Back to Top

Allah..

Tadi masa aku tengah belek-belek fb, tetiba ada satu post ni tag gambar seseorang tapi caption dia paling mengejutkan. Bila aku baca nama tu terus aku recall bahawa nama tersebut milik seorang makwe yang dah belanja kawan aku pisang goreng masa sama-sama naik bas nak balik Muadzam zaman study kat u dulu. Sebab cerita kawan aku tu jugak lah yang jadi punca aku add makwe tu kat fb.

Apa yang mengejutkan, caption dia bagitau yang makwe tu dah pun meninggal dunia setahun lalu.Tak manis pulak aku bahasa kan diri arwah sebagai makwe sebab beliau seorang mujahadah. Punca dia tak pasti pulak tapi rasanya meninggal dunia masa lahirkan anak. Allah.. Syurga tempatnya. Lepas aku dapat tau tu, rasa terkejut sangat. Kawan aku tu dah tau ke? Perlu ke kawan aku tu tau pasal makwe yang belanja dia pisang goreng dulu sampai post entry kat blog dia? Perlu ke aku bagitau dia?

Aku rasa tak perlu la kot sebab macam tak ada kaitan pun dah ngan life kami sekarang. Nanti jadi fitnah pulak. Cuma penemuan gambar tu sekurang-kurangnya buat aku sedar dari terleka yang maut tu sentiasa mengejar kita tak kira berapa pun usia kita. Untuk arwah yang sangat disayangi sahabat-sahabat beliau tu pasal aku tengok banyak yang post kat wall dia semua ingat tarikh pemergian dia, aku kirimkan alfatihah buat dia disyurga. Alfatihah.

No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.