Back to Top

Simetri

Mesti korang dah tau bahawasanya anggota fizikal kita ni tidaklah sesimetri seperti yang diperasani. Tidaklah sempurna seperti yang dikagumi. Ketidaksimetrian yang paling ketara adalah mata, buah dada dan kaki. Macam aku mata sebelah kiri aku sepet sikit dari sebelah kanan. Cara nak cover tak simetri tu kadang-kadang aku ketawa besar pun kena cover iaitu dengan cara menyepetkan mata sebelah kanan supaya kelihatan seimbang. Haha

Kalau kaki pulak, kaki sebelah kiri aku yang lebih besar pulak. Kaki kanan kecik. Akibatnya? Kasut sebelah kiri cepat koyak kalau nak banding dengan kasut sebelah kanan. Choii..Pakai gak even dah nampak jari terkeluar. Haha

Kepala? Kepala korang simetri tak? Kepala aku tak simetri pendek kata senget. Tidak usah nak ketawa nak kata kepala aku senget. Ingat lawak? Kepala korang pun senget jugak. Kalau nak tau kepala korang tu senget ke tak, pergi amek gambar pasport kat kedai gambar. Nanti tukang amek gambar tu tolong betulkan kepala korang kena senget belah mana. Haha

Aku dah perasan perkara ni dari form 5 lagi. Cina tu suruh aku senget kepala sebelah kanan, dan pusing belah kanan sikit. Rupa-rupanya selama ni aku jalan ngan kepala senget cuma tak nampak la teleng dia. Hahahaha..Sekarang bila amek gambar pasport ke aku dah tau dah nak setting kepala belah mana. Haha..Kalau amek gambar kawen tu haruslah meneleng kepala kerana kepala yang teleng melambangkan kemanjaan dan geram-geram. Hahahaha

Macam bodo je entri ni. Hahaha

Teleng macam ni takpe. Haha

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.