Kami selalu keluar dating. Sebab dia humble, dia bawak aku naik motor kapcai aje setiap kali kami dating. Kami tak pernah pegang tangan masa jalan. Amek gambar sama-sama pun tak pernah. Tak kira la wefie ke atau kotolongfiekanuntukaku. Tak pernah. Tapi kami tetap bahagia.
Aku ni pemalu sangat ngan dia. Maklumlah. Aku ni tak cantik. Dia hensem kot. Aku tak penah mintak apa-apa kat dia. Kalau mesej, selalunya dia yang akan mesej aku dulu. Kalau tak, aku takkan mesej dia tanya awak, awak kat mane? Sebab aku tak cantik macam rakan artis perempuan dia. Jadi, kenapa nak demand lebih kan?
Ada sebab jugak kenapa aku tak mesej dia dulu. Masa mula-mula couple, aku tak paham kenapa dia spend masa dengan aku time weekend je. Bila hari isnin sampai jumaat dia hilang. Jadi aku pun mesej dia tanya kenapa dia tiba-tiba tak mesej aku pastu tak datang rumah aku sebab dia rajin datang rumah aku.
Tiba-tiba dia reply bagitau dia ada shooting drama tajuk dia "Aku bla bla bla Jaga" aku tak ingat sangat tajuk drama dia masa tu. On astro. Ya on astro drama tu. Tiba-tiba aku ter call dia pastu aku dengar suara dia menggelabah pastu dengar suara krew la kot mintak dia whatsapp aje. Gitu la. Aku dengar pun rasa bahagia. Shaheizy Sam tu setia orangnya.
Walaupun aku couple dengan Shaheizy Sam, tapi takde sorang pun family members aku yang tau. Aku ingat aku nak bagitau kat kakak aku dulu sebab dia mesti jeles punya. Dia anak dah dua. Haha. Masa tu dia tengah lipat baju. Aku rasa bersalah pulak sebab aku yang patut lipat baju tu tapi disebabkan aku keluar dating dengan Shaheizy Sam, kakak aku pulak yang lipatkan baju tu.
Aku pun baring sebelah kakak aku yang tengah lipat baju tu. Letak lengan atas kepala. Dengan berat sekali aku tanya kakak aku nak ke dia tau aku couple dengan siapa sekarang ni. Aku memang tau akibat dia kalau family aku dah tau aku couple dengan Shaheizy Sam. Sebok la nanti mak aku nak renovate rumah bagai bila dia dapat tau bakal menantu dia pelakon filem kan.
Kakak aku pun respon tanya siapa pakwe aku tu. Aku pun jawab la Shaheizy Sam. Lepas tu aku dah tak ingat dah jalan cerita dia sebab aku tiba-tiba tersedar. Dah nak azan asar rupanya. Kah3. Aku rasa mimpi tu tak sampai lima minit tapi dah bole cover makan bulan punya cerita. Haha
Berapi je suami aku baca entry ni nanti. Ape la suami ada depan mata, lelaki cukur kening tu jugak yang tersadai dalam mimpi aku. Puihhh! Sanggup tak tido petang dah lepas ni. Haha. Sekian..
No comments:
Post a Comment