Back to Top

Berhenti Kerja Sehari

Hari ni aku diberhentikan kerja pasal kontrak aku dah abes semalam. Tapi esok masuk kerja balik sebab kontrak baru mula esok. Tapi jugak aku tak mahu ini dianggap sebagai pemberhentian kerja. Aku anggap ini sebagai cuti suka-suka. Sedap sikit telinga dengar.

Jadi hari ni aku kat umah lepas kemas umah dan memasak untuk suami, dengan girangnya aku dok guling-guling tengok tv. Nikmat hidup yang dah lama sangat aku tak rasa sejak dah bekerjaya ni. Huhu

Semalam masa balik kerja pun aku ditahniahkan oleh Puan Rabiah pasal dapat sambung kontrak lagi. Haha. Jadi ini adalah episod pemberhentian kerja yang paling manis dalam hidupku. Kroih3..

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.