Back to Top

Review Cathy Choo 24k Active Gold By Cathy Doll

Inilah produk yang aku cari-cari. Dia wangi, melembutkan dan mencerahkan kulit. Mesti ada antara korang yang ada masalah kulit kering kat bahagian siku dan lutut macam aku kan? Pastu mungkin jugak tone kulit korang tak sekata dibahagian-bahagian yang tertentu kan? Tak payah nak redha dulu.. Kalau korang anak dara bole la sorok-sorok. Kalau korang yang dah kawen? Huhu..Aku dah jumpa jalan selesai. Korang pun bole cuba.

Nah! Perkenalkan Cathy Choo 24k Active Gold bagi siapa-siapa yang belum tau tu. Memang tak tipu weh ada dia bubuh 99.9% fosil emas tulen yang orang dok tampal kat muka dalam tu. Jadinya emas tu bole serap dalam kulit la. Apa jadi bila unsur mineral semulajadi ni diserap masuk dalam kulit? Ia akan mengaktifkan sel-sel kulit, menjauhkan dari faktor penuaan, menggalakkan metabolisme sel dan menghalang penuaan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Nampak? Bukan muka je yang kita perlu tampal ngan emas tulen ni kengkawan. Kulit badan pun perlu dijaga jugak supaya kulit kita kelihatan seusia dengan muka kita.

Bila aku mandi dengan shower gel ni, bau dia lembut dan seductive. Memang best dan menyegarkan. Memang best sangatlah mandi dengan shower gel ni lagi-lagi lepas penat seharian bekerja. Macam spa giteww. No more citrus smell on me. Cam budak-budak je kalau badan bau lemon atau cherry ni. Haha.. Bukan setakat bau je, lepas bilas kulit pun terasa lembut dan lembap. Sebelum ni kalau lepas mandi aku sapu losyen badan. Itu pun kalau rajin la kan. Bukan hari-hari aku rajin nak sapu losyen satu badan pun. Tapi dengan Cathy Choo, tak yah susah-susah dah nak sapu losyen segala. 

Best kan? Kalau berminat boleh la pm no ni: 012-8086790





1 comment:

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.