Back to Top

Dating Sempena Anniversary Kedua Kami

Hadiah dah dapat, kali ni kami lunch date di Secret Recipe. Frankly, ni memang first time aku makan kat tempat ni. Sebelum ni selalu dropped beli kek je. Tu pun dah lama jugak dah tak mengidam marble ngan new york cheese dia. Muak dah kot. Hehe

Niat kat hati nak makan western tapi maklumlah kami bukan food hunter jadi tak tau tempat restoran western yang halal dan best kat kuching ni. Jadi jalan paling selamat ialah dengan pegi makan dekat secret recipe. Dah tentu halal dan sedap. Sedap tu subjektif sebenarnya. Objektif paling utama ialah makan western di tempat makan yang menarik untuk bergambar. Biasa la tu kan? Hehe.

Masa kami keluar dating petang semalam hujan tersangatlah lebat. Jadi kami memilih minuman yang panas bagi menghilangkan kesejukan. Sementara tunggu makanan kami siap, kami pun bergambar sakan which is jarang sangat-sangatlah kami buat kalau dekat public. Hehe

Sweet tak? Hehe

Sayang

Suami taknak western

First trial. Bole la

Setel lunch date, kami ke City One meneruskan aktiviti dating kami. Lama dah tak dating ni. Keluar tu memang selalu tapi asal keluar mesti pergi pasar. Naik tension aku asyik beli ikan ayam je. Tak bole ke ayam ikan tu auto-refill dalam fridge aku yang tak berapa tu? Haha. Sebabkan dah lama sangat jugak tak tengok wayang, kami plan nak tengok interstellar semalam. Tiket dah booking semua kami pun berlenggang ke panggung. Cerita dia best? Aku tak minat outerspace. Tu je. Hehe

Selamat 3 jam kami habiskan movie tu sampai rasa nak ajak suami balik awal pun ada. Lama betul nak habiskan movie yang susah nak paham tu. Suami aku lagi tak tahan. Aku ingat aku dah habis teruk rasa nak burn tiket je ajak suami balik awal. Suami lagi dasat plan dia. Nak ajak masuk hall lain tengok movie lain. Haha. Aku pun tak penah terpikir tu kalau dah bagi tiket tu sukati je la nak masuk hall mana. Korang pernah buat macam tu ke?

Setel movie, kami teruskan dengan projek 8facebook kami. Contest ni hadiah dia RM700 tau. Aku dah berangan ini kalau menang aku nak beli Habib. Haha. Kami pun ke Popular cari buku sebab syarat dia amek gambar dengan cover buku. Tak sangka pulak aku suami sangat sporting rupa nya. Dia tak suka selfie jadi aku ingat dia tak suka la trend semasa tapi aku silap. Sayang suamiku. Muah2!!

Fotografer amatur

Kami akhiri malam kami dengan menemani suami ke Kampung Lintang untuk bermain ping pong. Hehe. Pengakhiran yang paling sweet.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.