Back to Top

Jiranku Hantu

Ini kisah benar. Benar sebenar benarnya.

Kami tinggal di kuarters kerajaan. Unit atas rumah kami dahulunya didiami oleh sebuah keluarga sebelum mereka berpindah ke luar akhirnya. Ada dalam sebulan lebih dah keluarga ustaz tu berpindah. Semasa mereka masih tinggal dirumah itu, isteri kepada ustaz tu selalu tumbuk cili guna lesung batu. Apa yang ajaib sangat kalau kakak tu rajin tumbuk cili guna lesung batu kan? Ada ajaib dia. Timing kakak tu tumbuk cili sama aje. Kalau waktu-waktu tu dengar ada orang kat atas tu tumbuk cili, tak lain tak bukan mesti kerja kakak tu. 

Selalu nya waktu tengah hari aku dengar dia menumbuk cili. Biasa la kan dah tengah hari nak masak untuk makan tengah hari. Waktu petang pulak biasanya pukul 6.30 dengar kakak tu menumbuk cili. Bulan puasa pun dia tetap dengan rutin dia menumbuk cili walaupun masa tu orang tengah sibuk berbuka puasa. Tapi bunyi tumbukan dia kedengaran agak aneh. Ada macam bunyi batu belah batu bertangkup lesung batu nak tebelah dua. Sabar kak. Syurga itu dibawah telapak kaki suami. Haha

Pada suatu hari suami bagitau bahawa ustaz tu sekeluarga dah nak berpindah yang mana sebelum ni ada lagi sebuah keluarga berpindah keluar juga dari kuarters tersebut. Sampailah masanya, ustaz dan keluarga pun berpindah dan menetap di luar yang lebih bebas dan boleh beli cucur pusuk sepuas hati. Cerita pun bermula sementelah keluarga tersebut berpindah. Jeng jeng jong.. Lebih kurang 2 3 hari selepas ustaz tu berpindah keluar, aku terdengar bunyi orang tumbuk cili kat siling rumah. Maksud dia bunyi tu datang dari bekas rumah ustaz tu la. Timing dia sama pulak macam masa kakak tu masih tinggal di rumah tu. Bila tengah hari dan masuk waktu senja akan kedengaran bunyi orang tumbuk cili. 

Mungkin kakak tu balik kot masak tengah hari. Aku masih bersangka baik tanpa memikir kan perkara logik. Tak kan la kakak tu tak angkut sekali lesung batu kesayangan dia dengan dapur masa berpindah dulu. Tak mungkin jugak kakak tu bole masuk dalam rumah tu kalah kunci sudah dipulangkan. Kejadian itu rupa-rupanya disedari oleh suami. Mungkin ada orang berpindah masuk ke rumah itu jebak suami. Kami masih bersangka baik.

Pada suatu malam ketika kami pulang dari bermain ping pong, alangkah tertanjatnya kami bila mendapati rumah tersebut gelap. Rumah di tingkat 4 pula bercahaya. Rumah di tingkat paling atas itu didiami oleh budak-budak bujang anak pensyarah disini. Dah tentu la bukan mereka yang rajin sangat nak tumbuk cili pagi petang. Namun kami masih bersangka baik. Mungkin orangnya keluar masa kami sampai rumah ketika itu.

Namun kami mendapati hal yang sama setiap kali pulang dari bermain ping pong. Bukanlah lewat sangat kami sampai ke rumah. Lebih kurang pukul 10 malam kami dah sampai di rumah dan setiap kali jugak rumah itu kelihatan gelap seperti tiada prnghuni. Kami perhatikan pula kawasan parking di situ. Mana tau ada kereta aneh yang tak pernah dilihat. Jikalau ada kereta aneh, bermakna ada orang baru yang berpindah masuk. Tapi tiada kelihatan kereta aneh. Kami pulak yang aneh-aneh malam tersebut.

Semenjak dari peristiwa itu maka kami beranggapan yang rumah itu sudah dihuni hantu. Seringkali jugak kami terdengar bunyi guli bergolek di siling rumah kami. Kami pasrah. Mungkin itulah sebabnya ustaz itu berpindah keluar. Tiada apa yang mampu kami lakukan selain berusaha memagar diri dengan zikir dan selawat. Ternyata bunyi orang menumbuk cili itu bukanlah datangnya dari kakak itu tetapi dari kak pon. Sungguhpun kami mempunyai jiran kak pon yang rajin menumbuk cili, harapan kami supaya kak pon tidak mengganggu kehidupan kami apatah lagi menyusahkan urusan kami. Tumbuklah cili tu kak pon kalau itu bole buat kak pon bahagia.

Adalah didapati kak pon itu kesunyian dan mungkin sedikit gersang. Kelihatan kak pon dok intai-intai anak bujang di tingkat atas tu melalui balkoni rumah tersebut. Haha yang ini tipu.




1 comment:

  1. Kalau dgr macam tu.. Ada jin dirumah kita. Bukan di Rumah atas. Azan 4coenjru Rumah Dan Perintah kan dgn tegas utk jin tu keluar Rumah. Azan magrib malam Jumaat.

    ReplyDelete

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.