Back to Top

Short Trip : Floating Flower Market, Amsterdam ( Hari Terakhir)

Sob sob.. Kami nak balik dah hari ni. Kami tak sempat nak cover banyak tempat sebab expectation terhadap banyak benda tak kesampaian terutama sekali ngan takdak internet, susah untuk kami cari jalan ke kawasan tarikan pelancong. Tambah pulak ngan cuaca yang tak pernah tak sejuk, orang local yang bawak basikal laju-laju tak sempat nak tanya direction, jadi kami mampu cover dua tempat ja. Jadilah kan. Nanti-nanti kami datang lagi dengan baju yang lebih sesuai supaya kami boleh berhuhuhu sahaja bila menghadapi cuaca sejuk kat Amsterdam.

Hotel tu ada sediakan Bike Tour bawak guest konvoi basikal pergi tempat-tempat best tapi pukul 11 pagi tour tu.  Disebabkan lambat sangat, kami decide nak pergi sendiri ja ke Floating Flower Market tu. Dari hotel tu lintas jalan dan terus ja ikut lorong basikal tu. Lorong basikal tu akan terus menuju ke center. Kat situ la terletaknya bangunan yang antik-antik tu. Kagum sangat. Rasa nak makan ja bangunan tu. Hihi. Masa ni kami terpaksa tanya ramai orang macam mana nak pergi ke Floating Flower Market tu. Masa kat traffic lite tu, mak tanya ja sorang mamat ni macam mana nak pergi tempat tu. Diorang ni sangat baik dan very helpful. Dia suruh suami mak follow dia nanti dia bawak sampai ke market tu.

 

 

Disebabkan kami naik basikal berdua, suami mak tak mampu nak kejar mamat tu walaupun dia tunggu jugak kat certain simpang. Lama-lama mamat tu hilang terus sebab diorang ni bawak basikal laju-laju belaka. Siap kena loceng lagi ngan diorang sebab kami slow sangat. Huhu.  Sebenarnya kalau dah sampai center tu, setiap simpang tu hampir semua bole menuju ke Floating Flower Market tu. Pusing punya pusing akhirnya kami sampai ke Floating Flower Market tu. Market tu agak panjang jugak. Macam-macam yang dijual termasuklah benih bunga tulip. Mula-mula tu kami tengok macam jual bawang banyak-banyak tapi macam pelik ja bawang tu. Bila jumpa signage dia baru la kami tau macam tulah rupanya benih bunga tulip.

Walaupun tengah musim luruh, masih ada bunga tulip yang dijual kat beberapa buah kedai kat situ. Mak ni seumur hidup tak pernah tengok bunga tulip live. Kagum gila rasa nak dok kat kedai tu ja taknak balik. Murah pulak tu tapi apakan daya kami nak balik dah. Tak bole la nak bawak bunga naik flite pun. Geram gila tengok bunga ros giant tu. Nak mintak kat suami belikan sempena anniversary tapi pikir balik membazir ja. Jadi mak rembat bunga tulip kayu ja. Jadilah dari takdak langsung buat balik Malaysia. Huhu.

 

 

 

 

 

 

Kami singgah ke muzium keju sebab kami tak jumpa tempat lain nak beli cheese. Cheese kat sini agak mahal. Sama macam kakak kat kedai stroopwaffle tu, owner kedai tu tunjukkan kat kami keju yang bole dimakan ngan yang tak bole dimakan. Kalau nak beli keju pastikan rennet yang digunakan dalam keju tu bukan berasal dari binatang. Pilih keju yang guna rennet dari jenis microbe atau tumbuh-tumbuhan ja.  Kami tak dapat lama-lama kat market tu sebab tengah hari kami nak check out dah. Pukul 12.30 petang kami pun check out dari bilik dan tamatlah sudah percutian kami kat Romania ngan Amsterdam.

Banyak-banyak tu cuma replika je pun. Bukan keju betul. Huhu.

 

 

Depan Floating Flower Market. Agak panjang jugak market ni. Harga dia pun murah ja

Alkisah mamat ni masa tu kami tengah wefie. Tetiba kami nampak dia posing depan kami. Dia ingat kami nak amek gambar dia. Pastu dia macam kecewa dia ingat kami dah kenakan dia. Nak amek hati dia suami mak pun amek la gambar ngan dia. Haha.

Ni lagi sorang. Ntah pelako n ka model ka kami pun taktau main balun ja suh dia amek kan gambaq kami pasal dah tension sangat nak wefie. Dan-dan dia amek gambaq sendiri dulu. Huhu.
Ni la gambaq yang model tu amek. Haha

 

 

Sempat singgah bagi itik makan. Sebijik muka macam abah tengah bagi ayam makan. Haha.

 

 

 

Memang kami berhajat nak ke sana lagi kalau diizinkan lagipun Islam menggalakkan umatnya pergi mengembara lihat kebesaran ciptaan Tuhan. Tak perlu tunggu sampai dah jadi kaya pun untuk mengembara, cukup dengan niat yang baik insyaAllah, Allah akan permudahkan setiap urusan dan langkah kita di negara orang. Pengalaman dan ilmu yang kami dapat pertama kali menjejakkan kaki di negara orang ni bagi kami sangat hebat. Ada satu perasaan yang tak bole mak gambarkan. Tapi janganlah kita mencaci negara orang sebab belum tentu orang luar pandang Malaysia tu cantik. Semua tu terletak pada hati. Dari zaman mak study lagi lecturer pun suruh kami pergi keluar dari tempat sendiri. Tengok dunia luar. Mungkin inilah yang lecturer mak tu maksudkan. Bina sesuatu dalam diri bila kita berada kat tempat orang. 

Budak ni dok terselit kat celah-celah troli mak ralit tengok mak belek gambaq. Nak main ipad la tu. Huhu comel ja

Masa ni tengah malu-malu lagi. Dah bagi main ipad terus naik syeikh. Haha

Suh balik kat mak dia takmau. Amek gambaq dia satu dulu. Hihi.
Terima kasih kepada yang sudi baca setiap entri percutian mak ngan suami. Mak nak kongsi rasa supaya kawan-kawan yang lain pun pergi mengembara jugak selain nak titipkan memori percutian kami dalam blog mak ni. Tu ja. Hehe.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.