Back to Top

Tau Itu Bagus Kerana Tau Itu Takpe


Oral B memang favorite aku dari dulu pasal menepati kehendak gusi aku dan murah plak. Keras sangat pun tak, malah lembut juga pun tak. Sedang-sedang elok.

Selama ni aku gemar guna Oral B model apa pun xtau tapi harga dia RM2.50. Aku memang suka sental bila gosok gigi sampai gusi berdarah. Baru la rasa betul-betul bersih. Jadi bila layan sental guna Oral B ni sangatlah best.

Dah makan tahun aku guna Oral B yg sama. Tiba-tiba ri tu masa shoping ngan  suami kt emart, dia suruh aku amek kn berus gigi. Aku pun bila nampak jenama Oral B terus aje amek. Dah seminggu terperuk dalam almari, baru tadi aku guna.

Bila aku tengok packing dia "Alamak..extra soft la" confirm x syok bila sental. Mesti gigi rasa x bersih sangat. Tapi bila guna tadi aku rasa fuyohh..xyah sental kuat pun gigi dah rasa bersih. Siap rasa ada yg masuk kt celah-celah gigi. Nampak sgt aku dah makin tua. Haha

Kemudian aku terus rasa kagum lah ngan model yg ni dan rasa sayang sgt bila tengok dia lama-lama. Haha..x sangka dalam lembut ada kasarnya juga. Gusi pun x berdarah. Bagus la kalau nak elak daripada mulut berbau. Sekarang aku dah ada kesayangan baru. Keh3..

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.