Throwback sempena anniversary kami yang kedua Disember nanti. Tiba-tiba masa aku masak kat dapur aku tu terfikir, dah kenapa pulak la masa bercinta dulu aku nak malu-malu bila suami ada bersama. Aku aje ke yang buat perangai macam tu atau korang jugak ada perasaan yang sama? Aku jadi macam.. Bodo nye la aku dulu menyusahkan hidup nak kena malu-malu hidup semua jadi serba tak kena lagi-lagi bila suami renung aku masa bercinta dulu. Silap haribulan jalan bole sampai terlanggar tiang pasal tak keruan dan malu yang ntah apa-apa.
Aku bagi contoh kejadian segan-segan dengan suami tu masa Kem Exco dulu sebab kami sama-sama satu persatuan cuma masa tu suami dah jadi mantan. Setiap kali bila suami ada mesti aku jadi malu-malu, segan-segan hidup jadi tak aman bahagia. Menyusahkan betul bila nak jalan depan dia pun aku rasa nak terkepit-kepit. Belum lagi nak control cun segala. Haha.. Hoi!! Aku tak bole langsung nak jadi diri sendiri bila aje suami ada kat situ. Tetiba jadi sopan nauzubillah yang kalau bila suami tak ada aku selalu ketawa tertonggeng-tonggeng dengan kawan baik. Ape ni?
Ape yang buat aku tak puas hati bila dah kawen tak ada pulak malu-malu tu dah. Ko paham tak macam mana aku dah bazirkan masa aku nak malu-malu dan tak dapat nak buat apa yang aku nak buat sebab suami aku ada kat situ? Sekarang kenapa dah tak ada segan tu lagi kentut ngan duduk pun sepah-sepah? Perangai apakah ini? Kongsi kalau korang pun ada perangai tak semonggah (bak kata orang nismilan) macam gini dengan pakwe korang.
P/S: Makin bengang bila aku tanya suami dia segan tak dengan aku masa bercinta dulu dan dia jawab tak. Memang aku ni ada syndrome pemalu tak bertempat agaknya.
sorry menyelit disini wang tunai menanti anda, jemput join segmen saya
ReplyDeleteinvited!wow..thank u :)
Delete