Jumaat kelmarin kami bertemu dengan wakil perutusan persatuan, encik kamil fahmi ali. Dia ni dah lama kat sini. Dah dua minggu, esok dah nak balik katanya. Ada site visit katanya, dok tepi jalan kira kereta. Haha..Maka kami pun bawak encik perutusan ni pergi shoping kek lapis mira.
Tak pasal bole jumpa artis pulak masa beli kek. Mula-mula tak perasan tapi dia kantoi sebab cakap kelantan. Bila aku pandang dia, dia dah tersipu-sipu malu. "Terkeluar plak cakap kelantan" katanya. Aku dah geram tak tau nama dia pasal tak glamer. Haha
Kemudian kami bawak encik perutusan ni pergi makan malam kat restoran favorite aku yang dekat riverside tu. Memang banyak la cerita pasal persatuan yang dicurahkan malam tersebut. Haha..Tanpa tak diingini, lepas diner berlaku sedikit perebutan kalau boleh digunakan perkataan tersebut dalam situasi ini.
Kami nak bawak encik perutusan ke rumah tapi kawan encik perutusan ni kata program dah nak abes. Kejap lagi konon nya nak datang amek kat waterfront. Maka kami tinggalkan encik perutusan kat tebing sungai. Bila kami dah gerak, rasa tak sedap hati tinggalkan wakil perutusan persatuan sendirian. Maka kami pun nekad nak culik beliau bawak balik umah. Sampai kat umah dah pukul 11.30 malam. Maka jadilah encik perutusan tetamu larut malam kami yang pertama.
Ada dekat sejan jugak encik perutusan lepak di runah kami. Cuba tadi kami tinggalkan aje kat waterfront, dah jadi pengamen agaknya encik perutusan tu. Haha..Nak cerita masa otw balik lepas hantar encik perutusan ni lah. Hantar dekat matang aje. Masa dah masuk dekat hiway tu, aku rasa tayar kereta lain macam. Pastu kereta jadi tak stabil.
Aku tanya suami tayar kurang angin ke sebab rasa macam lembut aje. Macam kereta bukan gerak atas jalan. Macam atas lumpur atau tayar atas tayar. Suami jawab tayar ok aje. Aku pun terus baca istiazah dalam hati. Terus kereta rasa normal. Rasa tayar bergeser dengan jalan balik. Subhanallah..ntah-ntah hantu tu dok bertenggek atas kereta. Huhu..
Bila sampai rumah aku pun cerita kat suami. Rupa-rupanya suami tak rasa pun. Owh man..aku dah terpana. Macam mana nak tinggal sorang-sorang bulan 10 nanti? Dua minggu pulak tu. Adoiyai..
No comments:
Post a Comment