Back to Top

Telur Masin Disangka Telur Tiruan

Tekak ni teringin sangat rasa nak makan gulai telur itik campur pucuk ubi kayu. Pergghh.. Tengah taip entry ni pun bole rasa kebulur balik. Maklumlah emak tersayang jauh di mata. Nak makan apa kena usaha sendiri la kan. Nasib badan duduk oversea beginilah.

Jadinye semalam aku pesan kat suami belikan telur itik 3 biji. Maklumlah first time nak masak gulai telur itik ni. Bukan hal main-main. Aku pesan kat suami dan perturunkan ilmu sikit-sikit macam mana nak pilih telur itik yang bagus dan berkualititas. Suami pun belikan telur itik sebanyak 3 biji. 

Gembira dihati bukan kepalang. Dalam kepala dah terbayang gulai telur itik yang mak aku masak. Tadilah pun baru nak masak gulai telur itik tu kan. Suami aku comel macam biasa mintak aku pecahkan telur itik tu sebelum dia nak mandi pergi masjid. Tak pernah tengok katanya.

Lantas aku tu terus cuci telur itik tu sebijik nak buat demo dan pecahkan dalam mangkuk. Tiba-tiba aku pelik tengok kuning telur dia bulat dan keras dah macam bola ping pong. Merah macam mata jembalang tanah pulak tu. Aku pecahkan sebijik lagi. Sama dan serupa. Pecahkan lagi telur terakhir. Tiada bezanya.Terus aje aku rasa was-was sebab sepanjang hidup aku sampai ri ni, tak pernah lagi aku tengok telur itik macam tu.

Aku terus claimed itu telur itik tiruan pasal tiba-tiba kepala aku flashback berita dalam surat khabar pasal telur ayam tiruan tu. Suami tak dapat terima kenyataan lalu menyuruh aku call mak aku mintak pencerahan. Aku pun dengan patuhnya call mak aku bertanyakan hal terbabit. Mak aku pulak nak seram-seramkan aku bagi contoh ngeri-ngeri kat palong ada pakcik buta matanya pasal makan ikan haruan berkelip matanya. Aku tak bayangkan pakcik tu tapi aku bayangkan ikan haruan mata berkelip tu. Mesti comel.

Pencerahan telah didapati dan aku pun telah merasa yakin, lalu aku pun buang telur-telur tu dalam sinki. Haha.. Lalu menu tengah ari tadi bertukar kepada gulai telur ayam. Nak jugak gulai telur. Tiba-tiba suami yang baru bersiap ke masjid menjelaskan kejadian yang berlaku semasa beliau membeli telur itik tu semalam. Aku pun menanti penuh debaran.

Suami tanya kat tokey kedai ini telur masin ke. Tokey kedai tu jawab ya. Suami tanya lagi ni telur itik ke? Tokey jawab yang sama. Mungkin suami keliru sebab selalu telur masin kan disalut ngan serbuk hitam tu. Ni dia jenis tak salut pulak. Suami pulak menyangka telur masin layak dimasak gulai lalu membelinya.

Aku yang terdengar melongo. Masing-masing hebat dengan perasaan saling tidak sangka-menyangka. Aku pun tak terfikir itu tentulah telur masin tapi aku tak mampu berfikiran begitu kerana seumur hidup tak pernah lagi aku pecahkan telur masin. Haha

Gulai telur ayam aku sedap. Sekian tekauu..



No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.