Back to Top

Umur Sendiri Pun Tak Ingat

Memangla kerja aku dok kat kaunter pendaftaran ni terangak tengok tv aje. Kadang ada makcik cleaner kurang upaya dalam bab-bab tulis nama sendiri datang klinik, aku yang tolong daftarkan. Itu biasa.

Tapi dia start jadi luar biasa bila makcik-makcik sekalian tu tak ingat umur sendiri kerana ketika itu kepala aku macam ada bebal sikit nak mencongak umur orang tak berapa nak pandai dah. Akibatnya umur makcik-makcik tu ada yang sepuluh tahun muda dan ada yang sepuluh tahun tua aku catatkan. Haha

Begitulah masalah aku pulak yang tiba-tiba jadi kurang upaya nak mencongak setakat formula tolak tu aje. Jadi aku mengambil langkah berjaga-jaga dan rasa macam bodoh nye rasa berhutang 30k dengan PTPTN tapi mencongak pun dah tak pandai. Lalu aku pun beli buku latihan matematik peringkat UPSR buat kudap-kudap kat klinik. Kini aku kembali handal mencongak. Setel.

Memang aku tak ada kerja kat klinik ni tapi ada satu gejala yang aku lihat kian menular dikalangan pelajar kita ni. Gejala tak ingat umur sendiri. Kepala banana apa mereka ni tak ingat umur sendiri. Aku hussnuzon lagi. Mula-mula aku ingat si dia ni tolong daftarkan untuk kawan yang mungkin sakit sangat sampai tahap dah tak bole kenal huruf. Jadi dia tanya kawan dia umur kawan dia mungkin. Tapi aku tengok si dia tu yang pergi masuk jumpa MA. Bukan kawan dia. Pelik.

Cukup tadi aku dah boleh buat kesimpulan yang Sarawak ni serba-serbi unik. Ada sorang student daftar,tulis-tulis lepas tu dia tanya aku umur dia. Huk aloh? Aku tengok dia lahir tahun 93. Aku nak kesian ke nak bagi pengajaran kat budak ni. Lalu aku membayangkan teknik pengajaran yang harus diambil oleh para pensyarah di sini. Aku terlalu bersimpati. Perkara ni perlu dibincangkan di Parlimen. Haha


No comments:

Post a Comment

 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.