Back to Top

Sibu Open 2014

Ke Sibu lagi kita jumaat lepas. Masih malang ke ke Sibu kali ni? Ya, masih malang. Ape yang malang tu? Malang comel-comel je yang kitorang lalu kali ni. Kitorang gerak hari jumaat lepas maghrib. Badan penat lepas kerja kan kena jalan jauh jugak.

Bila sampai Sibu, kami salah masuk simpang pulak. Sampai dahla lambat dah pukul 1 pagi masa tu, salah masuk simpang pulak pegi lalu jalan Sibu yang baru. Amekau tambah lagi sejam. Bila sampai hotel dapat bilik kecik pulak. Tertanjat saya ni kan. Jadi aku mintak suami tanyakan kalau ada bilik yang besar sikit at least ada ruang untuk solat. Sementara suami pergi turun tanyakan, aku tunggu je la dalam bilik.

Bila suami ketuk pintu bilik, aku terus menerpa pintu dan pulas tombol tapi tombol dia bole rosak. Na haii.. Sudahlah sampai lambat, terkunci dalam bilik pulak. Buat kerja pulak la kawan-kawan suami aku nak kerjakan tombol pintu tu. Akhirnya pukul 2 pagi camtu aku pun bebas dari bilik tu.

Pindah bilik lain yang lagi besar tapi banyak anak lipas pulak. Aduiii.. Takpela tidur untuk satu malam. Esok pindah bilik lagi. Huhu.. Asal datang Sibu aje mesti ada problem ngan hotel. Bengang tol. Huhu.. Bila pindah bilik baru sama jugak kecik dia tapi masih ada ruang untuk solat.

Alhamdulillah.. Suami berjaya jadi johan bagi Kategori Terbuka Bumiputera. Minggu ni ke Serian pulak kite.. Kroih3

Ni masa first round

Stadium Persatuan Ping Pong Sibu

Tiba-tiba dah menang. Yay!

Isteri yang gembira. Hehe


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.