Back to Top

Short Trip : Zaanse Schans, Amsterdam ( Day 1)

Disebabkan kami park kereta jauh dari apartment, jadi seawal pukul 6 pagi kami dah keluar sebab kami nak kena hantar kereta sewa lagi dan nak kejar flight ke Amsterdam pukul 9 pagi. Pagi-pagi tu kami ja yang memekak kat jalan seret beg baju kami. Huhu. Tetiba nasib tak baik masa nak melintas jalan, kami mak terseliuh teruk habis la  dia punya lipatan sebab mak tak perasan ada menurun sikit kat situ terus terpelecok. Melalak kat tepi jalan. Pagi-pagi buta dah drama. Haha. Tapi disebabkan kami kejar masa, mak gagahkan jugak bangun dan teruskan perjalanan sampai ke kereta. Kami terpaksa keluar awal sebab nak elakkan trafik yang sibuk. 

Alhamdulillah sampai ke syarikat kereta sewa tu semuanya berjalan lancar. Masa kami pulangkan kunci kereta tu rasa lega sangat sebab sebenarnya tak selesa pun drive kat Romania. Kereta manual dan banyak roundabout lak tu. Maunye tak cuak. Hehe. Kami dihantar ke airport menaiki van syarikat tu sebab memang macam tu kereta sewa kat airport beroperasi rupanya. Maklumlah first time sewa kereta. Sampai airport kami terus drop luggage. Nasib baik kami awal jugak sebab sangat ramai orang kat airport pagi tu. Nak check kat security pun beratuq panjang gila. Nampak sangat airport kat Malaysia ni samada tak cukup sibuk atau pemeriksaan dia tak berapa ketat. Huhu.



 

Kat Otopeni International Airport. Dah check in dah masa ni. Sob sob.
Rasa berat nak tinggalkan Romania especially Bucharest. Banyak kenangan manis kami dapat sepanjang berada kat sini. Terlalu manis sampaikan semua perkara buruk yang dah jadi kat kami pun tak mampu nak memadamkan rasa seronok jalan-jalan kat Bucharest. Tapi apakan daya kami terpaksa juga pergi kerana Amsterdam sudah menunggu. Kih3. Dari dalam kapal mak lambai Bucharest. La revedere. Hope to see you again, Bucharest.

Dari Romania nak ke Amsterdam makan masa 3 jam. Kali ni flight sangat best. Mungkin sebab mood mak pun tengah baik masa tu. Hehe. FA pun baik gila tak macam masa datang sini. Bila dia nampak mak ni foreigner, dia explain betul-betul kat mak apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Mak cuma breakfast minum kopi panas ja. Hehe. Perjalanan tak rasa sangat pun sebab orang sebelah ni sibuk nak ke toilet je. Mak duduk tengah-tengah jadi kena la asyik bangun ja bagi laluan. Kali ni mak duduk asing ngan suami sebab Tarom bole pilih seat 30 jam sebelum flight. Kami pun masa tu tak dan nak pilih seat. Redha je la kena duduk asing.

Sampai kat Schipol International Airport, kami terus beli tiket train. Beli kat kaunter je senang. Tiket dia ni pelik sikit. Kalau LRT lepas touch coin tu nanti dah sampai stesen yang kita nak berhenti tu terus masukkan coin tu. Tiket dia ni nak pergi scan dulu pastu dah sampai scan lagi tapi takde palang nak keluar pun macam LRT. Suami mak pun dah pelik. Kalau macam tu buat apa nak scan tiket. Dan-dan ada banyak tiket train dalam simpanan kami. Bila tanya sorang brader ni pun dia pun taktau kenapa kena scan tiket tu. Hehe.



Kat Amsterdam kami menginap kat Teleport Hotel. Kat sini accommodation dia semua mahal tapi hotel ni yang paling berpatutan kami rasa. Nak pergi ke hotel ni kami kena naik train dari airport sampai ke stesen Amsterdam Sloterdijk. Pastu keluar dari stesen tu jalan kaki hala ke kiri sampai jumpa Mecure Hotel. Teleport Hot tu belakang sikit tapi dari Mecure Hotel dah nampak Teleport Hotel. Dekat sangat ngan stesen jadi mudahlah bagi kami yang takdak internet ni cari hotel tu. Tapi kena rajin la bertanya sebab kami ni tak pandai guna peta.

Cuaca kat Amsterdam sejuk gila. Lagi sejuk dari Ciucas Peak yang bersalji tu sebab Amsterdam ni angin dia agak kuat. Dan-dan tangan ngan muka rasa membeku. Sebenaqnya kami tau dah Amsterdam lagi sejuk dari Romania masa mula-mula transit dulu. Kami sempat keluar jalan-jalan kat luar airport sebelum fly ke Romania masa tu.  Jadi dari dalam stesen kami dah siap-siap pakai glove tapi tak membantu sangat pun. Sejuk jugak sampai tangan ngan muka naik kebas. Huhu.

Bilik kat Teleport Hotel ni cantik dan selesa. Siap ada pantry lagi. Heater ada dua. Nampak sangat dia punya sejuk tu sampaikan satu bilik kecik macam tu pun dia letak dua heater. Hehe. Receptionist dia pun baik gila. Dia cakap dia pandai cakap melayu sikit-sikit sebab mak dia Indonesian. Mula-mula kami hairan jugak tapi bila kami jumpa banyak elemen melayu kat Amsterdam ni, kami jadi tak hairan dah sebab zaman dulu kan Indonesia kena jajah kat Belanda jadi tak hairan la diorang ni ramai yang mix even ramai je Indonesian kat sini. Kami terus bersihkan diri dan solat sebab kami nak pergi jalan-jalan tengok kincir angin yang famous kat Zaanse Schans tu kejap lagi.



 

Kalau kat Romania kami sewa kereta, kat Amsterdam kami sewa basikal pulak. Disebabkan mak dah injured masa kat Bucharest pagi tadi, kami cuma sewa satu basikal ja. Best jugak dok bonceng ja kat belakang amek gambar. Hehe. Nak ke Zaanse Schans makan masa sejam kalau naik basikal. Masa kat Malaysia mak rasa ok ja kot kayuh basikal sampai Zaanse Schans tapi receptionist tu suggest naik train ja. Sampai sana sewa basikal lain. Suami mak rasa macam rugilah pulak. Basikal yang kami dah sewa tu pun harga dia dah €15 untuk tempoh 24 jam. Takkan nak sewa lagi. Kami pun konon-konon decide nak kayuh basikal ja sampai sana. Sekali baru daki bukit sikit depan hotel tu pun dah pancit, suami mak terus surrender nak naik train ja. Nasib baik bole bawak basikal naik train. Hehe.

Kalau nak bawak basikal naik train, kita kena beli tiket untuk basikal tu jugak tapi jangan risau sebab tiket tu untuk dua hala. Untuk kita bole beli tiket sehala atau dua hala. Kami dah confuse masa nak masukkan basikal dalam train. Platform mana pun tak tau sebab tak paham apa yang dia tulis kat tiket tu. Nasib baik orang Amsterdam ni baik-baik asal tanya ja dia sanggup berhenti daripada apa saja yang dia tengah buat waktu tu semata-mata nak jawab pertanyaan kita. Akhirnya kami jumpa platform mana yang kami nak naik dan untuk yang bawak basikal, kena naik kat pintu train yang ada gambar basikal ja.

Tiket kami patutnya turun ke stesen Koog-Zaandijk. Masa kami dalam train tu ada sorang konduktor la kot orang panggil datang cek tiket. Muka dia tak macam omputih pun. Lepas cek tiket dia pun masuk ke gerabak lain. Train yang kami naik ni dua tingkat. Laju pulak tu. Sebelum tu mak ada tanya sorang kakak ni macam mana nak sampai ke Koog-Zaandijk tu. Dia jawab next two station. Kami pun confident je la rasa tapi tunggu punya tunggu tak sampai jugak ke stesen tu. Tetiba tukang cek tiket tadi keluar dari gerabak depan tu pastu tanya kami nak ke mana. Kami bagitau la kami nak pi kincir angin tu. Dia cakap kami dah terlepas banyak stesen. Train tu nak pergi ke Jerman. Kami pun terperanjat ni. Dia suruh turun kat next station. Tetiba dia cakap bahasa indonesia tanya kami bisa berbahasa indonesia tak. Patutlah takdak muka omputih. Indonesian rupanya tapi dah lama dok kat sana.

Next station, tukang tiket tu turun sekali ngan kami dan tunjukkan platform mana yang kami patut tunggu train. Dia pun ajar macam mana nak sampai ke stesen Koog-Zaandijk tu. Rupa-rupanya kami kena tukar train kat stesen Zaandam. Dari stesen Zaandam naik train Sprinter nama dia hala ke laluan Uitgeest. Kalau LRT tu kan ada laluan ke gombak ngan kelana jaya. Macam tu la lebih kurang. Mana la kami nak tau kena tukar train pulak. Ingatkan terus sampai stesen tu. Huhu. Lepas ucap terima kasih dan dia balas semoga sukses, kami pun tunggu kat platform tu untuk patah balik ke stesen Zaandam. Dengan basikal lagi nak kena heret sana sini. Huhu.

Kami naik train yang sama dan turun ke stesen Zaandam. Sampai di stesen Zaandam kami tunggu train yang ada tulisan Sprinter hala ke Uitgeest. Train tu akan lalu kat stesen Koog-Zaandijk. Patutnya dari stesen Amsterdam Sloterdijk tu tadi, kami turun kat stesen Zaandam tu. Cuma satu stesen ja pun. Patutla kakak tu kata next two stesen nak sampai stesen Koog-Zaandijk tu sebab dia ingat kami pun turun sama-sama ngan dia kat stesen Zaandam tu. Dia pun tak bagitau kena tukar train. Huhu. Akhirnya kami pun sampai ke stesen Koog-Zaandijk.

Dari stesen tu kami tanya orang macam mana nak pergi kincir angin tu. Orang tu jawab dari stesen tu pergi straight ja nanti jumpa simpang belok kiri. Sampai traffic lite belok kanan ke jambatan tu. Kat sana nanti dia kata kami akan jumpa banyak kincir angin. Memang betul. Dari jambatan tu pun kita dah bole nampak banyak kincir angin. Cuaca hari tu baik walaupun sangat sejuk. At least kami dapat lighting yang baik untuk bergambar sebab ada cahaya matahari. Hehe.

Kawasan Zaanse Schans ni sangatlah cantik sebab dia terletak dalam kawasan perkampungan. Perkampungan betul tau. Bukan macam kat taman budaya atau Taman Mini Malaysia tu. Disebabkan cuaca yang sangat sejuk, mak tak mampu nak amek banyak gambar sebab takut nak bukak glove. Tapi lama-lama mak bukak jugak sebab pakai glove ngan tak pakai sama ja sejuk dia. Lagipun susah nak amek gambar. Kena tahan sikit la demi mendapatkan shot yang terbaik. Hehe. Tapi jugak mungkin mak sengaja takmau amek gambaq banyak-banyak sebab mak plan nak datang kat kincir angin tu lagi masa musim bunga nanti. Sapa tau kan? Kih3.

Kami singgah kat sebuah kedai jual cookies dan stroopwaffle yang famous tu. Kedai dia comel ja. Very the country side. Sebelum kami memborong tu kami tanya dulu mana yang boleh dan mana yang tak bole dimakan oleh kami. Kakak tu pun paham yang Muslim tak bole makan benda yang bukan-bukan jadi dia pun tunjukkan mana yang kami bole beli. Macam gummy bear ngan marshmallow tu memang dia geleng kepala cakap tak bole makan. Disebabkan kami belum lunch sejak sampai tadi, kami cuma beli waffle panas dari kedai tu ja. Kebetulan kat sebelah kedai tu ada taman comel siap dengan meja comel jadi kami decide nak makan kat situ walaupun cuaca sejuk gila. Makanlah kami sambil menggigil-gigil. Haha.

Suasana pun makin kelam sebab dah nak masuk maghrib. Kami pun nak balik ke stesen train tadi. On the way nak balik tu suami nampak ada lelaki melayu dua orang ni dok pandang-pandang suami pastu curious sangat agaknya terus tanya suami, Malaysia? H'ah Malaysia suami jawab. Haha lawak pulak rasa main teka-teka sebab tengok muka confirm melayu dah. Hehe. See.. Ramai ja orang Malaysia yang melancong kat eropah in fact orang kita memang suka melancong ke eropah pun. Jadi jomlah kita melancong sama-sama rasai pengalaman hebat ni. Hihi.

Masa nak balik pun sama jugak kena tukar train kat stesen Zaandam. Dah sampai kat stesen Amsterdam Sloterdijk tu kami balik hotel dulu letak barang-barang yang kami beli tadi pastu konon-konon kami nak keluar cari makan tapi hampa. Dengan cuaca gelap macam tu kami hilang arah. Tambah pulak sejuk gila ngan angin dia yang kuat tu dah cukup nak  buat mak merengek ajak suami balik hotel sebab dah tak tahan sejuk. Mak cakap nanti sampai bilik cek je kat website kalau ada delivery. Suami mak macam dah kecewa sebab dia belum jumpa nasik lagi hari ni. Hik2.

Kami pun balik ke hotel. Sampai ja dalam bilik mak terus turn on dua-dua heater tu sampai tahap maksimum pastu terus terjun atas katil ngan jaket tak bukak lagi sekali ngan glove pun tak sempat nak bukak terus tarik selimut menggigil-gigil bawah tu. Suami mak rileks ja. Ni mesti kes lapaq sangat ni. Huhu. Mak time tu nak selimut ja. Malam tu makan megi pun mak rela. Suami cek kat website pastu dia terjumpa satu restoran halal indonesia ni yang ada buat delivery terus ke hotel. Kali ni bukan setakat nasik, sekali ngan soto suami mak order. Haa.. Sapa cakap susah nak makan kalau pi negara orang, kan? Tapi tak semua restoran indonesia kat Amsterdam tu halal sebab kat airport Schipol hari tu kami hampir-hampir jugak terjebak nak makan kat restoran indonesia tu. Sekali ada menu babi kecap. Terus tak jadi nak pekena soto. Huhu.

Tak sampai setengah jam, tukang delivery tu pun sampai kat hotel. Suami mak kata orangnya sama macam Sam si penghantar makanan kat Bucharest tu. Orang Turki ka taktau la tapi muka Middle East. Dia kata memang halal. Huhu. Lepas diner nasik goreng lauk ayam dan ada sayur, kami kena kemas beg sebab esok kami nak balik Malaysia dah. Kami kira transit kejap ja kat Amsterdam sebab ada kawan kami sorang ni dia cakap rugi kalau tak stay kat Amsterdam sebab Amsterdam sangat cantik dan memang betul cakap dia tu. Berbaloi-baloi.



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Esok sebelum balik ke Malaysia, kami akan ke Floating Flower Market yang terletak kat sepanjang canal yang famous tu dulu untuk shoping kali terakhir. Nantikan sambungan entri ni. Hihi.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.