Hari ni aku nak berpesan-pesan pada diri sendiri dan korang semua lepas apa yang jadi pada kami suami isteri. Bukan nak kutuk sesiapa tapi kalau ada yang terasa tu mohon ubah tingkah laku bila guna harta orang. Ada adab perlu dijaga.
Hmm..Berat aku nak cerita sebab kami suami isteri terlalu marah pasal benda ni. Masa kami pulang hujung bulan lepas, jiran kami hantar ke airport guna kereta kami. Sebelum ni masa balik raya tahun lepas, suami pernah pesan kat dia suh dia pakai dan jaga kereta tu memandangkan masa tu dia tak ada kereta. Cuma ada sebuah van. Disuruh pakai tapi dia lenjan sampai ke kampung dia tanpa bagitau. Oklah sebab kereta tak apa-apa.
Tapi balik kali ni lain pulak cerita. Disebabkan kisah yang dulu tu, yang dia bawak kereta sampai ke kampung dia tu, suami tak ada pun pesan kat dia suruh jaga dan pakai kereta tu. Kami pelik sangat petang tu masa suami balik kerja sebelum ke airport. Dia ni boleh nyany-nyanyi kat dapur dia "seronoknya jalan-jalan dengan jazz". Kami dah pelik dan rasa lain macam.
Sampai di airport pun suami masih tak bagi apa-apa pesanan yang dia boleh pakai kereta tu dan sangkaan kami pula yang dia akan pulang terus ke rumah dan park kereta tu. Sangkaan kami meleset bila dia buat lagi perangai dia tu. Rupa-rupanya lepas hantar kami ke airport, dia balik kampung dia jugak. Kali ni up dengan kampung bini dia sekali dia tapau tanpa bagitau apa-apa pada kami. Dah macam kereta tu hak dia pulak.
Kami cuma dapat mesej dari dia hari Khamis lepas bagitau kereta dah tak boleh jalan. Ajaib..Setahun kereta tu aku bawak tak pernah apa-apa bila dia pakai terus rosak. Tak mungkin brek melekat sampai tak boleh gerak sebab bukan seminggu kereta tu tak digunakan. Dilenjan sampai 1000km. Dan yang paling sadis...Minyak kereta masa ditinggalkan separuh lebih sikit. Bila balik semalam tinggal E.
Itu apa? Sikap apa yang dia cuba tunjukkan. Kami ingat dia baik tapi dia lebih kepada ambil kesempatan pada kami. Bila dulu kami senyap, dia bole buat lagi. Apa hak dia nak buat macam tu? Siapa bagi izin bawak kereta tu sampai ke kampung dia? Kami sangat kesal dengan sikap dia yang tak tahu batas hak-hak orang. Kesabaran kami ada batas juga.
Aku bukan nak kutuk dia tapi aku betul-betul kesal dengan perangai dia. Bila dia cerita tu sikit pun dia tak rasa bersalah. Dia tak ingat ke yang dia tak pernah mintak izin nak pinjam kereta tu bawak balik kampung? Apa ni?
Dan akibatnya kami yang tanggung. Mujur ada insurans. Sakitnya hati tak bole dibayangkan. Kereta baru setahun kami pun pakai jimat-jimat sebab bukan seringgit dua harga kereta yang bole dibeli timbang kati hari-hari. Tak ada perasaan langsung ke?

Hmm... |
No comments:
Post a Comment