Back to Top

Aishah Aziz AF2013

Andai ini hanya mimpi..tinggalkan ku begini
Biar terus ku lena..sampai kau tiba..

Yes..Aku suka Aishah Aziz. Aku selalu nyanyi lagu mimpi dia tu sampai suami aku pun terikut sama. Huhu..Aku suka dia sebab muka dia macam princess Disney. Haha..Ko tengok mata dia masa dia perform. Macam gatal kan? Haha

Aku ingat dia ni dah abes tinggi. Rope-ropenye abang Aliff Aziz dia tu lagi tinggi nauzubillah dari dia. Ni mesti Zizan Razak yang pendek ni. Harap-harap bole jumpa Aishah Aziz que kat bakang aku masa nak drop luggage kat kaunter air asia. Bole mintak dia jadi bonzer aku. Miahaha..

Andai ku hanya bermimpi..Biar aku begini
Owh..Sampai ketemu lagi aku di sini...

Dah macam rope bini member silat la pulak. Kah3..

Soseh-Soseh Jom? Nak Tak? Tajuk Dia "Kesian Adira AFBerapa"

Ni al kesah sabtu lepas la gedik kau..Aku ni tak main laaa cerita hamek kat orang ni. Tak geng la kann..(gedik tak?haha)

Sabtu lepas tu tau tak aku buat apa ngan suami aku? Balik kuching la gedik kauu.. Flite pukul 7.30 pagi ha..na haii.. Tak pasal bole nampak kak kimah ngan bura buru-buru nak cek in. Rope-rope nye beliau dua nak pergi kedah attend wedding si amirah tu. Kelas kakak-kakak tersebut naik belun attend wedding member. Macam tu baru la geng gedik kauu..

Nak cerita masa nak drop luggage lah ni gedik kauu..Masa tengah que tu aku dengar ada bising-bising kat line sebelah..Bukan tiga line hokehhh.. Rope-rope nye ada sorang customer ni ditimpa musibah bengong tak tau hala tuju mana nak menuju. Jadi jalan paling selamat adalah dengan bertanyakan officer air asia tu. Maka bunyi bising tu datang nye dari mulut officer air asia terbabit la gedik kauu..

Tiba-tiba aku dengar bunyi mengada-ngada kat belakang aku. "Abang.." Suara tu panggil brader air asia tadi dalam keadaan paling mengada-ngada. Bila aku toleh belakang...lehh..nak tau siapa? Mula-mula aku tak pasan jugak tapi aku pasan la jugak apahal minah ni pagi-pagi buta pakai cermin mata hitam ni. Rope-rope nye Adira AFBerapaAkuPunTakTau..Haha..Kesian aku tengok dia. Macam tak selesa aje. Kejap pakai spek, kejap selit kat rambut.

Aku ngan suami kat depan dia dah kutuk - kutuk. "Tengok tu. Adira naik air asia je. Mih3.." Lagi la pompuan tu tak selesa gedik kau even orang perasan dia pun tapi tak ada yang nak ajak bergambar. Mih3.. Aku pun tak tau apa motif aku nak kutuk dia kerana kebiasaan nye aku ni baik-baik je. Haha..

Ri tu pun jumpa Adam Correy pun naik air asia gak. Kutuk lagi. Mih3.. Tu je nak cerita

Hello..You Ni Gila Ekk?

Pagi tadi elok aku tengah borak-borak bergurau senda ngan buah hati aku dalam telefon, tiba-tiba ada nombor pejabat ni kol. Cepat-cepat aku mintak maaf dengan buah hati aku "Mak, maaf ye mak. Ada orang tipon plak" . Dalam hati aku urgent sangat ke sampai dua kali kol aku?

Tiba-tiba dapat kol dari nombor tu lagi. Aku dah cuak. Urusan kerajaan ke ni. Kot-kot ada berita gembira nak di bagitau contohnya aku berjaya menjawat jawatan sebagai seorang cleaner. Contoh la..Mintak simpang la hoi. Contohhh..haha

Bila aku jawab rupa-rupanya ada sorang mamat ni kol dari Maybank. Bunyi kat bakang macam bising gila. Tak macam bunyi dalam office. Mamat ni starting dia memang spoil. Dengan tak mintak izin semua main cakap aje. Tak ada nak tanya aku ni free ke tak. Tengah makan ke tengah berak ke. Janji yang dia tau dia nak cakap aje sampai tak peduli orang.

Itu satu hal. Nak tambah spoil lagi tu dia ucap terima kasih sebab aku setia dengan maybank. Seingat aku akaun al-Wadiah aku tu sebulan pun belum sampai kot umur dia. Aku dah start pelik. Dalam hati dah rasa macam kena scam aje tapi tak apa aku layan lagi. Dia tak abes-abes ucap alhamdulillah. Mak aii..Dah abes islamik ke akaun yang aku bukak tu.

Mula-mula dia kata Maybank ada buat satu program dengan tujuan nak bantu kewangan customer. Pastu tiba-tiba dia cerita pasal insurans. Aku dah..dia ni dah kenapa? Dia pun mula la bagi soalan-soalan biasa kat aku. Dia tanya aku dah kawen ke belum. Aku jawab dah. Kerja ke? Aku jawab aku suri rumah. Dia tanya lagi, ada wat bisnes kecik-kecik ke? I was like..wasting my time betul la mamat ni. Aku jawab tak ada.

The shocking part is bila aku jawab tak, dia bole reply yang sebenarnya sebelum dia kol aku masa aku tak jawab tu, dia dah kol suami aku tanya kat dia dulu. Dia ni memang nak bagi aku panas. Aku bagi sebijik " If u already know that I'm married, then why u ask me about my marital status?" Aku BI-BI kan aje mamat tu. Ngko dah la tak mintak izin nak cakap ngan customer, pastu nak main-main kan customer.

Tiba-tiba dia boleh jawab yang dia cuma nak tau aku ni betul-betul customer maybank atau bukan. Weii..aku bukan nak wat transaction la pandai. Ngko tu yang telefon aku tanya bukan-bukan. Memang cari pasal la nama nye tu. Then aku tanya lagi "How can u proof that u r calling from Maybank?" Mamat tu buat apa korang tau? Dia bole bagi aku dengar recorded call kat aku. Sah dah gila mamat ni..Recorded call tu hanya untuk management je. Dah la tu..Tak dengar ape pun. Silent je.

Mamat tu kemudiannya tak mampu nak kawal perasaan dia bila aku masih tak percaya. Dia siap kata yang dia akan tinggalkan nombor telefon hq yg dah sah-sah ada kat kad bank aku and nombor extension meja dia. Gila.

Lasttt sekali..tiba-tiba dia tanya soalan paling mengarut. Dia tanya kalau ada promotion dari Maybank, dia nak tau kalau aku nak terima any alert dari Maybank atau nombor aku tu diabaikan aje. Memang kurang ajar mamat ni cakap ngan customer macam tu. Aku jawab " I dont prefer any phone calls from Maybank" Aku tengah marah jadi aku tak pandai marah dalam Bahasa Melayu. Jadi aku BI-BI kan lagi mamat tu.

The rudest part is bila dia jawab "Kalau Puan Azira tak bole bagi kerjasama xpe. Terima kasih" Dia terus letak phone. Mangkuk ayun punya officer. Kerjasama ape yang dia nak aku pun tak tau. Memang siyot. Nasib baik aku dengar tak dengar nama dia. Kalau tak memang dah lama aku buat report. Dengan kol tak ada motif, dia bole tiba-tiba kol marah-marah customer yang bagi dia rezeki ni. 

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

Yup2..Again..Interview invitation yang ketujuh dari SPA. Bulan ni ada dua interview dari SPA..Khamis lepas jawatan Laskar Maritim Kelas II Gred X1 tapi tak dapat pergi sebab minggu lepas aku ada kat semenanjung. Lagipun laskar tu kena cek fizikal which is aku pun dah tak larat nak hadap. Nanti dia kata kaki aku flat lagi. Tapi best gak kot kerja kat laut. Bole tangkap ikan kotak macam dalam cerita Tanked tu. Haha

Interview yang ni lain. Sebelum ni cuma datang interview arau diperiksa fizikal dulu. Tapi kali ni ada exam. Merasa gak nak jawab exam SPA ni. Tadi baca dalam email dia kata ada tiga bahagian. Pengetahuan am, maths ngan english. Hoho..Seperti biasa mengharap tu idok le cuma tadi aku cakap ngan suami nak rasa sit exam SPA. Suami pun ok je sebab sekarang budak-budak tengah cuti sem. So bole la teman isteri dia ni pergi jawab exam.

Wish me luck!!!

Kerana Kawan


aAhad kelmarin dengan tak semena-mena kami jadi "tourist guide" kawan suami, fahmi namanya yang datang bersama isteri baru...kawen lapan bulan. Nasib baiklah suami tak ada kelas hujung minggu lepas. Cuma ada projek nak disiapkan tapi suami letak tepi dulu semua hal dunia tu demi seorang pelancong bernama kawan.

Kami kerjakan cukup-cukup sampai lembik dan monyok tetamu tersebut. Sampai tahap dok meracau nak bantal segala. Haha..Apa tak nye pagi-pagi dah keluar pergi pasar serikin. Kemudian kami singgah tasik biru. Shoot balik umah jap simpan barang tangkapan dari serikin, lepas lunch dan solat kami ke kampung budaya. Kemudian kami bermesra dengan ikan di tasik libry sebelum diner di steamboat dan pulang. Hamekau..













Busy Berbusiness

Wowowowo..

Tak sempat nak update blog. Penangan terlibat dalam hal main-main duit. Bank in, transfer, chatting, order, explain. Wohhh..

Minggu lepas kena tinggal sampai empat hari tak patut-patut dengan tak ada bear semua nak buat peluk-peluk melawan kedinginan tak ada suami kat sebelah. Tapi bagus jugak empat hari jadi bujang. Bole fokus bisnes baju dengan sophie. Makan pun ala kadar aje. Kadang-kadang tak makan pasal busy sangat. Haha..Hamboi???

Dah kena tinggal mula la wat kerja nak merajuk sana merajuk sini. Haha..Pening suami aku ikut ragam aku. Dah bengang sangat agaknya, suami beli kan frying pan tefal. Wahhh..kat airport jugak aku belek-belek kuali kesayangan aku tu. Naik malu suami aku. Haha..




Esok suami ajak pergu diner exco jpkk asrama. Kali ni proper sikit la dari yang lepas. And mestilah part yang paling best makan-makan. Huhu..

Gemuk suami aku. Haha

Dan hari-hari berikutnya aku kembali busy dengan business. Even masa diner pun aku sebok deal ngan customer tapi takpela kot. Majlis nye oun dah macam sesi karaoke. Huhu..

Alhamdulillah..aku makin seronok berniaga. Harap-harap in the futurw bole bukak business skala besar projek juta-juta. Projek ape pun tak tau. Jual tempe kot. Haha

Menikah Dulu Baru Bertunang? Rare Ke Idok?

Hati tengah rawan. Nak tido rasa tak sedap tak ada "bantal peluk"..uhuk2. Siap mintak suami belikan bear buat persiapan hari muka kalau ditinggalkan lagi bila suami pergi kursus. Mata dok terkebil-kebil tak bole nak lelap, tangan capai hp belek fb sorang-sorang. Tengok gambar kawan bertunang. Teringat masa kawen dulu, kami menikah dulu baru bertunang. Haha

Al kisahnya pasal pengantin lelaki dah lambat tok imam dah siap-siap bersila tunggu sang arjuna sampai. Bila sampai, sang arjuna pun join bersila sekali depan tok imam. Gugup sangat agaknya masing-masing tengok tok imam dah standby sampai lupa majlis bertunang. Haha..Bajet sarung cincin tunang dulu lepas tu terus nikah.

Aku pun tak teringat langsung hal-hal nak bertunang ni pasal suami memang tak nak bertunang tapi dia belikan jugak cincin bertunang. Mak mertua aku yang perasan masa aku nak salam. Mak mertua aku tunjuk cincin tunang, aku pun jadi terpinga-pinga. Dah sah jadi isteri nak tukar status jadi tunang pulak ke. Haha..Mak mertua aku pun sarung cepat-cepat cincin tunang tu kat jari aku. Haha.

Sampai-sampai terus akad. Haha..Tipu

Hehe..My husband :)

Sempat main mata tapi masa tu terasa diri ni hodoh sangat. Haha

Gelojoh sangat nak sarung cincin kawen sampai lupa cincin tunang. Hehe

Cincin kawen untuk suami jugak tapi dah barai. Huhu

Haha..Time ni la. Comel je muka mak mertua aku

Apa-apa hal salam cium tangan mintak restu dulu :)

Baru la bertunang lepas sah bergelar isteri. Kih3..

Tapi kawen aku memang rare. Time kawen aku ada tetamu paling istimewa yang datang :)

Kira official la ni aku tunjuk gambar nikah lepas dah nak setahun kawen. Aku tak suka mekap nikah dia. Sebab tu tak nak share. Hehe..Aku rasa kami la pengantin yang paling rare. Kot ada yang lain sama macam kitorang tak taula pulak. Kih3..

Hai..lama sangat rasa nak tunggu suami balik. Rinduu..Uhuk :,(
 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.