Petang semalam cuaca tiba-tiba bertukar menjadi buruk dan suasana menjadi gelap gelita. Awan sangat tebal hitam pekat. Angin bertiup kencang dan pokok goncang-goncang macam orang tengah laga kepala kat dinding tahan sakit migrain. Aku tiba-tiba jadi pening tengok situasi tersebut.
Setibanya kami kat rumah hujan turun selebat-lebatnya dengan angin yang menggila. Masa tu kalau kau jalan pakai payung pun sia-sia aje usaha kau. Payung basah begitu juga baju kau basah. Silap hari bulan kau dengan payung sekali melayang diterbangkan dek angin. Macam tu.
Baru keluar dari kereta baju terus dibasahi hujan yang dibawa angin. Cepat-cepat ambil barang dalam kereta dan redah hujan. Tak sampai sesaat baju dah basah kuyup. Aku pun cepat-cepat naik selamatkan anak kucing pulak lepas letak semua barang dalam umah.
Basah lencun! Aku pun salin pakaian dan masak laksa untuk suami. Kemudian kami keluar lagi pergi main ping pong. Cuaca baik ketika kami keluar. Hujan sudah berhenti. Tapi setakat itu sahaja. Bila kami sampai di rumah kami tengok garaj dah senget. Ketika itu angin bertiup kencang dan sangat sejuk sehingga aku menggigil. Nak cerita garaj roboh je tapi semua aku nak story kan. haha
No comments:
Post a Comment