Back to Top

Kasut Yang Sesuai Untuk Majlis Makan Malam Yang Gemilang

Gitcheww tajuk nyee.. Sabtu ni mak ada diner alumni kat uia. Cerita dia diner ni patut 7hb hari tu dah tamat segala cerita tapi nak dijadikan cerita, diner ni postpone, nak. Postpone sehari selepas suami mak confirm kan tiket flite, nak. Apa nak buat kan dah terconfirm. Minggu lepas la pun kitorang adjust balik tiket tu. Dah sama harga macam tiket balik raya, nak. Tambah segala denda sebab tukar tarikh.

Sebenaqnya, mak memang tak prepare apa langsung untuk diner ni. Tau dah tema depa purple silver tapi pasal mak tak prepare apa-apa, takdak beli baju untuk diner ka apa ka, pasal balik hari tu dah rembat bella ammara sehelai (preloved, nak), mak jadi takdak duit dh, mak ingat mak nak pakai jubah all time favorite mak tu yang dah tentu-tentu jubah princess cut mak tu. Baju, done! Tudung? Ah! Shawl pengantin mak ada! Jerit kuat-kuat kan nak bagi yakin diri sikit. Haha.

Kasut? Beg? Mak ingat nak kendong beg charles keith mak yang sweet tu ja pasal dia ada meghelap meghelip sikit kan. Hat kasut ni yang mak tak berapa nak paham sangat. Mak always like black when it comes to shoes. Jadi mak ada pump vincci kaler hitam dengan wedges nose kaler hitam ja. Ada lagi la wedges lagi satu kaler krim dan boot..dan err.. Mak takdak banyak kasut pun. Haha. Jadi.. Agak-agak, mana satu kasut mak yang paling sesuai untuk jubah princess cut mak tu?



Hashtag
#Edisi dress up dinner paling jimat
#Menuju wanita sebenaq

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.