Back to Top

Konvo Dan Bercuti Di Melaka: Part II

Selepas selesai majlis konvo dan berlaku sedikit percakaran, kami beronok-ronok ke Melaka. Kami tinggal di homestay Alor Gajah. Sangatlah murah dan lengkap peralatan dalam rumah tu. Semua ada tersedia. Bayaran dia cuma RM150 aje satu malam. 

Angkara menonton program Dapur Panas, aku pun dapat idea nak menggunakan duit suami mengikut kehendak hati aku. Masa tu Dapur Panas shooting kat A Famosa Animal World Safari. Sikit punya best aku tengok tempat dia dalam tv masa tu. Start dah la aku merengek kat suami lalu menghasut adik beradik ipar supaya kami melepak-lepak di sana sahaja. Berjaya! Kami ke Animal World Safari hari ahad tu.

Masuk aje kami lepas setel kat kaunter, kami dipaksa bergambar dengan gajah. Hidup tau gajah tu bukan patung. Tak tau pulak gajah kat belakang tu pandai posing fumakilla. Haha

Pandai gajah ni bawak najis sendiri



































No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.