Back to Top

Jalan-Jalan Di Taman Eropah Bersama Keluarga Mertua

Jumaat lepas kami ke rumah kak Cda pasal dia ajak tidur kat rumah dia. Sejak kawen, aku tak pernah pergi rumah Kak Cda. Rumah dia dekat je kat Putrajaya. Memang tak patut sangatlah kan kalau tak pergi.

Malam tu kami makan-makan di rumah aje. Banyak menu Kak Cda masak untuk kami. Seronok sangat perut aku pada malam tersebut. Selesai makan kami menonton cerita jadual untuk hari Jumaat bersama-sama.

Pagi esok kami ke Taman Eropah kat Putrajaya. Persint berapa aku tak ingat tapi yang aku ingat Kak Cda kata taman tu tempat Che Ta amek gambar kawen dia. Memang badi betul. Taman Botani ada lagi. Kenapa Taman Eropah jugak? Haha

Sebut nama pun dah tau Taman Eropah tu mesti bertemakan Santa Claus pasal banyak pokok ru. Kih3

Rileks-rileks dulu sebelum keluar jalan-jalan

Yaya yoyey!

Selfie with Yaya

Suka dating ngan husband..ngehhhh


Bole lagi piknik kat tengah panas. Haha

Nampak sejuk kan? Kan? Kan?

Itu memang pokok anggur *silang jari. Haha

Ngehhhh
Setel berjalan kat taman, kami kemudiannya ke Alamanda bagi melampiaskan nafsu main bowling. Mak ngan abah sangatlah sporting. Diorang pun sama join anak menantu main bola bowling. Huhu

Petang kami suami isteri bergerak pulang ke Palong sebab esok ada tiga majlis perkahwinan yang nak dihadiri. Kebetulan balik kali ni ada kawan-kawan yang kawen so apa salahnye kalau hadir. Bukan senang nak dapat peluang jumpa kawan-kawan sekolah dan makan nasi minyak. Hehe

Lotit & Ain. Dua-dua ex clasmate aku. Tak sangka jodoh diorang ngan kawan sekelas jugak. Huhu

Anang & isteri. Ex clasmate aka bff. Selalu pergi sekolah tambahan sama-sama dengan kawan-kawan yang lain

Yay! Jumpa kawan-kawan lama ^_^

2 comments:

  1. Ra, i kwen i nak u datang.Kalau tak, i majuk 150 juta kali.

    ReplyDelete
  2. kot ada kambing golek berbaloi gak sampai ke perlis.huhu..bile kawen linaku?klu gayo sok x pek la nk datang do.haha

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.