Back to Top

Oh! Menanti Kehadiran Cahayamata

Sangatlah geram tengok anak-anak kawan sekolah rendah. Masing-masing dah punya anak. Aku je yang masih belum ada rezeki nak timang anak sendiri. Huhu..Kami gathering di group whatsapp dan masing-masing tayang muka anak yang comel-comel. Nak baby!!!

Anak Haizah..Tak ingat pulak nama. Tahir kot nama budak ni. Haha..Bambam!!

Iqqie wuwiwu..Anak Inok

Yang ini pun Anty Rara tak ingat nama. Haha..Anak Fety..Dia paling champion pasal dah 3 anak. Huhu
Aku cuma boleh usaha dan berangan je. Huhu..

Adab Guna Harta Orang Lain

Hari ni aku nak berpesan-pesan pada diri sendiri dan korang semua lepas apa yang jadi pada kami suami isteri. Bukan nak kutuk sesiapa tapi kalau ada yang terasa tu mohon ubah tingkah laku bila guna harta orang. Ada adab perlu dijaga.

Hmm..Berat aku nak cerita sebab kami suami isteri terlalu marah pasal benda ni. Masa kami pulang hujung bulan lepas, jiran kami hantar ke airport guna kereta kami. Sebelum ni masa balik raya tahun lepas, suami pernah pesan kat dia suh dia pakai dan jaga kereta tu memandangkan masa tu dia tak ada kereta. Cuma ada sebuah van. Disuruh pakai tapi dia lenjan sampai ke kampung dia tanpa bagitau. Oklah sebab kereta tak apa-apa.

Tapi balik kali ni lain pulak cerita. Disebabkan kisah yang dulu tu, yang dia bawak kereta sampai ke kampung dia tu, suami tak ada pun pesan kat dia suruh jaga dan pakai kereta tu. Kami pelik sangat petang tu masa suami balik kerja sebelum ke airport. Dia ni boleh nyany-nyanyi kat dapur dia "seronoknya jalan-jalan dengan jazz". Kami dah pelik dan rasa lain macam.

Sampai di airport pun suami masih tak bagi apa-apa pesanan yang dia boleh pakai kereta tu dan sangkaan kami pula yang dia akan pulang terus ke rumah dan park kereta tu. Sangkaan kami meleset bila dia buat lagi perangai dia tu. Rupa-rupanya lepas hantar kami ke airport, dia balik kampung dia jugak. Kali ni up dengan kampung bini dia sekali dia tapau tanpa bagitau apa-apa pada kami. Dah macam kereta tu hak dia pulak.

Kami cuma dapat mesej dari dia hari Khamis lepas bagitau kereta dah tak boleh jalan. Ajaib..Setahun kereta tu aku bawak tak pernah apa-apa bila dia pakai terus rosak. Tak mungkin brek melekat sampai tak boleh gerak sebab bukan seminggu kereta tu tak digunakan. Dilenjan sampai 1000km. Dan yang paling sadis...Minyak kereta masa ditinggalkan separuh lebih sikit. Bila balik semalam tinggal E.

Itu apa? Sikap apa yang dia cuba tunjukkan. Kami ingat dia baik tapi dia lebih kepada ambil kesempatan pada kami. Bila dulu kami senyap, dia bole buat lagi. Apa hak dia nak buat macam tu? Siapa bagi izin bawak kereta tu sampai ke kampung dia? Kami sangat kesal dengan sikap dia yang tak tahu batas hak-hak orang. Kesabaran kami ada batas juga.

Aku bukan nak kutuk dia tapi aku betul-betul kesal dengan perangai dia. Bila dia cerita tu sikit pun dia tak rasa bersalah. Dia tak ingat ke yang dia tak pernah mintak izin nak pinjam kereta tu bawak balik kampung? Apa ni?

Dan akibatnya kami yang tanggung. Mujur ada insurans. Sakitnya hati tak bole dibayangkan. Kereta baru setahun kami pun pakai jimat-jimat sebab bukan seringgit dua harga kereta yang bole dibeli timbang kati hari-hari. Tak ada perasaan langsung ke?

Hmm...

Jalan-Jalan Di Taman Eropah Bersama Keluarga Mertua

Jumaat lepas kami ke rumah kak Cda pasal dia ajak tidur kat rumah dia. Sejak kawen, aku tak pernah pergi rumah Kak Cda. Rumah dia dekat je kat Putrajaya. Memang tak patut sangatlah kan kalau tak pergi.

Malam tu kami makan-makan di rumah aje. Banyak menu Kak Cda masak untuk kami. Seronok sangat perut aku pada malam tersebut. Selesai makan kami menonton cerita jadual untuk hari Jumaat bersama-sama.

Pagi esok kami ke Taman Eropah kat Putrajaya. Persint berapa aku tak ingat tapi yang aku ingat Kak Cda kata taman tu tempat Che Ta amek gambar kawen dia. Memang badi betul. Taman Botani ada lagi. Kenapa Taman Eropah jugak? Haha

Sebut nama pun dah tau Taman Eropah tu mesti bertemakan Santa Claus pasal banyak pokok ru. Kih3

Rileks-rileks dulu sebelum keluar jalan-jalan

Yaya yoyey!

Selfie with Yaya

Suka dating ngan husband..ngehhhh


Bole lagi piknik kat tengah panas. Haha

Nampak sejuk kan? Kan? Kan?

Itu memang pokok anggur *silang jari. Haha

Ngehhhh
Setel berjalan kat taman, kami kemudiannya ke Alamanda bagi melampiaskan nafsu main bowling. Mak ngan abah sangatlah sporting. Diorang pun sama join anak menantu main bola bowling. Huhu

Petang kami suami isteri bergerak pulang ke Palong sebab esok ada tiga majlis perkahwinan yang nak dihadiri. Kebetulan balik kali ni ada kawan-kawan yang kawen so apa salahnye kalau hadir. Bukan senang nak dapat peluang jumpa kawan-kawan sekolah dan makan nasi minyak. Hehe

Lotit & Ain. Dua-dua ex clasmate aku. Tak sangka jodoh diorang ngan kawan sekelas jugak. Huhu

Anang & isteri. Ex clasmate aka bff. Selalu pergi sekolah tambahan sama-sama dengan kawan-kawan yang lain

Yay! Jumpa kawan-kawan lama ^_^

Meet My Baby..Miyu

This is my kitty. Her name Miyu ^_^

Memang dah lama hajat nak berkucing. Ajak suami tengok kucing kat petshop. Bengal yang paling lincah dan senang nak bela sebab kucing ni bersih dan tak banyak songeh tapi harga dia buat kami pulang dengan tangan kosong. Haha

Tiba-tiba suatu hari aku jumpa kucing kat tangga blok masa nak keluar. Dia kucing bengal dah kacuk local rasanya. Dia mungkin tak berapa comel waktu siang tapi dia bersih serba serbi cuma dia tak mandi. Mak mertua pesan jangan bela kucing. Takut lambat dapat anak. Tapi aku dah jatuh cinta dengan dia. Dia pun rasakan yang sama. Haha

Dalam hati risau gak pasal toxo yang orang sebok dok canang tapi dia bukan sebarang kucing. Dia bukan local cat la senang cerita. Aku bagi makan whiskas semua dia belasah. Pernah aku jumpa kucing kampung dia tak pandai makan whiskas. Aku siapkan tempat tidur dia pun dia pandai tidur kat situ.

Aku lupa pasal toxo. Aku google pasal kucing dan aku lupa jugak Nabi bersabda kucing haiwan yang bersih. Even Nabi sendiri amek wuduk dari air bekas minuman kucing. Aku lupa. So sekarang  aku suka. Miyu aku punya. Haha

Miyu kuat makan. In fact dia asyik makan. Bak kata pepatah pergi gemuk, balik pagi esok dah kurus. Haha

Miyu dan bola Angry Bird nya. Aku beli khas untuk dia harga RM4. Aku tak sayang duit

Kerjanya asyik nak menjahanamkan bunga aku yang tak berapa nak ada

Macam kangkung perangai dia. Haha

I love her

Kalau Aku Dah Marah..

Aku tengah marah ni kan..Aku baring atas katil dengan perasaan beribu sesalan. Marah sangat hati ni. Kecewa. Tiba-tiba suami masuk bilik. Aku pun pejam mata pura-pura tidur.

Suami duduk di sisi. Kemudian belai-belai rambut aku. Aku tengah marah jadi tak suka. Suami nak pergi kerja katanya. Cepatlah pergi aku jawab macam tu dalam hati. Merajuk sangat suami tak balas mesej aku. Haha

Suami belai rambut aku lagi. Kemudian dia usap-usap pipi aku. Aku genyit mata dengan harapan keluar air mata tanda kesedihan yang teramat sebab suami tak balas mesej tanya bila suami aku nak balik makan. Air mata tak berjaya ditangisi.

Suami usap pipi lagi. Tiba-tiba sempat lagi dia picit jerawat aku. Siyot aku cakap dalam hati. Orang tengah marah dia boleh picit jerawat aku lagi. Aku dah ketawa dalam hati. Terpamer di bibir plak. Alamak!! Mana boleh! Aku tengah merajuk kot marah sangat sampai lari masuk bilik. Haha

Suami buat rawatan muka lagi picit-picit jerawat. Aku dah tak tahan aku tepis tangan suami. "Orang tengah marah dia boleh nak picit jerawat lagi" Haha..Pastu kalih belah sana. Tak mau jugak suami pujuk. Dah kena kiss ok laaa..Haha


Paparazzi..Tengok Ni..Rozita Che Wan Tak Suka Saya

Ala saje nak terkenang kesah dulu-dulu sewaktu dijelingi oleh Rozita Che Wan masa kat Subang Galaxy dulu. Kau ade?

Sape ingat tahun bila drama bersiri Diari Ramadhan Rafiq tu keluar tv? Aku pun tak ingat tapi masa tu yang aku ingat aku study lagi la..Malam tu aku join kakak aku teman suami dia main futsal kat Subang Galaxy kalau tak silap aku la nama tempat dia macam tu. Tiba-tiba masa kami duduk-duduk kat bangku tu kakak aku tegur aku "tu Rozita Che Wan" tapi dia tak tunjuk la mana. Peghak sangat pulak kan nampak artis sampai kagum bagai. Huhu

Aku masa tu memang tak kenal lagi perempuan ni sebab dia baru lagi berlakon drama tak silap aku. Dah aku plak study mana ada masa nak tengok tv kat hostel. Huhu..Nak jadi cerita masa tu dia ni lalu pulak depan aku. Dah aku betul-betul tak kenal. Tengok muka pun aku tak kenal. Aku time tu bole pulak mulut puaka cakap terlebih volume sikit. "Tak kenal pun" Aku jawab masa betul-betul dia lalu depan aku. Fuhhh..free-free kena jelingan maut perempuan tu. Haha

Aku rasa sia-sia malam tu pergi tengok abang ipar main futsal. Tak pasal-pasal aku dijelingi oleh seorang pelakon yang baru nak naik. Aku termenung jauh sambil tengok Rozita Che Wan tergedik-gedik main bola yang kelihatan lebih kepada main baling-baling bola. Ku tatapi wajahnya dalam-dalam. Rambut bun, suit pink atas bawah. Aku buntu..Salah aku ke sebab tak kenal artis?

Hopefully satu ari nanti kalau diizinkan Tuhan..aku dapt jeling dia balik. Haha

Itik Sekolah

Unbelievable bila aku dengar suami cerita kat aku kesah semasa rombongan merisik pulang lepas setel hal-hal merisik aku. Kalau kat Negeri Sembilan ni memang famous amous dengan segala produk salai dia. Daripada ayam sampai la ikan daging dan apa-apa aje lah yang boleh disalai sebab ikut selera family aku pun, ayam atau daging yang disalai dulu sebelum dimasak gulai tu lagi terliur rasa dia. Feveret aku gulai ikan keli salai dengan daun gelugur. Perghhh..Lapa plak ghaso eh ha..Haha

Nak jadi cerita masa rombongan merisik suami lalu kawasan Kuala Pilah, mereka berhenti beli itik salai. Memang kat Kuala Pilah je orang-orang dia kuat menyalai. Haha..Kak ipar aku pun tanya berapa harga itik salai tu. Pak cik tu lantas menjawab "Itik sebolah bla bla bla" dengan suara yang kuat. Maklumlah orang berniaga dapat customer pulakk.. Na hai happy dia. Haha

Kak ipar aku yang dah salah paham ni lalu merasa pelik. "Itik sekolah ke?" dia berkata dalam hati. Dia punya tak puas hati tu kot-kot betul itik-itik kat Negeri Sembilan ni dihantar ke sekolah, kak ipar pun tanya soalan yang berbaur akademik. Maklumlah cekgu. Hehe

"Pak cik, itik sekolah ke?"   ????*haha!!!

"Itik sebolahhh..Itik ni ha sebolah" Pak cik tu jawab

Aku dah ketawa terkahkah masa suami aku cerita tu. Sakit perut aku ketawa. Mesti kak ipar aku menyesal tanya soalan tu. Hahahahahaha..

Trademark Kuala Pilah

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.