Back to Top

Asam Pedas Claypot

Restoran Asam Pedas Claypot ni letaknya dekat ja dari hotel yang mak dok masa pi melaka ri tu. Betul-betul kat hujung jonker street tempat dia. Kalau nak senang cari tempat tu guna ja la maps. Mak memang nak cepat sampai jadi guna google maps ja.



Kat sini depa juai asam pedas sekali pakej dengan nasik tapi takdak air. Satu set harga dalam lebih kurang RM13 ja. Uniknya Asam Pedas Claypot ni sebab dia hidang asam pedas dalam claypot. Nasik dia siap sekali ngan sambal belacan, sayuq kubis ngan telur masin. 


Mak try asam pedas tetel dia. Bagi siapa yang tak tau asam pedas tetel tu apa, asam pedas tetel tu asam pedas daging lembu campuq ngan lemak dia. Mak memang tak penah dengaq nama asam pedas tetel tu jadi mak pun teruja nak try. Suami mak pesan asam pedas ikan tenggiri.

Asam pedas tetel tu sedap tapi bau lembu dia kuat sikit mak tak berapa nak bole makan jadinya. Suami mak layan ja makan asam pedas tetel tu sebab dia kata sedap. Kat situ pun ramai orang tempat nak makan penuh ja.

Masa makan kebetulan ada sorang lelaki cina mintak sedekah ni dia main biola cina nama apa mak pun tak tau. Mak pun layan ja makan asam pedas sambil dengar muzik tradisional tu. Mak mintak suami panggil cina tu mai datang main muzik kat meja. Memang mendayu-dayu la dia gesek biola dia tu mak siap rekod masa dia main tu. Dia ni taktau pandai cakap inggeris ka cakap melayu ka asyik "tui..tui.." ja. Mak pun tui kan ja la. Huhu.



Selamat Hari Lahir!

Selamat hari lahir kepada semua yang sambut hari lahir hari ni (25 mac)!

Mak pun sambut jugak. Semalam mak pi shoping sampai pengsan ngan makan ayam penyet ja sebab ri tu mak dah sambut awal ngan suami. Kebetulan birthday suami mak pun bulan mac jugak..

Bersyukur tahun ni birthday mak jatuh ri jumaat. So lepas solat jumaat baru kami keluaq dating bagi perabih masa sampai malam.

Cantik tak kek kami? Kek kacang-kacang kacuk ngan cheesecake. Hehe

Birthday wife

Bekas birthday husband

Wishlist yang diconvert jadi birthday gift. Satgi suami bagi bunga membazir ja tak leh nak pakai.

Tadaa.. Murah ja pun earing ni. Hihi

Tumbina Park, Bintulu

Sabtu kelmarin kami jalan-jalan ke Tumbina Park. Dekat ja ngan hotel kami. Kali ni kami menginap kat Studio8 Inn. Hotel dia betul-betul mengadap laut. Bilik dia bagus, spacious, modern, toilet best dan yang paling penting berpatutan. Nak pergi tempat main ping pong tu pun amat-amatlah dekat naik kereta tak sampai tiga minit dah sampai. Hotel ni memang strategik habis la. Nak ke Tanjung Batu pun cuma 4 minit ja dah sampai. Last time kami datang Bintulu, kami tak pi pun Tumbina Park ni. Taman ni satu jalan nak ke Tanjung Batu. Nampak dari luaq cam tak best ja. Kami cuma jalan-jalan kat Tanjung Batu ja.

Kali ni datang bintulu tetiba mak nak pi pulak tempat tu sebab orang kata kalau pi Bintulu wajib pi Tumbina Park ni. Masa game tu mak dah merengek kat suami ajak pi taman tu lepas game. Tiket masuk cuma RM2 ja untuk dewasa. Bukak dari pukul 9 pagi sampai 4.30 petang. Lepas dah habis game kami pun pi la taman tu. Mula macam malas jugak bila dah balik hotel tapi gagahkan jugak sebab suami pulak yang dah teruja. Tapi memang berbaloi la pi taman tu dengan tiket yang murah gila tu. Kami pi dah lewat kul 4 lebih tapi masih bole masuk janji kena keluaq sebelum kul 6.

Tempat dia besaq gila. Kalau hangpa pi taman tu, please lah pi panjat koleksi bunga kertas dia. Tempat tu atas bukit tapi berbaloi basah-basah ketiak daki tangga tu. View dia sumpah magnificent gila. Taman bunga kertas tu mengadap laut. Terus kering ketiak bila dihembus bayu laut yang segar lagi mendamaikan. Rasa macam takmau turun. Huhu.

Dalam tu memang banyak taman. Selain taman bunga kertas yang cantik gila tu, haiwan-haiwan dia pun best jugak. Rasa nak mengadap depa ja sebab mak rasa kat sini ja mak bole jumpa burung enggang pandai mintak makan. Selalu nak pandang orang pun depa tak mau. Ni siap keluaq muncung tajam dia kat sangkaq mintak makan sampai terjerit mak satgi bocoq perut kena paruh dia hospital jauh nak oi. Huhu. Bukan enggang ja, jiran sebelah pun dok panggil-panggil mintak makan. Sepatutnya ada aktiviti feeding depa ni tapi masa kat kaunter lupa nak tanya. Kebetulan dalam beg mak ada madu stcik jadi mak bagi ja la depa makan madu tu. Terus gelong kepala masing-masing dapat madu. Mak ajak suami lari kang tak pasal burung tu mati naya ja kot kena ganti balik. Huhu 

Memang bestlah taman ni hangpa memang kena pegi sini klu pi bintulu. Tambah lagi kalau melayan burung tiong emas tu menyanyi pastu gelak cam setan. Serius rasa tak nak balik. Semalam ingat nak pi lagi tapi tak sempat dah sebab jauh nak balik kuching. Takpa next time bole pi lagi kalau mai bintulu.

Memang menarik tempat ni. Tempat dia luas bole jalan sampai pengsan ataupun pengsan sampai jalan ikut yang mana mai dulu. Huhu

Tetiba rasa macam cinderella gila. Haha

Memang breathtaking view dia

Kami memang suka main panas

Besaq gila dia ni. Tak penah tengok dekat-dekat macam ni. Selalu tengok dia dok bertenggek kat atas ja

Taman orkid. Unik kot

Tandas Paling Ceria Kat Malaysia

Semalam mak otw balik dari Bintulu. Dalam perjalanan, kami singgah kat RnR Betong. Kalau dari kuching nak ke bintulu (setakat ni paling jauh drive sampai bintulu je) hangpa akan jumpa cuma dua R&R ja. Satu kat Temudok, betul-betul kat simpang antara Sri Aman dengan simpang menuju ke sabah (ha jauh tak?huhu), satu lagi kat betong. Btw, betong tu cuma nampak signboard ja. Tapi R&R tu betul-betul kat simpang nak ke Betong. Kat situ ja yang bole isi petrol. Next stop nun kat Sarikei sana.

Macam tu la sedikit gambaran kalau hangpa nak drive dari kuching ke kota kinabalu. Mana tau nak konvoi pulak kan. Sambung balek bincang pasal tandas ni. Sebenaqnya ni first time la mak singgah R&R ni. Sebelum ni singgah isik minyak ngan solat dekat petronas tu ja. Tak pernah singgah kat R&R tu pun. Sekali semalam toilet ngan surau petronas penuh da. Kami pun pergi ke surau yang berdekatan ngan R&R tu. Sekali takdak toilet pulak. Mak dah malas nak jalan pegi R&R tu mak cakap ngan suami nak cuci muka kat surau ja. Suami mak pergi tandas tu dulu sebelum patah balek ke surau untuk solat.

Bila suami dah balik dari tandas, mak tanya tandas ok tak. Biasa la tempat macam ni kadang takdak maintenance. Suami mak kata tandas dia ceria gila. Bila mak pergi mak macam tak jumpa tandas bila suami mak tunjukkan. Bila mak perhati lama-lama baru nampak ada rupa toilet. Cantik gila baq hang kat luaq penuh bunga siap ada taman kelulut lagi. Haha. Bila masuk lagi la macam-macam sungguh pesanan depa tampal sampai penuh dinding. Dalam toilet siap ada muzik rasa dah macam makan kat fine dining restaurant. Siap nak masuk toilet tu bunyi ding dong macam masa kita nak masuk 7E. Haha. Lawak sungguh la. Bila dah masuk pun mak dah confuse mana tandas dia. Ingatkan kat luaq ja berterabuq bunga, dalam pun bukan main sampai tak jumpa pintu.

Jadi tak selesa pun ada rasa macam diperhati ja dalam toilet tu. Huhu.Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni yang menunjukkan betapa cerianya tandas ni.






Penapis Air Cuckoo : Icon

[Awas.Entri agak panjang. Harap maklum]

Lepas Kuching dilanda banjir ri tu, kualiti air memang sangat menurun sampaikan bila amek wuduk pun siap terasa air tu berperisa karat masa berkumur. Sebelum kami decide nak amek penapis air cuckoo ni, kami terpaksa minum air mineral sebab tak berani nak minum air yang tak bertapis. Lepas mak operate ri tu, memang berkotak-kotak la suami mak beli air mineral sebab tak berani amek risiko minum air yang tak bertapis. Nanti sakit balik, tak sanggup dah nak lalu. Jadi sekarang ni nak makan minum yang sihat-sihat ja. Cewah.

Sebelum pilih jenama cuckoo ni banyak mak baca review pasal produk ni tapi tak banyak maklumat yang mak dapat sebab mungkin orang belum ramai yang guna penapis air jenama ni ataupun tak ramai pengguna yang kongsi entri pasal penapis air ni kecuali agen jualan dia ja yang rajin update kat blog. Cuckoo memang mahal sebab mak cuma compare dengan dua jenama je. Coway ngan cuckoo sebabnya kat kampung, mak punya mak pakai coway. Jadi mak tak review banyak produk penapis jenama lain. Walaupun harga dia mahal, mak terpikat ngan design dia yang cun gila dan smart. Coway yang jenis lama dia tak berapa stylo sangat tapi design terbaru depa sekarang comel-comel jugak mak tengok tapi disebabkan dah terpikat ngan cuckoo, jadi mak pilih cuckoo jugak.

Kebetulan ri tu masa nak buka puasa kat Plaza Merdeka, mak jumpa booth cuckoo. Terus la mak tanya kat sales person dia. Mak ingat nak amek yang paling basic yang cuma ada room temperature ja tapi tu pun harga dia dah 2K ++. Mahal kan? Design pun tak seberapa kecik ja macam hidup segan mati tak mau. Pastu mak tanya-tanya pasal fusion pulak. Yang tu cuma ada hot and cold water harga 3K++ pastu design dia pun lebih kurang macam coway kat kampung tu cuma finishing dia lagi kemas. Maklumlah jenis design tu penting jugak. Mana tau bila dah dok umah sendiri nanti ada rezeki nak pasang kitchen cabinet ka, bole fit ngan design penapis air kita tu. Mak tak berapa berkenan ngan fusion tapi sebab mak rasa tu yang paling mampu milik, mak pun konon-konon tunjuk minat ngan fusion depan suami. Tetiba suami mak pi tanya icon pulak. Tu harga dia 4K++. Mak pun dalam hati macam dah wow kotla merasa pakai icon kan sebab icon paling smart. Dia ada hot, cold ngan room temperature water pastu touchscreen pulak tu siap bole bercakap lagi penapis air dia. Kagum gila mak ni. Kotla mak bole setting dia cakap negori pulak kan. "Air paneh keluar" "Air sojuk keluar" "Air biaso-biaso keluar".Haha.

Banyak yang mak tanya pasal icon ni. Kapasiti dia 3 liter dan kalau habis kena tunggu seminit ja nanti dia refill balik 3 liter. Compared ngan coway even kapasiti dia 6 liter tapi kalau habis dia kena tunggu sampai setengah jam baru refill. Tapi itu design lama. Hat terbaru mak tak tau. Adik tu tambah lagi, cuckoo ni dia air beralkali compared ngan coway yang cuma RO Water ja. Maksud RO Water tu dia kosong ja takdak mineral sebab penapis coway dia tapis habis semua mineral. Kalau tetiba air takdak, tak perlu nak plug off pun cuckoo ni compared ngan coway sebab cuckoo ada reserve tank. Coway mak tak pasti tapi technician suruh plug off kalau air takdak sebab takut nanti short dia kata. Untuk cuckoo ni, plug off bila tak guna untuk masa yang lama ja macam time nak balik kampung ka sebab takut nanti tetiba leaking ka banjir satu umah dah jadi keja pulak kan.

Paling best ngan model icon ni, finishing dia takdak guna material getah jadi nanti lama-lama dia tak comot macam coway sebab coway kat tempat push dia tu dia pakai getah. Sekarang ni dia dah jadi hitam-hitam. Susah nak tanggal pulak tu. Lepas tu cuckoo ni dia bole sterilize faucet atau kepala pili tempat keluaq ayaq tu. Feature ni amat-amatlah penting yang mana coway takdak pun ciri-ciri ni sebab kadang-kadang bila kita bancuh air kopi, masa tadah air dia terpercik kena faucet. Satgi semut mai pulak. Kadang tak bancuh air manis pun semut bole mai hurung sebab semut zaman sekarang pun dah rajin minum air bertapis. Diorang pun nak sihat jugak. Huhu.

Pastu mak tanya pasal pricing. Mak memang ada bad review ngan coway sebab yang kat kampung tu mak punya mak beli kalau harga cash cuma 3K++ ja tapi kalau hutang 5 tahun dia jadi 7K++. Mahal gila kot macam dah harga 2 bijik penapis tu. Mak memang plan nak beli cash ja. Gadai emas pun takpa sebab mak taknak rugi bayaq sekali ganda punya mahal. Bagi mak yang jenis kedekut keras ni sangat-sangatlah tak sanggup. Untuk icon ni rental sebulan dia RM120 untuk 3 tahun pertama. Lepas 3 tahun kalau nak tukaq hak pemilikan, maksud dia kita nak own dia terus, kena sambung lagi bayaq RM84 sebulan selama 2 tahun which is dulu-dulu coway takdak pun pakej macam ni. Kalau lepas 3 tahun taknak tukaq pemilikan, boleh tukaq ngan model lain dan continue ja la bayaq rental for the next 3 years. Rental cuckoo ngan coway beza RM10 lebih murah coway tapi coway 5 tahun bayaq harga rental yang sama. Kebetulan masa mak pergi tu depa ada promosi percuma processing fee. Kalau takdak promosi kena bayaq processing fee tu sebanyak RM256 macam tu lebih kurang. Adik tu pun pancing lagi dia kata kita boleh kalau nak reserve promotion tu dulu. Maksud dia bila-bila lepas promotion tu tamat, mak masih valid nak guna promotion tu sebab dah reserve walaupun contoh kata tetiba bulan 12 nanti baru mak rasa nak pakai penapis air tu, promotion tu still valid. Promosi tu tamat hujung bulan 3 ni.

Selain pricing, mak tanya pakej maintenance lepas habis bayaq 5 tahun tu sebab lepas tu kita kena bayaq sendiri maintenance dia. Macam icon ni pakej maintenance dia RM583 untuk setahun compared ngan coway kalau tak silap mak setahun untuk model yang ada kat kampung tu hampir RM900 jugak setahun. Kalau rental, pakej maintenance memang dah termasuk sekali selama 5 tahun tu. Kiranya free maintenance 5 tahun la. Kalau bayaq cash, free maintenance 3 tahun ja. Baki 2 tahun dan seterunya dah start bayaq sendiri. Mak benda-benda macam ni memang nak kena kira dulu sebab mak memang berkira orangnya. Haha. Nampak RM120 macam sikit tapi kalau tambah dengan komitmen yang sedia ada, boleh jadi beban jugak. Lagipun berbaloi beli cash ka atau lagi berbaloi bayar rental? Sebelum mak tinggalkan booth tu, mak reserve ja dulu promotion diorang tu. Masa buka puasa tu mak dok kira bakal komitmen. Hilang terus rasa lapar. Haha. Bila mak kira beza beli cash dengan rental, beza dia cuma RM519 ja! Of course lah rental biasanya lebih mahal tapi kalau ngan cuckoo ni lebih berbaloi bayaq secara rental sebab beza tak banyak pun kalau beli cash. Which is memang jauh sangat la beza dengan coway tu. Harga icon RM4452 bila campuq ngan baki 2 tahun maintenance yang kena bayaq sendiri tu, total RM6201 lebih kurang macam rental 5 tahun ja. Yang lagi penting, mak tak perlu bayaq sampai sekali ganda macam coway. Best kan?

Lepas buka puasa dan shoping, kami singgah balik booth tu dan terus sign borang. Adik tu kata kalau guna akaun CIMB untuk auto debit lagi cepat HQ proses borang tu. Dengan tak perlu bayaq apa-apa, sebab processing fee dah free kan, kami pun sign borang tu dan balik dengan senang hati. Tapi lama jugak tunggu sampai 2 minggu baru technician mai instal penapis air kesayangan mak sebab ada masalah dengan form. Depa ni pelik sikit sebab submit form pakai hp ja. Amek gambaq form pastu send kat whatsapp. Bila lambat sangat tunggu tak datang-datang, bila mak tanya adik tu kata hari tu dia amek gambaq form tu tangan dia menggigil sikit jadi gambaq tak clear. Dan-dan HQ tak terima. Sabaq ja la. Awatla tak scan email ja. Tapi penantian makan 2 minggu tu berbaloi bila akhirnya technician mai instal icon mak. Technician pun baik gila. Mak rasa macam nak masakkan spagheti ja bungkus kat dia satu bila dia datang lagi nanti sebab terharu dengan kebaikan dia. Haha. Dia akan mai setiap 4 bulan untuk service tapi tak semua filter tu kena di service setiap 4 bulan. Ada yang 4 bulan, ada yang 8 bulan dan ada yang setahun sekali jugak ikut jenis filter. Agaknya sebab tu lah bole jimat dekat pakej maintenance kot. Tapi pastikan tekanan air kat umah hangpa kuat, kalau tak dia takmau instal walaupun kita ni sungguh-sungguh habaq kat dia kita ni rela tengok penapis air tu jadi barang perhiasan ja.

Bila dah ada penapis air ni rajin sangatlah mak pi tadah sebab nak dengaq dia cakap. Haha jakun gila. Mak siap cakap ngan suami nak setting bagi dia cakap pelat pulak. Maklumlah mak ngan suami mak kan suka baby-baby kan diri masing-masing laki bini dok cakap pelat. "Air anash ua" "Air cijok ua" Hahaha.

Cun kan mak punya cuckoo. Kesayangan terbaru tiap hari dibelai-belai dengan penuh kasih sayang

Victoria Secret Body Mist : Love Spell Flirt

Finally mak dah jumpa body mist yang mak bole pakai hari-hari kat umah. Dengan bau yang harum dan harga yang best, mak rasa Victoria Secret lah jawapan untuk mak sentiasa berbau harum setiap kali mak sambut suami mak balik kerja. Tidak lagi berbau ketiak selepas ni. Haha teruk nau. 

Sebelum ni mak ada beli perfume simply siti tapi sebab kirim kat kawan, jadi tak bole nak test bau dia. Terima ja la sebab harga pun murah. Tapi lepas mak review beberapa blog yang bagitau yang victoria secret ni best sangat, sabtu lepas mak pun ke victoria secret dengan suami. Suami wajib ikut pasal dia yang nak kena test bau. Orang kata bau love spell macam best gila tapi bila mak try macam tak berapa berkenan. Bagi suami bau pun dia macam tak berapa berkenan. Sebelah love spell ada love spell flirt. Tudia mak dah teruja baca tajuk dia ada flirt pulak. Kotla kalau mak pakai love spell flirt tu hari-hari suami mak gigit mak pulak kan. Berbaloi gila. Haha. Bila try bau dia lagi best dari love spell dan suami mak pun nampak macam terkesima. Dah ada plan nak gigit la tu. Haha.

Malangnya love spell flirt tu limited edition. Jadi lepas ni mungkin takdak dah. Mak nak beli banyak-banyak tak mampu la pulak sebab harga dia sebotol RM73. Next time bila balik mak nak beli banyak-banyak kat airport buat stok sebab orang kata kat airport lagi murah. Huhu. Mak tak lama pun kat victoria secret tu sebab dah tau nak beli apa kan. Lagipun malu lama-lama dok dalam tu sebab butik yang mak pergi tu depa jual panties sekali. Segan la suami mak ada sekali. Bila suami mak dah bayaq kat kaunter, tak sangka dapat free gift body lotion. Mak suka sangat free gift tu sebab dia wangi gila.


Sekarang mak happy sebab mak dah ada body mist yang wangi gila dan dah boleh jimatkan mak punya miss dior. Kat umah pakai victoria secret. Bila nak keluar pakai miss dior yang lebih tahan lama dia punya wangi. Happy sangatlah mak lepas ni sambil basuh pinggan pun bau wangi ja kat dapuq. Lepas masak pun badan tak bau hangit. Hehe.

Mak suka paper bag dia comel ja siap ngan paper wrap sekali


Gedabak botol dia puas hati

Cara Memohon Pasport Antarabangsa

Semalam kitorang pegi UTC Kuching nak buat buku merah. Saja la pun mak nak buat buku merah ni sementara hajat nak buat buku pink tu masih belum dimakbulkan. Nyaris-nyaris mak dan suami nak pi Simpang Tiga nak buat pasport tu sebab kalau kat situ sebelum subuh dah kena keluaq dari umah pasal nanti sampai sana kul 7.30 pagi pun nomboq dah pakat habis. Dan-dan mak teringat kat Kuching dah ada UTC. Terus mak ajak suami pi try sana pulak.

Semalam tu kami keluaq dah lewat tapi sampai UTC pagi tu memang tak ramai orang cuma ada 5 orang ja termasuk kami yang nak mohon pasport antarabangsa. Padan la pun tak ramai sebab jabatan imigresen kat UTC cuma deal ngan urusan permohonan pasport antarabangsa ja. Nak renew pasport biru kena pi simpang tiga jugak.

Nak mohon pasport antarabangsa ni, make sure hangpa bawak ic dan salinan ic. Gambaq tak payah. Nanti kat sana  amek gambaq kat kaunter ja. Tapi gambaq dia kaler hitam putih ja. Mak ingatkan kaler-kaler macam pasport biru mak tu. Huhu. Masa mula-mula sampai tu pi amek nmbor giliran kat kaunter pertanyaan bagitau nak buat pasport baru, nanti dia suh pi ukuq tinggi dulu pastu baru dia bagi nombor giliran.

Masa kat kaunter permohonan, dia akan suruh hangpa cop jari kiri kanan dan sign borang permohonan sebelum amek gambaq. Bagi yang bertudung, sila pakai tudung plain berwarna gelap ja. Grey pun tak boleh. Mak memang dah tau sebelum pegi. Suami mak pakai baju grey kena pakai vest yang diorang dah memang standby kat situ. Lepas amek gambaq, tunggu lagi dengan nombor giliran yang sama untuk buat bayaran. Sekarang ni harga pasport untuk 5 tahun RM200.

Lepas bayaq, depa suh tunggu sejam. Lepas sejam amek nombor giliran balik untuk collect pasport merah. Nanti dia suruh cek dulu semua detail kita dalam pasport tu sebelum sign. Dah siap. Tu ja. Senang ja nak mohon pasport antarabangsa ni. Senang dan cepat kalau kat UTC. Sekarang mak dah ada buku merah. Lepas ni kalau ada buku yellow ka buku jingga ka mak nak apply jugak lah buat koleksi. Haha.

Lengang takdak orang

Pegawai bertugas yang sangat ramah

Nak travel ke mana kami? Rahsia. Hehe



 

Copyright© Diari Rara. Denim Template By CikkMiraDotCom . All right serve.