Back to Top

Review Choco Sweeties Crup Crup

Haa.. Comel dak nama dia. Crup crup na haiii.. Haha. Mak memang tak pernah makan chocolate campuq rice ngan cocoa crunch ni. Mak beli dari senior mak masa pergi alumni diner kelmarin, kak intan sapura aina binti mohd yusuff. Ha dah abes penuh la tu nama dia mak buh dalam blog. Senang nanti kotla ada stalker dia google nama kak intan ni, dan-dan dia direct pi kat blog mak kan? Haha.

Harga dia murah ja RM10 untuk flavor biasa iaitu milk choc atau strawberry, dan RM11 untuk kinder bueno atau kit kat. Mak perembat kesemua empat-empat flavor tu. Tamak kan lagipun duduk jauh bila lagi nak borong. Mak satu ja problem dengan coklat ni. Mak paling pantang dengan coklat yang grissy tu yang bila makan kat lelangit rasa melengas ja tu. Hoii la paling mak tak suka. Mak suka coklat hat cadbury dia smooth ja kan.

Bila perembat sampai 4 jar ni, tetiba la mak menyesal kot la coklat dia grissy kan. Tapi pergghhhhhh.. Haa..sambung lagi pergh tadi tu..erghhhh.. Sodap gilo choco sweetie ni. Mak dengan suami siap berebut-rebut makan. Haha.. Bukan tak bole makan sorang satu jar tapi bila makan berebut tu lagi best. Coklat dia memang menepati citaras mak, nak. Sangat smooth dan takdak la manis sangat. So nais ja gitchew. Dan-dan la kan suami mak tanya kalau pos berapa postage dia. Hamboi laa.. Suami mak memang gila coklat. Balik bulan depan kena borong lagi la nampaknya ni. Huhu

Kot la hangpa nak try rasa choco sweetie crup crup ni, whatsapp mak. Nanti mak habaq ngan kak intan tu noh. Lagi satu coklat ni kalau nak makan dia kena pi rendam dalam air panas dulu bagi coklat dia cair. Nampak macam leceh kan? Tapi berbaloi gila sampai tahap suami mak pesan jangan perabiskan dia nak pi gheja. Haha.

Opacity? Highly recommended!




No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.