Back to Top

Tahniah Sayang!

Alhamdulillah! Berbaloi ditinggalkan seminggu oleh suami. Ditinggalkan kerana ke..ke..keinginan lah kot kan..yang terlalu tinggi untuk bergelar state player.

Alhamdulillah! Allah makbulkan doa suami akhirnya dapat wakil Sarawak. Memang aku mengelintin bak kata orang nismilan tekau nak ikut suami balik. Tapi sayang duit gaji pulak. Haha.. Maka aku pun ugut suami kalau tak menang siaplah! Hahaha..

Suami yang tengah pening kepala hari sabtu ada final exam dekat UPM lagi, nak menang ping pong lagi, bini ugut lagi akhirnya berjaya mengharungi dugaan-dugaan tersebut. Sungguhpun tak dapat ikut walaupun ada jugak sekali sekala ter merengek nak ikut, aku tetap setia menanti update live dari suami masa game. Sikit-sikit call. Kejap sedih. Kejap gelak kuat-kuat dalam klinik. Tak pedulik student dah. Haha

Akhirnya Sarawak berjaya dapat tempat ketiga dalam acara ping pong. Sungguhla bernasib baik suami yang pertama kali join MAKSAK berjaya bawa pulang medal yang sebelum ini tidak pernah diraih oleh team ping pong Sarawak. Tahniah! Tahun depan ke Terengganu. Nak ikut!



1 comment:

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.