Back to Top

Penerbangan Pertama Rayani Air Ke Kuching

Sementara tunggu flight berlepas ni, dah boleh la kot taip review untuk rayani air. Haha.. Sekarang ni mak tengah dalam cabin la ni dok tunggu dari tadi tak jugak2 take off. Patut fly pukul 3 tapi la ni dah pukul 5 kami semua dah nak mereput dalam cabin. Haha.. Untuk pengetahuan korang, 1 Februari 2016 merupakan penerbangan rayani air yang pertama ke kuching. Mak tak tau pun. Kebetulan nak balik kuching tengok rayani air ada flight ke kuching hari mak nak balik tu lepas tu tengok harga dia pun murah ja. Alang-alang tak pernah naik, bole la try rasa sekali kot. Disebabkan ini penerbangan yang pertama, Owner rayani air, Mr. Ravi ikut fly sekali ngan kitorang.

Takdak la mak nak review yang negatif pun pasal rayani air ni. Lawak lagi ada la depa ni. Tambahan lagi flight attendant depa tu dok bahan kawan dia dari tadi tak habis-habis. Memandangkan ini penerbangan yang pertama mereka ke Kuching, jadi mak maafkan ja la. Lebih-lebih lagi dah terbau kari dari tadi dan-dan la mak tau dah menu apa diorang nak serve satgi. Fly ngan owner kan! Haha. Bagi yang memang kena flight on schedule, buat sementara ni rayani air bukanlah pilihan yang tepat. Lagipun mak yakin diorang masih dalam improvement nak adjust sana sini. Jadi untuk mereka yang tak suka buang masa nak melayan delay berjam-jam menunggu sampai jadi bengong kat airport, silalah naik air asia yang dah macam shuttle bus tu setiap setengah jam penerbangan depa. Baru sampai dah terbang balik. Haha scary aih.

Rayani air ni depa pakai pesawat lama MAS. Masuk-masuk ja dah bau dah dia punya MAS tu pasal kat business class tu dia memang ada bau sikit. Bau macam taik cicak dah kering. Bau macam bilik lama dah tak service la cenggitu. Seat depa pun colorful gila. Mak rasa macam masuk set penggambaran bajrangi bhaijan ja. Huhu. Mak dapar seat belakang sekali. Flite attendant punya ramai dan sangat-sangatlah peramah. Takyah dok risau kalau hangpa dok kalut tak tau lagu mana nak sumbat in flite cabin luggage hangpa tu kat comparment atas. Confirm abang-abang FA yang hensem-hensem tu dengan sopan dan jujur eloq perangai depa akan bantu angkat luggage hangpa. Kalau naik air asia hang toksah nak expect la dilayan macam tu. Sebab tu la nak masuk punya lama beratuq kat luar pasal nak tunggu passanger masukkan luggage dalam compartment sebelum duduk.

FA depa ni seriously baru gila dan muka masing-masing sangat enthusiastic kalau orang putih kata. Mungkin depa ni pun belum pernah fly ke kuching secara peribadi mahupun atas dasar kerja nak lagi ni penerbangan pertama rayani ke kuching, FA ramai-ramai tu yang kebetulan duduk back seat mak ni sangatlah banyak mulut depa. Excited sangatlah tu gamaknya atau pun nak bagi suasana haru biru supaya passanger rasa selesa dalam cabin tu. Kot la kan mak andaikan ja. Haha. Start masuk ja cabin tu tersangatlah banyak announcement itu ini rajin sungguhla FA tu pesan itu ini. Belum terbang pun dah tunjuk demo keselamatan. Hat tu kawan FA depa kat belakang dok usik-usik gelak-gelakkan kawan yang tengah buat demo tu. Mak pun sampai tergelak tengok perangai lawak diorang tu. Tiba-tiba FA announce nak berlepas dah tapi mak tengok ikut tingkap kat luaq ada ramai engineer tengah dok bincang dengan tong nitrogen tu pun diorang tak alihkan lagi. FA dah siap halau on ground staff kat bawah. Punya tak sabaq nak berlepas. Huhu.. Oh lupa pulak mak nak bagitau masa mak menaip part ni mak tengah menunggu kat waiting room pasal dah kena halau keluaq lepas sejam bersauna dalam cabin. Haha. Ada masalah teknikal katanya jadi passanger semua diminta keluaq.

Takpa lah mak sabaq ja pasal mak rasa badan mak pun ok sebab mak kadang-kadang ada isu naik flite ni. Badan selalu jadi lesu dan malas dan tak bersemangat. Kami pun minum di dunkin donut dulu sebab itu ja yang paling dekat dengan gate tu. Dekat pukul 7 baru la kami dipanggil masuk. Time ni masa nak masuk tu takdak pulak depa nak cek boarding pass. Main sila-sila macam tu ja. Masuk ja dalam cabin mak pun terlelap sebab penat menunggu lama sangat kat lua. Seat kat gate tu bukan bole lean back pun. Mak sedaq dah pukul 7.30 tapi masih belum berlepas lagi. Mak tengok kat luaq masih ramai engineer dok berkampung kat luaq. Tiba-tiba abang yang dok main sila-sila suh masuk kat gate tadi mintak passanger tunjuk boarding pass masing-masing. Nak double check pulak dah. Tu la tadi dok main sila-sila sangat. Bahaya jugak buat perangai sila-sila tak bertempat ni satgi masuk budak ISIS bawak bom tak ke naya. Abes la buku mak kena bom. Penat ja dok angkut dari Big Bad Wolf. Hehe.

Tepat pukul 8.15 baru la FA announce nak terbang dan FA siap baca doa naik kenderaan lagi. Tepat pukul 8.30 baru la selamat take off. Pilot dia toksah dok habaq la memang power gila. Tak rasa langsung masa take off tu tau-tau dah ada kat udara ja. Selalu kalau naik air asia mak rasa pening-pening dan kecut perut bila take off. Landing dia pun sangat la smooth. Mak confirm ni mesti dia hired pilot MAS ni. Kalau naik air asia tak sah kalau tak bouncing bila mendarat. Naik MAS ja yang rasa best macam tu. Masa pesawat nak parking tu, kami disambut dengan tembakan meriam air. Water salutation depa kata. Bila keluaq dari pesawat kami disambut dengan kompang dan dikalung dengan rantai manik sarawak oleh penari kebudayaan sarawak. Rantai manik tu kalau nak beli RM5 jugak harga dia sehelai. Huhu..Kemudian kami disambut oleh deretan VVIP termasuk MR.Ravi dan media sepanjang jalan. Glamer la mak kejap tapi tak tau ada gambaq mak keluaq berita ka dak. Haha. Ahh.. Itu tak penting. Yang penting selamat sampai kuching. Mak nak habaq, delay takpa la tapi jangan cancel flite sudahla. Huhu. Buat masa ni mak takkan naik rayani air kot. Nanti tunggu la dah setahun ka baru mak naik balik.

Siap mention nama FA yang buat demo. Yang ni Aizat nama dia. Muka dah macam smallville. Haha


Budak ni kejap dituduh menangis kejap dituduh ketawa mengekek-ngekek oleh abang-abang dan akak-akak FA kat belakang tu. Rupanya dia panas. Mak dia pujuk takmau. Bila akak FA pujuk terus senyum-senyum. Gatal.


Ingatkan nak bagi nasik beriyani. Capati pun ok. Sekali kari tu untuk VVIP ja. Ek eleh. Tapi mana-mana penerbangan depa pun depa akan bagi snack pack ni.


Water salutation


Harga tiket kuching-kl RM66 free luggage 20kg plus snacks pukui 9.50PM hang nak expect apa oii.. Bincangkan Haha.



No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.