Back to Top

Selamat Pengantin Baru Kumat

Masih belum terlambat kot aku nak update pasal kawen kawan tido sebantal, makan sepinggan ngan sepermainan aku masa kat uia dulu. Kawen dia ni aku tak dapat balik pasal ada hal tak boleh nak elak. Kecewa kot dari awal tahun aku plan bila sampai masa tak dapat nak balik.

Aku cerita la sikit pasal kumat nama glamer dia ni. Kami satu kos and most of our class sama jadi merangkap classmate jugak la. Sama-sama pulak join silat. Paling best kawan ngan dia ni pasal kitorang macam ada chemistry. Suka pun lebih kurang jugak banyak ke arah yang sama.

Kitorang suka makan kat mamak. Kadang-kadang bila aku rasa nak makan mamak, tiba-tiba dia dah mesej dulu ajak makan kt mamak lepas kelas. Hari-hari jugak la kot melantak mamak. Tak siang, malam pun bole. Kalau tak ada kelas, sabtu ahad pun sanggup gi mamak. Haha

Pastu kitorang punya jodoh pun lebih kurang. Dia kena ngorat ngan suami dia, aku pun sama kena ngorat ngan suami aku masa tu. Dia ym ngan bf dia, aku pun sama ym ngan bf aku. Kerja kat mamak asyik nak cerita pasal suami masing-masing. Masa tu bf lagi la kan. Hubungan ngan suami masing-masing pun growth sama-sama.

Dia couple, aku pun couple. Dia gaduh ngan bf dia, aku pun gaduh ngan bf aku. Pastu dok kat mamak lama-lama lepaskan marah sama-sama kutuk bf cukup-cukup. Dia nanges, aku pun nanges marah kat bf. Haha..Pastu macam kelakar sikit, 1st letter nama kitorang ngan bf masing-masing pun sama. Dia fairouszana n farid. Aku plak azira n aiman. Haha..

Tapi aku kawen dulu dari dia and dia ngan bf dia la yang jadi pengapit masa aku kawen. Tak silap aku bulan sama aku nikah dia bertunang jugak. Sebab tu aku terkilan sangat tak dapat balik kawen dia. Melalak-lalak kat bakang suami sampai tiba-tiba mesej suami ajak balik ri khamis. Haha..takpela. Dia pun dah selamat jadi isteri farid.

Ucapan buat kumat, tahniah..jadi isteri yg solehah untuk suami dan ibu yang baik untuk anak-anak. Ko nak anak 7 orang kan? Haha..aku main hentam aje. Aku doakan ko bahagia ngan farid. Semoga kekal bercinta sampai ke syurga. Ada umur kita jumpa lagi..

Ni aku upload gambar pengantin aku pau kat dia tadi. Haha..


Bukan main cantik pengantin main jeling-jeling. Haha

Sweet like a chocolate la korang. Hehe

Wat wedding kat taman plak..mana la aku tak melalak tak pat datang. Mesti lauk kenduri ko sedap mat. Haha

Selamat pengantin baru farid & fairousazana..u look simple but top notch, gorgeous!

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.