Back to Top

Sakit Kepala Sampai Tak Boleh Nak Tidur? Apa Nak Buat? Nah! Khasiat Selawat Syifa

Jam dah dekat nak pukul satu pagi ni tapi mata tak boleh nak lelap sebab sakit kepala datang menyengat. Ni kalau setakat pening ni elok je boleh lelap mata silap ri bulan bangun esok pagi kepala rasa ringan. Tapi kalau sakit kepala datang abes la.. Boleh bawak bergurau lagi dengan suami tapi bila nak bawak tido.. Failed. Susah hoi nak lelap mata ni tanggung sakit kepala berdenyut.

Aku dok guling kiri kanan kesian kat suami nak lelap pun susah. Sampai aku kata kat suami rasa macam nak telan panadol dah ni dia punya rasa tak bole nak tanggung tu. Aku suruh suami tido dulu aku nak pikir nak buat apa nak bagi hilang sakit kepala ni. Tetiba aku teringat nak baca selawat syifa. Amazingly.. Bila aku start baca.. Sakit kepala yang berdenyut tadi beransur hilang. Nikmat sungguh la bila sihat. Betul-betul nikmat bila dah tak sakit kepala.

Subhanallah.. Sungguh aku terlupa dengan amalan-amalan macam ni. Tadi kepala ingat nak telan panadol la, minum air panas la nak bagi hilang sakit ni tapi aku lupa langsung selawat syifa tu lah penawar yang terbaik. Kawan-kawan, janganlah kita dok bergantung kat ubat-ubat yang terang-terang yahudi punya agenda. Beramal lah kita dengan ayat al-quran dan selawat keatas Rasul kita. Terbukti dah ni dan buat aku insaf. Apa-apa jadi sakit ke, kena musibah ke, balik la kita pada Pencipta kita. Pesanan untuk diri sendiri jugak..


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.