Back to Top

Jubah Princess Cut Via Roma

Jubah kesayanganku! Sayang sangat-sangat! Sayang sangat sebab ini jubah princess cut aku yang pertama.

Bermula detik pertemuan kami kat sebelah Maju Junction Mall tu tak tau pulak apa nama dia, itu pun sebab dah tersalah masuk. Ingatkan dah masuk kat Maju Junction Mall tu tapi tersalah bangunan. Suami nak pergi cari tandas lalu aku pun pergi melencong.

Memang masuk aje terus nampak gerai jubah tu. Mamat arab tu pun pantang tengok aku dok usha jubah dia dan2 dia tarik bawah jubah tu nak tunjuk yang jubah tu princess cut. Aku pun tengok rasa tak tertahan gelora yang bergelojak dihati. Pasal belum bulan puasa lagi masa aku pergi tu, kuasa nak menepis perangai kesetanan tu tak berapa nak kuat la jadinya.

Dari sedepa dok usha dari jauh, aku akhirnya terperosok masuk dalam gerai tu. Mamat arab tu pandai pulak menjerat leher aku terus suruh aku try satu jubah tu tapi aku tak berapa berkenan tapi sarung jugak pasal dia ada hood. Tengah try tiba-tiba suami datang. Mesti dia rasa nak pergi toilet kali kedua bila tengok isteri dia dok try jubah lip lap lip lap tu pulak. Haha

Cantik memang cantik wehhh.. Tapi bila tanya harga dia terus suami aku buat-buat tak dengar. Hahaha.. Maka kami pun terus berlalu tapi biasa la kan. Dah nama pun aku.. Pakar rengek merengek ni. Segala macam janji manis aku tabur kat suami. Janji lepas ni setahun sekali beli jubah. Tak ada nak beli handbag dah. Dah ada semua tak ada nak beli lain. Dalam hati aku konon je tak nak beli dah.. Kih3

Suami yang dah termakan pujuk rayu tak tau la memang nak beli kan ke atau dah malas nak melayan aku merengek-rengek, akhirnya kami berpatah balik ke gerai tersebut. Jauh dah tu wehh nak patah balik dah nak sampai basement parking Maju Junction tu. Patah balik nasib baik la mamat arab tu belum tutup lagi dia tengah kemas-kemas nak tutup. Amek terus bayar. Aku pun ketawa besar-besar dalam hati. Hahaha

Jubah tu memang aku nak pakai buat raya. Tersangatlah suka aku pakai jubah tu. Maklumlah rasa princess gitew. Dalam seminggu tu dekat nak sepuluh kali kot aku pakai jubah yang sama. Bole dikatakan hari-hari la aku pakai jubah tu. Haha.. Nak buat macam mana dah terjatuh chenta dengan jubah kesayangan. Kih3..

Beraya di Ijok dengan jubah kesayangan


Nak balik pun sarung jubah kesayangan lagi. haha

Tapi sedekah yang paling baik adalah barangan yang kite paling sayang. Krikkk3..

Raya 2014

Selamat hari raya ku ucap kepadamu supaya kita kosong-kosong

Krikkkk..krikkk..krikkk..

Apahal lagu tu jadi juara carta lagu raya era pulak nihhh.. Begitulah omelan kami semasa berhari raya sebelum berpandangan sesama sendiri. Muka paling tak puas hati. Lagu arwah p ramlee tu ada lagi. Kenapa nak lagu yang itu jugak jadi juara.

Tapi itu semua perkara enteng. Aku nak bagitau yang raya tahun ni aku masih tak puas beraya. Disaat aku menaip entri ni, aku sudah pun berada ni perantauan balik. Dok kat meja pendaftaran kira hutang piutang. Hahaha.. Sungguh tak puas. Hatta hari selasa kelmarin aku pergi beraya lagi. Terima kasih kepada mertua yang ajak pergi beraya kat klang. Terubat sedikit rindu nak merayau-rayau. Hehe

Hatta lagi semalam masa nak balik pun ada yang datang beraya ke rumah lagi. Terima kasih la kak fadh sebab sudi datang beraya sekaligus meracuni pemikiranku supaya menghasut suami balik hari ahad nanti je walaupun plan balik semalam tu semuanya berpunca daripada aku. Sayang sangat duit gaji.. Huk3

Jadi nye tahun ni kami beraya di palong dulu sampai raya keempat. Kebiasaan raya pertama kami tak ke mana-mana. Tunggu sedara mara datang beraya di rumah aje. Start raya kedua sampai la semalam kami beraya sakan. Haha.. Hmm.. Meleleh air liur bila teringat balik keseronokan beraya tahun ni.

Selfie pagi raya

Nak jugak.. Hehe

Mak!

Barisan menteri kabinet. Haha

Beraya di kampung

Beraya di Port Dickson
Lepas Port Dickson, beraya kat Ijok pulak

Lepas Ijok, terus ke Shah Alam. Betul-betul beraya di jalan raya ni. Haha

Pose raya 2014

Dari Shah Alam sebelum ke Sepang. Sempat beraya kat kedai gunting Banting. Haha
Ha ni baru cerita raya kedua sampai keempat je. Jumaat aku pergi merewang pulak. Disebabkan aku ni pemalas dan penidur, aku pergi belah pagi aje. Petang aku dok guling-guling kat umah. Hari sabtu nye pun aku tak pergi jugak. Pergi jalan-jalan kat Klang. Haha

Diecast empire shah alam..shopping kereta..krikkk3..

Shopping di GM Klang..weee

Tiba-tiba dah semalam. Haha.. Bye KL! Sob3..


Promosi SimplySiti Yang Giler

Cik Adila Izzati berkongsi kepada kami semalam bahawa SimplySiti ng satu building dengan office dia tengah buat promotion tahap dewa. Perfume dia jual RM 15 je wehh. Bukan sample size pun. Normal size tapi tak tau la berapa ml. Mungkin 50ml.

Compact powder RM 25 je wehh? Aku memang tak pernah guna produk siti ni tapi dah disebabkan sale gila-gila macam ni, mana bole aku nak duduk diam-diam kan? Tak beli kang rugi pulak. Nak beli normal price memang akak tak mampu la. 

Sudahnya dengan dahsat sekali aku spend RM100 lebih beli produk-produk dia. Kalau biasa kau spend RM 100 beli produk dia at normal price kau bole dapat dalam satu atau dua barang aje tetapi aku dapat compact powder 1, perfume 2, eyeliner 1, mask 3, dengan set pencuci muka dia 1 free lagi satu set yang sama. Siapa nak bagi wehhh? Haha

Esok tak sabar aku nak ambil barang tu semua kat kawan yang mesti tengah berseri-seri wajah beliau tuh. Huhu.. Takpe Dila.. Kau pokai borong SimplySiti, kami pun turut terpokai jugek tak kira la cekgu ke, pekerja sambilan harian ke atau pekerja swasta. Kami pokai nak raya sebab SimplySiti. Mekaseh la Siti buat kami gila nak memborong. Haha




Ni hari pertama order. Spend RM50 pun dia bole bagi kotak yang cantik. Huhu


Tak sabar nak ambik wehh.. Haha

Hari kedua rembat ni pulak. Bukan trial set pun wehh..

Cian makcik Dila nak kena angkut naik tren. Semoga selamat sampai. Doa kami bersamamu. Kikiki


Rantaian Kasihan

Sabtu yang lepas jugek.

Alhamdulillah.. Walaupun kerja tak lama dan gaji kecik pulak tu kalau banyak cuti gaji bulan tu tak sampai 1k, ditambah dengan hasil campur tangan suami, akhirnya aku berjaya beli gelang emas guna duit gaji.

Bukan apa beli emas ni. Dah malu rasanya dengan mak aku. Rantai tangan emas yang mak aku hadiahkan dulu dah aku jualkan sebab dah rosak. Jadinya duit hasil jualan tu aku nak tambah lagi la guna duit gaji beli yang lebih baik. Hati orang tua mana kita tau ye dop. Takut kecik hati dia nanti pemberiannya diperdagangkan. Taknak aku jadi anak tak kenang budi. Haha

Jadi sabtu lepas aku dan suami ke Habib. Kenapa Habib? Kan mahal upah tukang dia? Sebab alasan nak tolong melayu daripada tolong Wah Chan. Lagipun visi suami yang sangat jelas tu ditambah lagi dengan keyakinannya membeli emas di Habib.

Punyalah elok kami dilayan oleh staff Habib. Ketawa tak henti-henti tekauu.. Pandai sungguh la staff tu mengayat kami. Last time pergi Habib tak ada design gelang emas dia yang berkenan di hati. Aku nak try pakai gelang pulak la sebab last time asyik pakai rantai tangan yang sama design.

Sabtu lepas kami pergi aku dah jadi tak keruan. Cantik-cantik tekau! Semua aku nak torai tapi ada la harga-harga mak datin yang aku tak mampu. Huhu.. Memang berkenan habis la dengan gelang tangan dia. Sudahnya aku pilih gelang tangan yang glittering. Kami pun pulang dengan riang ria. Haha

Harap-harap mak aku gembira tengok aku pakai emas baru raya ni. Tak adala tangan aku kosong lagi lepas ni.. Sob2

Main sponsor. Haha.. Tq sayang!


Aidijuma Di Sarawak!

Lately ni kan tetiba la aku jadi peminat AJ. Ni mestilah hasil didikan kawan aku yang bakal mendirikan mesjid september nanti. Rajin sangat la anak dara ni update kat aku promotion AJ walaupun hakikatnya aku tak pernah beli tudung AJ ni.

Jadinya bila aku belek-belek website dia tetiba lagi aku rasa macam tak dapat tidur malam nanti. Dah start merengek meracau. Haha.. Mula la aku dengan taktik dan segala godaan yang dihamburkan terhadap suami dengan harapan suami belikan di kemudian hari.

Pilih tak nak kalah. Mesti mau black label sahaja. Mula-mula tengok harga dia cecah RM49 sehelai. Boleh tahan mahal dan kalau terjadilah takdir tersebut, maka black label itu bakal menjadi tudung paling mahal yang pernah aku beli. Lepas ni confirm tak nampak lagi dah tudung kanggaroo RM5 aku tu. Simpan kat mana pun bole jadi lupa nanti. Haha

Disebabkan tudung ni mahal jadi aku tak terus beli. Aku pikir dulu malam-malam sampai sikit lagi nak dirikan solat sunat istikharah mintak pilihan terbaik. Haha.. Lama aku biarkan diriku dihantui harga RM49 tu sampai la masa aku teman suami kat UPM. Tetiba time tu jugak la aku gatal nak tengok website dia. Tetiba lagi aku tengok harga dia turun sampai RM35 sehelai. Apa lagi aku pun terus rembat 3 helai sampai suami tersedu sedan nak bayar. Haha

Bila dah sampai aku pun ketawa guling-guling sambil lambung-lambung tudung-tudung tersebut. "Acik kayo..Acik kayo.." Haha.. Walaupun pada mulanya aku rasa kain dia macam keras sikit, tapi ternyata lepas basuh tudung baru aku tu rasa macam pakai pelangi. Dia punya nak bohong tu. Hahaha

Bermula dari saat itu aku pun rajin la tengok-tengok AJ ni. Tetiba aku tengok kat FB dia ada post gambar concept store dia dekat Kota Samarahan. Subhanallah! Suami diam. Hahaha.. Esok jugak ajak suami pergi CS dia. Borongggg..white label la tapi sebab masa tu ada sale white label.

Punyalah happy aku bersiar-siar dalam CS tu ke sana ke mari tanpa sedar suami sedang memerhati berapa helai tudung yang sudah berada di tangan. Hahaha.. Bila dah bayar dapat pulakkk kurma bekas santek. Wahhh.. Tetiba aku pun gatal mulut tanya "cupcakes takde ke?" Staff dia jawab minggu depan.

Dan itulah sabtu lepas aku repeat AJ balik. Jauh sampai sejam aku dah tak peduli tapi bila sampai sana malang sekali aku diberitahu white label diorang hold dulu pasal minggu lepas diorang sale untuk black label sahaja. Sob3..

Begitulah kegilaan sementara terhadap AJ pasal lepas ni aku nak beralih ke Bokitta Hijab pulak. Haha.. Banyak ringgit hengko

Nampak tak dia punya sendu? Haha

Tudung design flower button ni sangat laris tapi time ni dia belum sale. Bila dah sale beli design lain pulak. Hehe





Review KLIA 2

Kemajuan yang mendera kaki

Begitulah first impression bila suami bagitau 2 3 minggu sebelum balik sambut puasa yang nanti balik naik air asia. Perumpamaan itu timbul selepas teringat air asia kini landing kat klia 2. Klia pun dah cukup penat nak jalan ini kan pulak klia 2.

Kagum dan menanti penat berjalan. Itu perkara pertama terlintas difikiran sebaik air asia landing senget-senget kat klia 2. Memang dah biasa kalau berpaut kat kerusi depan masa landing. Kejap dia senget sebelah kiri. Takpelah.. Janji tayar dia tak meletup. Haha

Bila tengok klia 2 punya gate ada 22, aku dah rasa lesu. Tolonglah parking kat tempat paling dekat ngan centre. Aku bole tarik muka masam kalau kena jalan jauh dari gate nak ke entrance. Nak naik troli suami tolak kan malu la muka aku. Tapi nasib baik pesawat parking kat tempat yang tak hujung sangat. Siap lalu bawah jejantas lagi pesawatnye. Dah macam bas pulak. Haha

Bila masuk ke dalam klia 2..wahh.. Baru jalan sikit ada charles keith. Ketawa kuat-kuat aku dalam hati. Haha.. Tapi kejap ajelah pasal tak mungkinlah suami nak ikut perangai aku nak singgah shoping segala. Klia 2 ni kalau bole aku gambarkan pada mereka yang tak pernah datang, dia lebih kurang macam wangsa walk lantai dia. Lantai aje. Kedai dia branded belaka. Haha

Dan memanglah seperti yang diduga 2 3 minggu sebelum mendarat di klia 2, kami jalan-jalan cari exit tak jumpa-jumpa sampai naik fedap. Akhirnya kami pun bertanya kat mak guard tu. Huhu..

Tu je




Tahniah Sayang!

Alhamdulillah! Berbaloi ditinggalkan seminggu oleh suami. Ditinggalkan kerana ke..ke..keinginan lah kot kan..yang terlalu tinggi untuk bergelar state player.

Alhamdulillah! Allah makbulkan doa suami akhirnya dapat wakil Sarawak. Memang aku mengelintin bak kata orang nismilan tekau nak ikut suami balik. Tapi sayang duit gaji pulak. Haha.. Maka aku pun ugut suami kalau tak menang siaplah! Hahaha..

Suami yang tengah pening kepala hari sabtu ada final exam dekat UPM lagi, nak menang ping pong lagi, bini ugut lagi akhirnya berjaya mengharungi dugaan-dugaan tersebut. Sungguhpun tak dapat ikut walaupun ada jugak sekali sekala ter merengek nak ikut, aku tetap setia menanti update live dari suami masa game. Sikit-sikit call. Kejap sedih. Kejap gelak kuat-kuat dalam klinik. Tak pedulik student dah. Haha

Akhirnya Sarawak berjaya dapat tempat ketiga dalam acara ping pong. Sungguhla bernasib baik suami yang pertama kali join MAKSAK berjaya bawa pulang medal yang sebelum ini tidak pernah diraih oleh team ping pong Sarawak. Tahniah! Tahun depan ke Terengganu. Nak ikut!



 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.