Pagi ni kami kena amek kereta sewa kat airport. Suami mak sebenarnya dari semalam kalut tak tau bole drive ka tak kat Bucharest ni ngan traffic yang pelik macam tu. Siap ajak crew yang gemuk tu ikut kami sebab esok kami plan nak ke Brasov main salji kat Ciucas Peak ngan pegi lawat Bran Castle. Tapi dia tak bole ikut pulak. Tanya owner apartment ngan budak Sam si penghantar makanan tu pulak kalau-kalau diorang bole joi. Cuma nak direct jalan ja takut tersalah masuk lorong orang. Dirang bagitau yang diorang bole join kami tapi diorang charge pulak sampai 300 Lei which is memang mak tak hingin. Cuma dok dalam kereta ja sebab kami confirm tau jalan sebab ada Gps kan tapi tu pun nak charge mahal gila. Tak berbaloi sungguh. Mak cakap ngan suami jangan takut sebab mak ada. Haha. Masa nak bawak balik kereta sewa tu, slow ja suami mak drive. Nasib baik hari ni hari sabtu jadi jalan tak berapa sibuk sangat.
Hari ni suami mak patut hadiri bengkel kat hotel yang sama tapi dah disebabkan amek kereta kat airport, kami terlewat. Terpaksalah kami amek teksi pagi tu pergi hotel sebab tak selesa lagi nak bawak kereta sewa left hand drive. Manual pulak tu. Dari apartment ke hotel kami cuma di charge 10 Lei ja takdak la mahal sangat. Kami sebenarnya takut nak naik teksi sebab takut kena pau tapi crew gemuk tu nasihatkan kami supaya naik teksi yang ada tulis rate per kilometer kat pintu dan pastikan teksi tu pakai meter.
Ok la masa pergi tu kami dah selamat. Masa nak balik ke apartment tu mak ajak suami mak jalan kaki ja sampai apartment. Tapi masa kami nak melintas jalan, tetiba ada teksi berhenti kat traffic lite tempat kami nak melintas tu. Mak tengok muka dia pun dah scary. Berpakaian serba hitam, badan bertatu sekali ngan snow cap dia pun habis hitam semua. Dia pandang-pandang kami pastu tanya nak naik teksi tak. Suami mak cakap bole la sebab dia malas nak jalan kaki. Mak pun tak sempat nak belek teksi tu. Sekali bila naik dashboard dia kosong ja takdak meter pun. Mak pun dah berhuhuhu je la kat belakang. Confirm kena pau la ni kang.
Sebut pulak nak berhenti kat Hilton lagi la samseng tu ingat yang kami ni orang kaya padahal dok kat apartment belakang Hilton tu ja. Driver teksi yang samseng tu dia tak pandai cakap omputih pun. Dia tanya suami mak dalam bahasa romania tapi dari gesture tangan dia mak macam bole agak dia tanya nak turun kat tepi jalan ja ka atau kat tempat parking depan sikit. Ala dia pun tak mau turunkan kami kat tempat parking tu sebab kat situ memang banyak teksi berkumpul tunggu penumpang. Takkan dia nak rompak kami depan pemandu teksi yang ramai tu silap-silap dia yang kena cepuk ramai-ramai nanti. Huhu.
Mak pun ye kan je cakap kat dia berhenti je kat tepi jalan sebelah Hilton tu. Bila tanya berapa harga tambang dia tunjuk 5 jari. Mak dah terkejut. Aihh takkan 5 Lei tapi suami mak cepat-cepat hulur 5 Lei kat dia tapi dia geleng tanda tak setuju atau tak mahu atau tak suka. Mak dah agak dah dia ni. Cakap omputih pun tak pandai, ada hati nak rompak orang siang-siang hari pulak kan. Memang nak kena. Mak tunjuk hp kat dia suh dia taip kat kalkulator berapa dia nak. Dia pi taip 50 Lei. Chi cong fan punya driver. Mak dalam hati dah panas tapi sabar lagi sebab tempat orang kan.
Part ni la yang lawak bila kami tawar-menawar harga rompakan ngan samseng taik kucing tu. Suami mak hulur 20 Lei dia takmau. Suami mak offer 30 Lei pun dia tak mau jugak. Last sekali dia tunjuk 4 jari pastu letak jari telunjuk dia kat pipi buat-buat muka comel. Mak dah rasa nak tergelak hampeh sungguh dia ni. Suami mak pun tak nak panjang cerita hulur gak la 40 Lei kat dia. Sempat lagi angkat tangan kat kami sebelum dia blah. Ada pulak budi bahasa dia tu. Huhu. Sepanjang perjalanan ke apartment kami senyap ja tak cakap apa. Tak sangka sungguh kena rompak jugak akhirnya. Huhu.
Petang tu kami ke Herastrau Park yang besar gila dan cantik tu. Kali ni kena lagi ngan driver teksi tua pulak. Dia punya rate teksi 1.39 Lei tu tapi dia takmau bawak kami pulak. Dia suh kami naik teksi premier yang rate dia 3.45 Lei kalau tak silap mak. Sukati dia je. Alasan dia sebab ada mak so mak deserved better. Hoii la ni lagi sorang nasib baik dah berkedut nak tinju pun tak sampai hati. Haha. Nasib baik dia kuat berseloroh siap main pedang-pedang jari ngan suami mak bila suami mak tunjuk nak naik teksi dia tu. Sabo je la. Tapi ok ja naik teksi premier. Driver dia pun bole cakap omputih dan tersangat informative. Dia nampak educated dan sangat membantu kami pastu bagi idea macam mana caranya kami nak main snow esok. Dia jugak yang suggest kami pi National Village Museum tu dulu sebab dia cakap kalau pergi taman dulu nanti muzium tu dah tutup. Kami pun setuju dan tambang dia pun takdak la mahal mana sama macam harga tambang pi airport ja.
Nak masuk National Village Museum ni kena bayaq 10 Lei sorang. Memang best tempat ni sebab semua rumah tradisional dari setiap negeri kat romania ada kat situ. Semuanya menarik dan comel-comel. Bila tengok rumah depa ni pun rasa tenang ja. Kawasan dia tak besar mana tapi berbaloi la dengan harga 10 Lei tu. Kat situ ada kedai cenderahati tapi mak tak tau nak beli apa sebab semuanya mak tak berkenan. Mak bajet nak shoping kat Brasov ja esok. Lepas pusing-pusing amek gambar lebih kurang, kami pun ke Herastrau park. Taman tu betul-betul bersebelahan dengan National Village tu jalan kaki dalam 5 minit dah sampai.
|
Belum apa-apa dah mintak tolong orang amek kan gambar. Hehe. |
|
Amek gambarq ngan church ja la. Masjid takdak dalam ni. |
|
Driver teksi bagitau yang royal family ada singgah kat sini. Tu tengah skodeng mak ngan suami jalan-jalan la agaknya tu. Hihi |
|
Kesahnya mak teringin nak sambung master kat Europe pastu tinggal kat rumah macam ni kat laman tanam strawberry ngan bunga tulip. Haha |
|
Ayam ngan kucing kat sini memang gemuk-gemuk. Pantang nampak mesti nak kejar. Huhu. |
|
Sweet takkkk |
|
Ni lah depan dia. Tadi excited sangat nak masuk. Dah keluar baru nak amek gambar. |
Taman ni besar sangat dan kat tengah-tengah dia ada tasik yang cantik. Ramai jugak orang beriadah kat situ tapi kebanyakannya datang amek gambar cantik-cantik sebab tengah musim luruh kan so pokok-pokok yang berwarna warni tu sangatlah menarik perhatian. Maka bole terlupa pulak nak bawak balik daun dari Romania sebab bentuk daun dia kan tak sama macam daun pokok ketapang. Hehe. Mak tengok ramai ja yang kutip daun-daun yang cantik tu pastu cucun eh susun cantik-cantik pastu posing ngan daun tu. Rugi sangat rasa tak bawak balik daun tu. Terpaksalah mak datang Romania balik ni. Kih kih kih.
Dekat sejam jugak kami dating dalam taman tu sebab tempat dia besar kan, dekat-dekat nak gelap baru kami balik apartment walaupun masa tu ramai je lagi yang dok lepak-lepak kat taman tu. Balik tu kami jalan kaki ja sebab taknak habis kan duit kat teksi lagi. Lagipun jalan kaki pilihan paling best sebenarnya kat Romania sebab sepanjang perjalanan tu kita takkan jemu tengok bangunan-bangunan dan rumah dia yang unik dan menarik. Kebanyakan design rumah dia macam Bran Castle tu tapi in smaller scale. Ancient gila. Mak rasa bangga sebab keputusan mak untuk melancong ke Romania tu tepat dan menggembirakan walaupun siang tadi dah kena rompak. Hehe.
|
Masa ni dah menjengah petang suasana makin sejuk. |
|
Again. Need better camera. Kena menabung dari sekarang. Huhu |
|
Sweet lagi. Hehe. Anniversary trip. Biasalah tu. |
|
Nak balik ke hotel dah. Tak pernah jalan kaki sejam, rasa macam dah takdak dah tapak kaki tu. Rasa jalan atas tulang kaki. Hihi. |
|
Rumah pun dah macam castle. Best gila |
|
Dah mula la mak mengidam nak buat rumah macam ni pulak ni |
|
Ni hotel ka apa taktau tapi bangunan ni masih hidup. |
Esok kami ke Brasov. Nantikan entri mak yang seterusnya yang mana mak dan suami beronok-ronok main snow ngan dan lawatan ke Bran Castle juga gigantic cross on the peak of one of the mountain in Sinaia!
No comments:
Post a Comment