Back to Top

Hari-hari Terakhir Sebagai PSH

3 Disember

Tarikh terakhir aku bekerja sebagai pembantu klinik politeknik kuching sarawak. Sembilan bulan kerja kat sini membantu seorang Pembantu Perubatan yang bergaya rockers tapi baik hati banyak menambahkan pengalaman hidup aku. Mewarna warni kan lagi perjalanan hidup aku. Kadang hari ni kaler oren. Esok kelabu. Lusa mungkin merah bata. Gitchew

Aku mesti rindu kat Puan Rabiah nanti, kat kakak cleaner, kakak kadariah dan margrett, encik-encik penyelia dan driver-driver yang baik hati dan banyak membantu. Macam-macam perasaan dan emosi aku lalu masa kerja kat klinik. Tapi perasaan wajib yang aku perasan tiap-tiap hari dia ada mestilah balik umah tengah ari masa break aku nak cebum depan tv. Haha. Heaven.

Terima kasih kat pihak yang bantu dan pilih aku untuk isi jawatan ni. Terima kasih banyak-banyak. Tetiba aku rasa sad. Sebak. Kbai.




No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.