Back to Top

Tahniah Puan Azira! Anda Gagal Lagi. Haha

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera Pegawai Penguatkuasa Gres N41 KPDNKK/JPJ

Gagal, gagal dan gagal lagi. Masuk ni dah empat kali dan semuanya gagal. Satu interview tak pergi pasal tak suka. Haha..suka-suka hati aje. Dan tadi gagal lagi. Aku dah memang expect bakal gagal. Sekali dengan suami aku pun gagal hadirkan diri ke kelas. Haha..sory sayang.

Tunggu sikit punya lama pasal ramai gila tadi. Ramai perempuan dari lelaki. Dalam ramai-ramai tu aku tengok ada empat orang aje perempuan yang berjaya physical test. Lelaki adala dalam lima orang tadi. Tu setakat yang aku nampak la tak termasuk yang kena test sekali dengan aku tadi. Mesti ada lagi yang lulus.

Kali ni ada kemajuan sikit. Test mata aku lepas. Nasib baikla pasal dia wat test pun kat atas stage dalam dewan. Kalau kat uia tu lebih kurang macam LT1. Masa test mata kiri tak ada masalah langsung. Pakai contact lense kan. Dia suluh ngan lampu picit, suruh tonyoh pun tak kantoi gak pasal aku dah gam siap-siap contact lense aku. Haha..tipu.

Bila test mata kanan.."Alamak cik. Silau la!" aku cakap kuat-kuat pastu dia bagi lepas aje. Masuk dalam bilik stor plak dia suruh bukak baju. Mestilah yang suruh tu perempuan. Dia cek semua betis, peha ngan badan kot-kot tulang bengkok atau ada kurap. Kulit baby johnson kot aku. Mana nak jumpa kurap. Haha..

Tiba-tiba kan masa dia cek tapak kaki aku, dia dah terpegun. Aishh..seksi sangat ke tapak kaki aku. Pastu dia cucuk-cucuk plak tepi kaki aku ngan pen. Ahh..sudah. Jangan macam-macam. Haha..Pastu dia suruh pakai tudung balik then tunggu kat atas stage. Bila aku keluar dia suruh sorang lagi pegawai cek kaki aku. Pun nak cucuk-cucuk belah dalam kaki aku tu ngan pen.

Aku dah bengang tanya terus "Kenapa cik? Cacat ke?" haha..dia terus pandang aku pastu dia kata tapak kaki aku flat. Dia kata kalau kawad nanti aku bole tumbang. Pulakk..aku pun bagitau la dulu masa aku sekolah aku join kadet polis kot. Dia tanya bos dia pulak. Pun cakap benda sama. Aku pun dah malas aku pun kata "Takpela cik. Bukan rezeki saya kat sini agaknya" Cewah

Tak apala..nak kata kecewa, aku rasa biasa aje. Kalau aku berkeras sangat nak encik tu bagi lulus pun, belum tentu test lompat pocong dia aku bole lepas. Bahasa sopan dan berbudi bahasa dia lompat berdiri. 162cm kot. Bertingkek-tingkek. Haha

Kalau aku lulus semua pun..mampu ke aku duduk jauh dari suami? Nanti aku nak bergurau ngan sape? Hehe

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.