Back to Top

Ok Fine..Sabun The Body Shop Ku Masuk Lubang Mandi

Aku memang tak pernah beli sabun mahal-mahal buta setakat nak buat mandi setengah jam lepas tu dah hilang bau dia. Aku cerita ni sabun buku bukan shower gel. Kalau shower gel pun tak adalah sampai berpuluh-puluh ringgit harga dia.

Terjadinya cerita yang akhirnya membawa kepada kesah duka ini bermula semasa di airport waktu menunggu gate di bukak. Tak pasal pulak kat sebelah gate tu ada kedai The Body Shop kan. Aku pun gatal la tarik tangan suami ajak tengok-tengok barang yang lebih kepada nak try tester. Haha..Ala biasa la tu. Macam korang tak pernah buat. Huhu

Tiba-tiba suami berkenan dengan sabun buku dia dan terus bayar RM10 harga dia. Aku ni berkira gak sebab tak semua aku value contohnya sabun tu. Sabun buku je pun harga sampai RM10. Huhu..Tapi bila pakai na haiii bau dia. Rasa nak cokot-cokot aje. Suami pilih mango. Sungguh tersangat amat wangi okehhh..

Semalam yang sadis tu aku bole terlepas sabun tu dari tangan lalu sabun itu meluncur laju ke lubang air tu dan terus menghilangkan diri. Aku menjerit! Menyesali diri yang lupa nak tutup lubang tu dengan lead dia lepas bersihkan bilik mandi. Owhhh..Sabunku yang baru 2 3 kali pakai dan amat disayangi. Berbahagialah dikau di sana..Sob3

Sekadar gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.