" Ayang, tahun ni kita pergi Korea jom?"
" Kenapa nak pergi Korea?"
" Ayang kan suka tengok mukbang."
Punya simple alasan. Haha. Kadang kita ni tak payah nak plan sangat. Sebab tu alasan simple macam tu pun dah cukup untuk kami ke Korea. Mak takdelah eksaited sangat dengan trip Korea ni. Serius. Salah satu sebabnya ialah kat sana ramai gila Malaysian so tak best sangat sebab tak rare. Berlagak gila kan tapi pegi jugak. Haha.
Trip kali ni kami dapat tiket yang murah gila dengan Malaysia Airlines. Malah lebih murah dari Air Asia. Mungkin Allah mudahkan hajat suami nak merasa naik Airbus A380 sebab memang dah lama suami mengidam nak merasa naik kapal terbang jumbo tu. Alhamdulillah rezeki kami dapat harga tiket RM2,020 return untuk dua orang. Tu pun lepas banyak kali fikir nak beli ke tak. Kalau kami decide nak beli lebih awal masa tu, tentu kami dah boleh dapat harga RM1,800 return untuk dua orang. Geram je kalau fikir balik. Huhu.
Kami tak beli seat. Suami check in 2 hari sebelum fly. Masa ni semua seat open for free termasuklah upper deck seat yang berharga RM250 per seat untuk one way tu. Mula tu kami pun tak tau pasal seat free ni. Ingat nak redah aje check in masa hari nak fly nanti. Yakin gila masa tu sebab mak ni jenis kedekut. Asal suami tanya nak beli seat ke tak, mak confident je jawab tak nak. Tapi tak sangka pulak perangai kedekut mak ni bawak rezeki. Dahla free, upper deck lagi. Dahla upper deck, couple seat lagi. Mak confirm mesti suami mak happy gila first time naik A380 dan dapat duduk kat upper deck.
Mak pun tak pastilah kalau tips check in 2 hari sebelum fly ni bermanfaat untuk korang atau tak sebab mak pun bukan biasa sangat cek tiket flight ni. Jadi mungkinlah jugak korang boleh apply tips ni. Tak rugi pun kan. Tapi kalau seat penuh 2 hari sebelum fly tu, korang jangan salahkan mak pulak ok. Mak lain. Mak over confident masa tu. Duduk asing pun takpe sebab fly 5 jam je pun. Haha jahat gila.
Entry kali ni mak tak nak cerita pasal itinerary sebab rasanya banyak blog lain dah buat entry pasal bercuti ke Korea ni. Punya pemalas. Haha. Itinerary mak pun 90% lebih kurang sama je macam orang lain punya cuma mak tambah Sokcho sebab nak pergi pantai dan nak itinerary yang gila sikit. Biasalah mak pun, mana boleh sama macam orang lain. Alang-alang suami pun tak nak stay seminggu kat Seoul sebab nanti tak boleh nak jamak dan bajet pun ok, jadi mak include sekali Sokcho dalam itinerary.
Tapi serius, dah sampai ke Sokcho pun mak masih lagi jumpa orang Malaysia. Orang Melaka pulak tu! Hahaha. Kami jumpa masa dalam bas masa nak ke Seoraksan. Masa tu mak dah perasan anak makcik tu dok usha mak. Makcik tu Cina Peranakan. Mak dah doa dalam hati mintak mintak dia ni Cina dari tanah besar. Sekali anak dia tanya mak dalam bahasa melayu. Hampeh. Sudahnya kami jalan sekali ngan makcik tu ngan anak dia. Siap beli tiket cable car sama sama lagi. Haha.
Itu kat Sokcho yang 3 jam dari Seoul tau. Punya jauh mak nak lari dari Malaysian tapi masih jugak jumpa orang yang cakap melayu. Bayangkan kalau setakat pegi Nami Island tu. Nak, kamu takkan sesat kalau nak pergi pulau tu. Ikut je orang Malaysia yang ramai ramai tu. Confirm diorang pun nak pegi Nami Island jugak lah tu. Even mak tanam dalam hati, bukan, diorang ni bukan nak pergi Nami Island, diorang ni nak pergi tempat lain, tapi di Nami Island bertemu jua. Hmm..bosan. Haha. In fact, sehari sebelum kami nak balik Malaysia, kawan UIA mak baru je sampai Seoul. Nasib baik tak terserempak. Serius lahhh spend beribu-ribu fly beribu batu tapi masih jumpa orang yang kita kenal jugak. Ahaha.
Disebabkan mak suka tengok mukbang,(tak tau lah ni mental disorder ke macam mana sebab suka tengok orang makan dengan gelojoh. Haha) jadi mak memang cari makanan yang selalu diorang dok makan dalam video tu. Mak nak makan tteokbokki, bimbimbap, jjangmyeon, bulgogi dan semua makanan yang femes2 tu lah. Tapi hampa, nak. Dari banyak2 wishlist tu, mak cuma dapat makan jjangmyeon, bulgogi ngan bimbimbap je. Tu pun bimbimbap tu suami jumpa kat kedai pakistan mana ntah. So confirm la rasa dia bukanlah seperti bimbimbap yang sebenar. Haha.
Serius, nak. Dari Eid Restaurant, Halal Kitchen sampai Asiana Cuisine yang kat Nami Island tu, mak tak jumpa kesemua wishlist tu dalam menu. Halal Kitchen tu lagi lah. Harap buku menu je tebal. Bila bukak, tengok dalam ada dua jenis menu je. Chicken ginseng soup ngan bulgogi. Siap tengok sampai ke kulit belakang tu punya tak puas hati kot ada terselit menu lain lagi tapi takde. Memang itu je menu dia. Haha. Sebabkan mak dah try bulgogi dan tak sedap sebab tak pedas, suami order Chicken Ginseng Soup makan untuk 2 orang. Hambar gila rasa masa tunggu order sampai. Rasa nak nangis je tapi macam tak patut lah pulak. Dah tu sup ginseng tu tak kena ngan selera pulak tu. Menambahkan lagi pilu dalam hati. Haha.
Harga? Chicken Ginseng Soup tu 2 orang makan harga dia RM150. Yes. Itulah harga dia. Mak memang tak tau pasal living cost kat Seoul. In fact, mak paling malas nak search pasal Korea. Mak fikir bila conversion rate dia best, kami akan jadi kaya dekat sana. Tapi kat Seoul semua benda mahal especially makanan. Biasa harga makan untuk sorang start dari 8,000W. Tapi mostly harga satu menu ialah 10,000W. Mak ingatkan memang la mahal sebab menu halal tapi tidak. Mak tengok kat restoran non halal pun sama jugak harga dia. Macam mana diorang boleh buat video mukbang ni wehh. Makanan diorang mahal kot. Haha.
Lagi satu mak perati diorang ni, kebanyakannya pakai handbag semua jenis high end punya level. Louis Vuitton, Balenciaga, Gucci semua tu tapi naik subway. Wehh berapa gaji diorang ni. Makan kat sini je dah mahal sampai makcik Melaka tu bising. Menggigil tangan nak bayar katanya. Haha. Habis yang pakai LV pun setakat naik Subway je, yang drive hari hari pergi kerja tu berapa pulak gaji diorang wehh. Tiba-tiba kami rasa sangat miskin bila datang Seoul. Hahah. Tapi orang muda kat sana macam takde sense ngan orang tua. Nampak orang tua naik subway, buat tak tau je takde nak give up tempat duduk ke apa. Suami mak pun bangun bagi pakcik tu tempat duduk. Lalu suami mak pun disayangi sampai mak pun kena tarik sekali ngan ahjumma tu suruh duduk ngan dia. Huhu.
Kat sana kalau korang nak tanya direction, in case orang Malaysia tiba tiba takde masa tu, please lah tanya kat ahjumma atau ahjussi even diorang ni tak pandai speaking. Tapi percayalah nak, even kalau kamu cuma cakap melayu ngan ahjumma tu pastu cuma angguk angguk pastu geleng, kamu akan paham jugak nak. Please jangan tanya direction dekat unni yang lawa lawa yang nampak macam rakan sebaya kamu tu, nak. Mak hampir tergolek disebabkan kena jeling ngan sorang makwe ni disebabkan mak cuma tanyakan bas yang betul je. Haha. Serius murung sehari dibuatnya. Tapi nak mencarut makwe tu dalam bahasa melayu pun tak berani, takut tetiba dia paham pulak. Haha.
Thiss page really has all the information I wanted about
ReplyDeletethis subject and didn't know who to ask.