kat dalam tab tu. Haha..jijik!

Malam tu memang kami tak tidur sangat. Aku yang kepenatan kemas rumah siang tu tidur jugak kat dada suami pasal memang tak mungkinlah kan aku nak pakai bantal dia yang dah berbau tu. haha..Tiba-tiba masa aku tidur tu kami dengar ada bunyi orang berjalan kat siling bilik tu. Aku dah agak bilik tu memang berhantu. Huhu..Memang kami tak cukup rehat malam tu. Pagi esoknya kul 6 pagi dah check out. Tak sanggup dah. Tengok receptionist dia pun muka dia dah macam tora-tora. Haha.. Tengah ari tu kami terus check in kat hotel sebelah. Kecik je bilik dia tapi selesa la nak mandi, tidur ngan solat. Murah pun murah. RM55 je satu malam.

Nak jadi cerita pagi tu kereta kawan suami pulak pancit. Dah tukar tayar spare tapi rosak pulak tayar nye. Pergi setel dulu. Dengan tak sempat sarapan kami terus ke stadium ping pong sibu. Kali ni dugaan datang menimpa lagi. Masa set pertama suami main, kaki dia dah seliuh pulak. Sudah.. Masa otw datang ke Sibu aku menasihati suami supaya grab sesuatu kat Sarawak Open tu pasal terlalu banyak yang telah terkorban semata-mata nak ke Sibu.

Suami skip kelas master dia yang ada test, bumper terkulai layu, tidur kat sarang pelacuran, sekarang kaki dah seliuh. Nasib baik first day ada dua game aje. Satu belah siang dan satu lagi belah malam. Petang tu kami ke guardian beli eben. Fuhh..Tak mahal harga dia rupanya. haha.. Dugaan dompet suami pulak. Nasib baik Sibu tak havoc tapi barai jugak shoping kat Wisma Sanyan. Haha..

Lima hari penuh berliku kat situ akhirnya suami dapat main sampai hari terakhir kejohanan pasal suami dapat masuk semi final dan alhamdulillah suami dapat third place untuk single dan second runner up untuk team event. Abes je game petang rabu tu, kami meluru balik ke hotel berkemas dan terus shoot balik ke Kuching pasal jumaat family mertua aku nak datang. Rumah tak siap kemas lagi. Medal pun tak sempat nak amek sebab diorang ada buat diner ari khamis tu jadi tak mungkinlah kami nak tunggu.

Bintulu vs Samarahan

Zul selepas dikalahi..sik patut diorang ni. Haha

Insiden tayar kereta kemek

Kak nor dan kak sal..macam manje je muke ya. Haha

Gambar saye takde? Memang takde. Haha..Haji Osman Yee..Power ya ampun bole

Zul Bintulu yang malu-malu diusik selepas kali kedua dikalahi

Bergambar kenangan bersama penaung kejohanan


Sambung hactic week part 2 plak nanti..kih3

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.