Back to Top

Extra Care For Your Aidijuma!

Tajuk dia pun dah menunjukkan tetiba dia punya angau kat AJ dah sampai. Mana taknya dalam sebulan lebih tetiba aku dah ada sampai 10 keping AJ? Tudung kanggaroo aku tu nak dapat 5 keping pun makan masa setahun? Ada unsur penipuan sikit la kat situ kan.. Hehe

Sayang aku kat AJ ni sama la macam sayang aku kat Miyu dan anak-anak dia. Jadi bagi melahirkan rasa sayang yang tidak terbelah terbelit kat tudung jenama AJ ni, aku akhirnya telah berikrar nak basuh diorang semua ni guna tangan. Ikrar yang paling sukar diangkat bagi seorang wanita bekerjaya macam aku ni. Balik kerja sumbat baju dalam mesin basuh terus putar sampai baju tu tercampak keluar. Dia punya nak cerita ganas tak ganas perangai mesin basuh kat umah aku tu.

Jadi nye mesin basuh yang ganas tu haruslah dijauhkan dari tudung-tudung AJ kesayanganku tak kira la yang white label mahupun black label. Kalau cuci guna mesin basuh nanti rosak diorang semua tu. Di kemudian hari diorang tak mahu lagi bekerjasama dengan muka aku. Susah nak di adjust sana sini.

Tu je nak bagitau. Bye!

Sebok dok kira tudung aku la tu. Haha

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.