Back to Top

Bercuti Ke Romania : Brasov (Day 5)

Yay! Hari yang ditunggu-tunggu pun dah tiba. Bayangkan dari hari Khamis dok sebut-sebut nak main snow. Tibalah jugak harinya. Awal pagi lagi kami dah bertolak dari apartment sebab taknak terperangkap dalam traffic. Mana la tau kan hari ahad pun jalan sibuk jugak sebab diorang ramai-ramai keluar nak pergi gereja. Pukul 6.30 pagi lepas sarapan yang amat berat iaitu nasik arab ngan lauk ayam grill, kami pun bertolak. Suasana pagi tu suram je. Dalam hati mak dah sedih sikit sebab mak tengok cuaca mendung ja hari tu. Jangan turun hujan dahla mak pikir masa tu. Mak pun cakaplah ngan suami takpa lah kalau hujan pun kita teruskan jugaklah perjalanan.

Misi mencari salji. Hik hik
Giant chimney
Pinggir Bucharest
Lepas sejam perjalanan tetiba langit nampak cerah. Baru nampak matahari. Laa.. Padan la pun mendung ja tadi. Kat sini masa musim luruh matahari dia lambat terbit. Dekat-dekat pukul 8 pagi baru nampak cahaya dia. Mak pun dah happy balik. Harap-harap cuaca baik-baik ja hari ni. Baru best nak jalan-jalan. Masa kami dah keluar dari Bucharest dan kawasan perindustrian kat pinggir bandar , pemandangan sepanjang perjalanan makin bertambah menarik dengan pokok-pokok yang berwarna warni. Check point kami yang pertama adalah Ciucas Peak dekat-dekat nak sampai ke Brasov tu. Masa kami dah nak menghampiri kawasan pergunungan tu, pemandangan dia sangatlah  indah. Sebab teruja sangat, kami siap berhenti kat tepi jalan semata-mata nak amek gambar kat kawasan tu. Itulah untungnya sewa kereta. Ikut dan ja nak berhenti kat mana pun kita suka. Hihi.

In the middle of nowhere. Berhenti macam nak samun orang. Cepat-cepat amek gambar pastu terus masuk kete. Hehe
Mak berkenan ngan pagar dia tu. Nak buat satu macam tu nanti kat umah.
Suami mak pantang jumpa elemen air. Masa ni mesti suami mak tengah berangan nak  berumah depan sungai ni.

Posing untuk kalendar peribadi. Ni buh bulan November dalam kalendar. Hihi

Dari jauh mak dah nampak puncak Ciucas tu. Tapi macam kecewa sebab tak nampak sangat salji kat puncak dia. Kami dah lalu simpang nak ke gunung tu tapi kami tak belok sebab nampak macam tak menarik ja. Kat situ kami nampak ada satu bangunan macam bangunan kilang dan banyak kereta parking tapi tak nampak seorang manusia pun kat situ kecuali ada sorang driver lori tu tersadai tepi jalan sebab lori dia rosak. Mak ingat nak teruskan perjalanan ke Brasov ja. Depan sikit tu tetiba kami nampak ada selonggok salji atas timbunan kayu kat tepi jalan. Kami pun apa lagi terus berhentikan kereta sebab dah teruja sangat nak rasa pegang salji semulajadi. Huhu. Suami mak paling teruja dapat main salji. Suami mak ajak patah balik ke gunung tadi. Mak pun pikir alang-alang dah sampai pergi ja la kan walaupun tempat tu nampak scary bagi mak. Bukannya dekat-dekat nak mai sini. Beribu batu kot nak terbang ke sini. Kami pun patah balik ke gunung tu. Nasib baik tak jauh pun dari simpang tu. 

Best sangat la tu pegang salji bare hand. Hihi.

Jalan nak ke gunung tu cuma ditutup ngan batu kerikil ja. Kiri kanan penuh dengan pokok ru. Masa dah sampai kat best point nak amek gambar puncak gunung tu, mak cakap kat  suami kita drive sampai situ ja dah la amek gambar sebab keliling hutan ja takdak orang pulak tu. Dan-dan teringat dalam cerita Connecticut tu yang ada orang gila dok perhati dari dalam hutan tu. Huhu. Tapi suami mak tak mau. Dia nak drive jugak sampai atas. Mak masa tu dah cuak sangat. Teringat kat cerita tu ja. Haha. Tetiba kami nampak ada kereta parking kat tepi jalan tapi orang takdak. Lagi la mak cuak agaknya driver dia dah kena bunuh ngan orang gila macam dalam cerita Connecticut tu la kot. Haha. Depan sikit tu mak nampak ada tompokan putih kat atas tanah. Mula-mula tak banyak. Makin ke depan makin banyak tompokan tu. Mak pun tunjuk kat suami mak tu salji tu! Haha sangatlah jakun nampak salji. Makin jauh ke atas kami drive, kawasan mula dilitupi ngan salji. Tersangatlah indah pemandangan itu.

Kami nampak ada 2 3 buah kereta parking kat tepi jalan. Kami drive lagi sikit ke atas baru la terjumpa sepasang suami isteri ni. Diorang nak pegi daki gunung rupanya. Suami mak nak drive sampai atas tapi bila tanya pasangan tu diorang cakap tak bole drive sampai atas sebab licin. Kena parking kat bawah. Kami pun undurkan kereta dan parking kereta kat tempat diorang parking tadi. Dan bermulalah episod kami jadi budak-budak lompat sana lompat sini main snow ball pastu buat snow man pastu lari sana lari sini macam-macamlah you name it. Hahaha. Hmmm.. Tapi itulah yang paling seronok pun. Dapat main salji is the best thing mak pernah buat setakat ni. Kat Snow World tu tak best pun. Salji buatan kan mana la nak sama ngan salji ori. Huhu.

Jumpa lagi anak sungai. Tadi yang kat bawah tadi tu mungkin abang sungai. Bapak dia ada lagi bawah laaagi cantik tapi takdak tempat nak berhenti amek gambar kat situ.

Snow man. Mak yang buat ni. Tak dapat nak buat besar-besar macam dalam cerita Frozen tu pasal salji tak cukup. Huhu. Kecik-kecik pun siap pakai neck tie tu. Baru habis conference snow man ni. Haha

Maid Elsa dan snow man yang cinonet. Nak jugak rasa duduk atas salji. Lencun takpa. Kat Malaysia tak rasa.
Baru dapat bergambar berdua sebab baru terjumpa orang masa nak balik. Diorang baru sampai nak daki bukit tu. Barulah dapat mintak tolong amek kan gambar ni.

Mak sepanjang perjalanan ni kira jadi program coordinator la kononny siap ada limit masa. Dekat sejam jugak kami main salji kat atas tu, lepastu mak pun ajak suami mak pergi Brasov sebab masa tak mengizinkan. Dari Ciucas nak ke Brasov tu makan masa sejam jugak. Next check point kami nak pergi tengok Black Church kat Brasov. Sebelum sampai ke Brasov, kami melalui kawasan bandar yang moden. Suami mak macam dah tak berapa suka sebab bangunan dia tak cantik macam kat Bucharest. Mak terpaksa yakinkan suami bahawasanya bila  dah sampai kat kawasan Black Church tu nanti confirm cantik sebab mak tengok dalam gambar yang Brasov tu cantik tempatnya. Memang betul seperti yang dikhabarkan. Brasov sangat cantik dan tenang. Mak sukaaaa sangat Brasov.

Tak nampak sangat perkataan Brasov tu. Depan lagi sikit Rasnov.
Rindu tempat ni..

Nak cari Black Churh tu tak susah pun sebab dari jauh dah bole nampak gereja tu memandangkan gereja tu bangunan yang paling besar antara bangunan lain yang ada kat situ jadi sangat senang nak jumpa. Mak kagum ngan senibina gereja tu tapi masa kami sampai gereja tu belum dibuka lagi. Kami takdak la nak masuk gereja tu pun. Lagipun kat dalam bukannya bole amek gambar pun. Kami singgah nak amek gambar nak buat kenangan ja sebab dah alang-alang nak ke Bran Castle lalu dulu Black Church tu apalah salahnya kalau singgah kan.

Kami bersiar-siar kat kawasan tu sebab kawasan tu memang cantik. Ancient gila bangunan dia rasa nak lepak lama-lama tapi apakan daya masa sangat pendek sebab mak target nak balik masa waktu masih siang at least kami berjaya melepasi kawasan pergunungan dalam keadaan cuaca yang masih terang. Kita pun tak tau macam mana keadaan jalan balik nanti lagipun lampu jalan takdak jadi pulang awal tu adalah pilihan yang tepat. Kami pun bergerak ke Bran Castle yang makan masa hampir sejam jugak dari Brasov. Mak pun sebenarnya tak berapa pasti nama kawasan terletaknya Bran Castle ni tapi rasanya Transylvania la kot ek? Hik2.

Inilah Black Church dari tepi.

Ini pintu masuk Black Church. Nak masuk pun kena bayar ni.
Seni bina yang memukau.

Nak sangat rasa lepak kat sini minum kopi.
Part ni laaagi la cantikkk gila pemandangan dia. Memang mak nak sangat tengok tempat ni live. Asyik tengok dalam tv ja. Kat sini banyak kawasan padang ragut yang luas gila dengan back drop gunung ganang yang bersalji. Meleleh rasa air liur mak tengok pemandangan yang hebat macam tu. Haha. Gambaq toksah cakap la sekejap kecet-kecet berlambak-lambak gambaq mak amek. Tak puas ngan gambaq rakam videoq pulak. Haha marah orang utara. Memang tak bosan langsung sepanjang perjalanan tu. Akhirnya kami pun tiba di Bran Castle. Seperti yang mak baca dalam blog traveller yang lain, kat situ memang banyak orang jual cenderamata untuk dibawa balik. Jadi mak bole setelkan shoping kat sini.

Cantik gila padang ragut dia. Gambar ni takdak pulak yang ada gunung yang bersalji tu.
Dari tempat kami letak kereta tu kami dah bole nampak Bran Castle yang tersergam megah kat atas bukit tu. Mak ingat nak jalan-jalan kat situ amek gambaq ja pastu pergi ke Peles Castle pulak tapi suami mak ajak masuk dalam istana tu pulak. Nak masuk kena bayar 35 Lei untuk dewasa tapi kalau ada student card dia bagi 20 Lei. Suami mak guna student card dia jadi bole jimat kat situ. Disebabkan istana tu letaknya kat puncak bukit, jadi kami pun kena la mendaki sikit. Mengah jugaklah mak nak daki bukit tu. Hihi.

Ramai gila yang nak masuk castle tu. Bole la cek harga entrance fee kat board tu.
Kawasan dalam istana tu tak berapa luas sebab banyak sangat compartment. Kami pun ikut ja diorang ni janji dapat masuk ke setiap pelosok bilik tapi ada jugak bilik yang dilarang masuk. Agaknya dalam bilik tu Count Dracula tengah tidoq dalam keranda dia kot pasal siang lagi kan. Satgi dah malam baru dia bangun pegi mencekik orang. Macam tu la pun yang mak baca dalam novel Dracula oleh Bram Stoker tu. Hihihihihi. Dahla masa ni depa tengah sambut Halloween pulak. Saja la pun nak menakutkan diri sendiri. Hehe. Count Dracula ni terkenal dengan kekejaman dia la kot tapi mak pun tak berapa pasti la pasal fakta tu tapi ada satu bilik ni dia pi simpan segala mak nenek peralatan hukuman dia. Memang scary gila. Siapa nak try kena sula bole bayar 10 Lei pastu masuk dalam bilik tu sula diri sendiri. Hehe. Tapi serius memang kena bayar 10 Lei kalau nak masuk bilik tu tapi kami tak masuk la kan.

Ni bilik yang dia kurung Jonathan tu kot. Hehe.
Ni mungkin tempat Jonathan lepak tulis surat kat Mina. Haha

Tangga rahsia naik ke chamber bahagian atas.
Kamera tak cantik. Kena melabur untuk SLR pasni.
Ni Count Dracula punya la kot. Taktau la sapa ja yang tinggal dalam castle ni. Dalam novel ada dia sorang ja.

Hehe. Perisai perang tu depa dok sandaq macam tu ja. Penat berdiri lama la tu.

Ni la dia peralatan menghukum tu. Tengok dalam gambaq tak berapa scary la kot.
Pemandangan dari luar castle. Sesat sebenarnya pun. Haha.

Ni kalendar bulan Januari pulak.
Ni jalan nak ke castle tu. Cantik.

Masa ni la pentingnya kamera yang power. Rugi2. Huhu.
Sedaq tak sedaq jam dah menunjukkan 1.30 petang. Alamak jalan sakan sampai tak perasan la pulak kan kejap lagi dah nak maghrib. Kami pun terpaksa berlalu meninggalkan Count Dracula yang tengah tidoq lena tu sebab kami belum beli ole-ole lagi untuk kawan-kawan dan keluarga. Masa nak keluaq dari entrance tu kami terpaksa berasak-asak sebab ramai sangat yang beratuq nak masuk ke istana tu. Tak tau la depa ni orang tempatan ka atau pelancong jugak macam kami sebab kat situ mak sorang ja yang bertudung. Kami pun teruskan niat nak shoping kat deretan kedai yang ada kat situ. Barang dia takdak la murah sangat. Lebih kurang harga barang kat Malaysia jugak jadi kami tak dapat beli banyak pun. Nasib baik kami ada next stop yang terakhir iaitu Amsterdam. Jadi bole shoping sakan masa kat Amsterdam nanti.

Samrt ja depa ukir labu ni. Sempena Halloween.


Gerai ni yang ada kat tepi jalan. Banyak lagi kedai nak ke pintu masuk castle tu.
Peniaga kat sini pun kebanyakannya tak la berapa peramah kecuali pak cik jual kalendar tu tapi masih lagi bole cakap omputih jadi takla susah sangat kami nak berurusan ngan diorang ni. Agak-agak macam dah cukup barang yang kami beli tu, kami pun teruskan perjalanan balik ke Bucharest. Kami lalu Sinaia untuk patah balik ke Bucharest. Kami ingatkan untuk pulang ke Bucharest kami akan berpatah balik ke Ciucas Peak tadi sebab kami belum solat lagi jadi kami ingat bole solat kat dalam hutan kat area Ciucas. Kami dah lewat nak solat dan kami tak sangka pulak hari Ahad orang ramai nak balik ke Bucharest kereta sangkut ja sepanjang jalan. Akhirnya kami solat kat tepi jalan ja.

Sinaia sangat cantik. Sepanjang perjalanan kami dijamu dengan pemandangan kawasan pergunungan yang besar dan sangat indah. Kat kawasan ni la kami nampak salib gergasi kat salah satu puncak gunung tu. Hari semakin petang jadi gunung makin dilitupi kabus. Suram je suasan masa tu tapi disebabkan kereta banyak kat jalan, traffic sangat perlahan. Kadang-kadang mak suka jugak bila traffic slow jadi kemungkinan kami untuk tersesat tu kurang. Masa peak hour ni pun ramai polis trafik yang jaga lalulintas. Kami bukannya paham sangat sign yang dia bagi tu. Agak-agak selamat kami jalan ja. Tiba-tiba kami ditahan kat satu simpang tu. Kami pun tak paham sebab masa tu polis trafik tu bagi sign berhenti tapi kereta depan jalan lagi. Tiba-tiba bila turn kami nak jalan ada kereta dari depan nak belok ke simpang kanan tu dan kami hampir bertembung.

Tak tahan. Nak berhenti jugak amek gambar kenangan kat sini walaupun backdrop dia tak berapa cun macam masa pergi tadi.

Bunga ni wangi kot. Petik satu bawak balik. Hihi.
Taktau pulak hari Ahad damn. Eh jammed. Hihi.

Sinaia. Nampak tak salib gergasi kat puncak gunung tu?
Polis tu tahan dan perkenalkan diri dia lepastu mintak lesen memandu dengan lesen antarabangsa. Lepastu dia pergi belakang tengok-tengok kat seat belakang lepas tu tanya ni kereta sewa ka. Dia mintak dokumen kereta tu dan-dan la mak lupa nak bawak kan. Mak dah rasa memang kena tahan la ni. Suami mak dah nak marah tapi mak cakap ja ngan polis tu yang mak lupa nak bawak dokumen tu. Daripada biar polis tu tunggu mak cari dokumen tu baik cakap takdak ja. Senang. Polis tu pun bagitau kalau kat Romania lesen memandu ni paling penting. Mak ngan suami pun dah terpinga-pinga. Kat Malaysia ni lesen memandu tak penting ka? Huhu. Lepas tu dia explain dia dah bagi stop sign kedua masa tu jadi kami kena berhenti. Tanda stop yang pertama memang bole jalan tapi stop yang kedua maksud dia priority untuk kereta yang datang dari arah depan. Kami cuma mampu mintak maaf dan mungkin disebabkan kami ni pelancong agaknya, kami pun dilepaskan. Lega gila rasa. Dokumen tu sebenarnya ada ja dalam beg suami mak. Huhu.


Perjalanan pulang yang agak panjang buat mak sakit kepala yang agak teruk. Akhirnya kami sampai ke Bucharest tapi nak jadi cerita jalan nak ke apartment kami tu ditutup oleh polis sebab malam tu ada game bola Romania lawan mana ntah. Kami ingatkan ada rusuhan sebab kami nampak orang ramai-ramai jalan nak ke satu tempat. Kami berpusing-pusing nak cari jalan balik apartment tapi memang tak  bole nak masuk. Masa ni la kami kena uji sebab driving kat Romania ni atau mungkin kat Europe pelik gila. Kena hon semua dah rasa. Akhirnya kami decide nak park kereta kat jalan mana ntah tapi tak berapa jauh dari apartment. Dengan barang shoping dari Brasov tadi kami kena bawak sampai ke apartment sebab esok pagi-pagi kami nak fly ke Amsterdam dah jadi malam ni kami nak kemas beg.

Tapiii.. Sampai je apartment mak terus terbungkam sebab sakit kepala yang teruk sangat. Huhu.

Nantikan kembara kami ke Amsterdam pulak esok!

1 comment:

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.