Semalam kitorang pegi UTC Kuching nak buat buku merah. Saja la pun mak nak buat buku merah ni sementara hajat nak buat buku pink tu masih belum dimakbulkan. Nyaris-nyaris mak dan suami nak pi Simpang Tiga nak buat pasport tu sebab kalau kat situ sebelum subuh dah kena keluaq dari umah pasal nanti sampai sana kul 7.30 pagi pun nomboq dah pakat habis. Dan-dan mak teringat kat Kuching dah ada UTC. Terus mak ajak suami pi try sana pulak.
Semalam tu kami keluaq dah lewat tapi sampai UTC pagi tu memang tak ramai orang cuma ada 5 orang ja termasuk kami yang nak mohon pasport antarabangsa. Padan la pun tak ramai sebab jabatan imigresen kat UTC cuma deal ngan urusan permohonan pasport antarabangsa ja. Nak renew pasport biru kena pi simpang tiga jugak.
Nak mohon pasport antarabangsa ni, make sure hangpa bawak ic dan salinan ic. Gambaq tak payah. Nanti kat sana amek gambaq kat kaunter ja. Tapi gambaq dia kaler hitam putih ja. Mak ingatkan kaler-kaler macam pasport biru mak tu. Huhu. Masa mula-mula sampai tu pi amek nmbor giliran kat kaunter pertanyaan bagitau nak buat pasport baru, nanti dia suh pi ukuq tinggi dulu pastu baru dia bagi nombor giliran.
Masa kat kaunter permohonan, dia akan suruh hangpa cop jari kiri kanan dan sign borang permohonan sebelum amek gambaq. Bagi yang bertudung, sila pakai tudung plain berwarna gelap ja. Grey pun tak boleh. Mak memang dah tau sebelum pegi. Suami mak pakai baju grey kena pakai vest yang diorang dah memang standby kat situ. Lepas amek gambaq, tunggu lagi dengan nombor giliran yang sama untuk buat bayaran. Sekarang ni harga pasport untuk 5 tahun RM200.
Lepas bayaq, depa suh tunggu sejam. Lepas sejam amek nombor giliran balik untuk collect pasport merah. Nanti dia suruh cek dulu semua detail kita dalam pasport tu sebelum sign. Dah siap. Tu ja. Senang ja nak mohon pasport antarabangsa ni. Senang dan cepat kalau kat UTC. Sekarang mak dah ada buku merah. Lepas ni kalau ada buku yellow ka buku jingga ka mak nak apply jugak lah buat koleksi. Haha.
No comments:
Post a Comment