Back to Top

Raya 2014

Selamat hari raya ku ucap kepadamu supaya kita kosong-kosong

Krikkkk..krikkk..krikkk..

Apahal lagu tu jadi juara carta lagu raya era pulak nihhh.. Begitulah omelan kami semasa berhari raya sebelum berpandangan sesama sendiri. Muka paling tak puas hati. Lagu arwah p ramlee tu ada lagi. Kenapa nak lagu yang itu jugak jadi juara.

Tapi itu semua perkara enteng. Aku nak bagitau yang raya tahun ni aku masih tak puas beraya. Disaat aku menaip entri ni, aku sudah pun berada ni perantauan balik. Dok kat meja pendaftaran kira hutang piutang. Hahaha.. Sungguh tak puas. Hatta hari selasa kelmarin aku pergi beraya lagi. Terima kasih kepada mertua yang ajak pergi beraya kat klang. Terubat sedikit rindu nak merayau-rayau. Hehe

Hatta lagi semalam masa nak balik pun ada yang datang beraya ke rumah lagi. Terima kasih la kak fadh sebab sudi datang beraya sekaligus meracuni pemikiranku supaya menghasut suami balik hari ahad nanti je walaupun plan balik semalam tu semuanya berpunca daripada aku. Sayang sangat duit gaji.. Huk3

Jadi nye tahun ni kami beraya di palong dulu sampai raya keempat. Kebiasaan raya pertama kami tak ke mana-mana. Tunggu sedara mara datang beraya di rumah aje. Start raya kedua sampai la semalam kami beraya sakan. Haha.. Hmm.. Meleleh air liur bila teringat balik keseronokan beraya tahun ni.

Selfie pagi raya

Nak jugak.. Hehe

Mak!

Barisan menteri kabinet. Haha

Beraya di kampung

Beraya di Port Dickson
Lepas Port Dickson, beraya kat Ijok pulak

Lepas Ijok, terus ke Shah Alam. Betul-betul beraya di jalan raya ni. Haha

Pose raya 2014

Dari Shah Alam sebelum ke Sepang. Sempat beraya kat kedai gunting Banting. Haha
Ha ni baru cerita raya kedua sampai keempat je. Jumaat aku pergi merewang pulak. Disebabkan aku ni pemalas dan penidur, aku pergi belah pagi aje. Petang aku dok guling-guling kat umah. Hari sabtu nye pun aku tak pergi jugak. Pergi jalan-jalan kat Klang. Haha

Diecast empire shah alam..shopping kereta..krikkk3..

Shopping di GM Klang..weee

Tiba-tiba dah semalam. Haha.. Bye KL! Sob3..


2 comments:

  1. Ra, cam dah membesar jew. hahahahaha..

    ReplyDelete
  2. Besar ke?kak aniz ckp kurus..dila pn ckp sy kurus.sob3..

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.