Back to Top

Ping Pong Terbuka Kampung Tebakang Melayu

Hujung dia memang kena ada nama melayu pasal kampung tebakang yang lagi satu hujung dia ada nama dayak. Tu je nak bagitau.

Sabtu lepas dengan gagah sekali kami ke Serian seawal jam 6.30 pagi pasal suami join open kat sana. Sekali game start petang. Na haii.. Dalam hati ni punya la rindu dengan selimut dan bantal. Huhu.. Cuti kot wehhh.. Selalu bole tidoq lama sikit tapi ada game punya pasal terpaksa la kami korbankan masa rehat hujung minggu.

Aku bukan nak cerita pasal game pasal bila player ramai dari Kuching, suami mampu dapat tempat ketiga je. Sekian. Tapi aku nak cerita pasal Kampung Tebakang Melayu ni. Kampung dia memang indah dan permai. Rasa macam masuk kampung bunian. Penduduk dia sangatlah ramah dengan outsider. Kau tak kenal pun tapi diorang rajin senyum kat korang tak kiralah orang tua ke anak muda ke. Yang ada kat masjid ke atau yang tengah naik motor meniti jambatan gantung. Mesti toleh semata-mata nak lemparkan senyuman.

Nak masuk ke kampung tu korang kena parking kereta kat tepi jalan pastu kena lalu jambatan gantung. Jarang kot nak jumpa jambatan gantung free tak payah bayar. Kat kampung tu dia ada buat homestay. Buka setakat local, foreigner pun ada yang stay kat situ. Kat kampung tu ada sebuah kedai makan betul-betul kat tepi jambatan masa nak turun tu. Makcik tu sangatlah peramah. Makanan  dia sedap pulak tu. Dia layan rasa macam makan kat umah je. Huhu. Memang bestlah.

Rindu dengan suasana Kampung Tebakang Melayu. Kalau ada masa pasti kami akan melawat ke sana lagi bertemu dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang comel dan baik hati.

Bermanja tengah panas

Rindu kampung ni. Siyes

Dok seru buaya kat jeti. Huhu

Ex-national. Cuncai

WIB

WIB retard bila masuk waktu petang. Haha



2 comments:

  1. wa orang sarawak ka.. :) hee tringin nak jalan-jalan sana...kawan saya ada yang tinggal di serian

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sy org semenanjung.ikut suami pindah kt cni.meh la dtg cni nti leh bwk jln2 :)

      Delete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.