Back to Top

Emergency Itu Tetaplah Emergency

Merujuk perkara tengah hari semalam.

Semalam tu ada sorang pelajar lelaki ni telah dilaporkan crammed semasa exam di dewan. Begitulah yang dilaporkan oleh dua orang insan yang begitu panik ketika perbualan di talian. Sorang dah call datang lagi sorang call klinik. Panik sangat. Ingat aku ni superman bole cepat-cepat?

Jadi untuk call yang pertama dengan laporan yang merujuk kepada perkara di atas, aku maklumkan kepada encik tu bahawa aku akan dapatkan pemandu secara segera dan terburu-buru. Lalu aku pun call bilik pemandu memaklumkan perkara yang sama. Mintak hantar sorang driver ke dewan yakni tempat kejadian supaya mangsa kejadian bole dibawa ke klinik untuk menerima rawatan.

Malangnya jawapan yang aku terima amat mengecewakan. Dia bilang transport tiada. Aku pun jadi pelik. What is the purpose of scheduling the driver for emergency case kalau tak ada transport yang di reserve untuk kes emergency macam ni? Beliau menambah nanti jam dua nak hantar orang pulak. Waduh? Emergency ni yang gawat ke atau hantar orang jam dua tu lebih penting?

Disebabkan aku orang baru jadi aku menurut sahaja tapi dalam kepala nak call bos diorang ni mohon penyelesaian. Bila aku call bos diorang pun aku masih terima jawapan yang sama. Transport semua dah keluar dari kampus dan tiada jalan penyelesaian dijumpai.

Tiba-tiba terima call dari seorang wanita yang agak tercungap-cungap suaranya melaporkan sekali lagi perkara seperti di atas. Aku maklumkan bahawa tiada transport buat masa itu. Aku minta beliau menghantar mangsa tersebut ke klinik. Puan tersebut menjawab pensyarah tengah kerja. I was like.. Aku minta dia maklumkan kepada pensyarah yang bertugas kerana kalau student sakit ketika kuliyyah, pensyarah atau warden atau penyelia asrama yang akan tangani masalah terbabit. Beliau menjawab beliau tidak tahu siapa pensyarah yang bertugas. Aku rasa semua pensyarah la kot lagi-lagi pensyarah bagi jabatan student tu. Nama pun pegawai pengajian tinggi. Tapi tak apa lah aku pun tak berapa jelas tentang hal ni. Dapat sikit-sikit saja hasil sesi soal jawab dengan MA.

Aku tu lalu cari cara penyelesaian dengan menelefon pemandu yang bertugas semalam. Sungguh menakjubkan jawapan yang diterima kerana driver berkenaan bilang beliau boleh menghantar mangsa terbabit. Pulak.. Dah kereta siapa beliau guna? Tak mungkin kereta sendiri bak kata MA. Tapi tak apa sekurang-kurangnya aku dah lega dan seisi dewan harapnya tidak panik lagi kerana student tu disahkan sawan. Stress sangat gamaknya..

Cuma aku kesal sesi call sana sini tu. Information tak tally. Dua orang cakap tak bole, sorang cakap bole. Perkara itu menunjukkan yang macam aku ni tak tau apa-apa pasal kerja ni. Macam mana aku nak terangkan apa yang aku rasa ye.. Aku rasa macam aku tak pandai nak uruskan hal-hal emergency ni. Arghh.. Pasal pengurusan aku tak nak la masuk campur tapi jangan la bagi aku nampak macam stupid dumb-dumb call sana sini..


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.